Showing posts with label Esthetika. Show all posts
Showing posts with label Esthetika. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Dorra Sliming & Esthetika Slimming Centre

Rina ada beli slimming voucher dari Groupsmore bagi kedua kedua slimming centre tersebut

RM18 untuk 2 kali sesi di Dorra Slimming, Mid Valley.
RM36 (kut) untuk 2 kali sesi di Esthetika Slimming Centre, Ampang Point.

sebenarnya dah lama rina pergii
tapi nak tulis jugak untuk peringatan diri sendiri :)

Esthetika Slimming centre.

sesi pertama rina dah cerita di SINI

after about 1 month rina kembali untuk sesi kedua.
sesi untuk slimming juga tapi rawatan berbeza

sampai sampai, rina minta air tau..haus pulak..
tapi dia suruh timbang dulu --> **kg
then rina pun mulakan rawatan..

macam biasa buka lah apa yang patut :p 
then dia sapu bahagian tertentu dengan krim panas kemudian dia balut dengan plastik lutsinar tu..
dia selimutkan rina dan suruh baring selama 20 minit
dia cakap, nanti panas, kena tahan sikit
tapi rina rasa biasa je..siap tertidur lagi :p

lepas tu, dia minta rina mandi...yelah..berminyak minyak jadi kulit tau

after tu, dia mulakan rawatan urut pakai mesin..
mesin tu macam bebola yang pelbagai bentuk
dia sapu krim then urut urut..
bebola tu boleh tukar tukar bentuk..
err..susah nak explain :p
tapi yang penting macam tak de effect je :p

after semua rawatan, rina pon pegi timbang. tengok tengok naik 100 gram?
hahah
dia cakap tadi rina minum air
erk..
rina minum tak sampai segelas pun huhu..

ape pun, pelayan dia baik..
dan dia tak paksa paksa..

yang penting Esthetika tunaikan janji iaitu 2 sesi rawatan mengikut voucher yang dibeli.

Dorra Slimming Centre

Ingat tak rina beli RM 18 untuk 2 sesi di Dorra Slimming centre?
rina ada terbaca yang slimming centre ni suka mendesak macam Slimming World
tapi rina tak pernah pulak pergi Slimming World
jadi tak tahu tahap ke'desak'an mereka hihi

sampai sampai je centre tu, terus jumpa pakar runding dia..
dan terus dia cerita pasal selulit, fat dan sebagainya
dia siap tunjuk gambar badan orang yang teruk teruk
yang menakutkan..
then dia suruh rina buka apa yang patut time tu jugak!!
giler kan?
rina tanya la..eh..takde CCTV ke?
masa tu dalam ofis lagi kot
dia cakap takde..

after rina cek..takde baru la rina ikut arahan..
lepas tu, dia buat buat terkejut tengok rina
dia cakap badan rina dah tahap kritikal?
choiii!
kalau rina kritikal, yang size XXXL ape pulak?
over kau jahh!

tapi time tu, rina macam jadi rendah diri..
rina rasa diri rina buruk sangat sangat!

so rina macam nak terbeli dah pakej dia yang bernilai RM2500!!
konon boleh ezypay..bayar ansur ansur selama 2 tahun..
tapi tu baru 10 treatment..
mana lah tahu kena tambah lagi kann

tapi rina macam tak dapat fikir..
rina nak gak jadi lebih cantik..
then rina call mak..
mak macam tak kisah..sebab duit rina kan..
lagi pun mak mana faham taktik orang sekarang berniaga

rina call En Tunang
terus En Tunang tak kasi
dia suruh simpan dulu duit..
lepas kahwin baru fikir..sekarang simpan dulu

fuhh..nasib baik ada En Tunang..
then, rina pun bagitahu lahh promoter tu,
rina cakap "My Fiancee tak bagila..dia kata nanti after kahwin dia sponsor I"

then promoter tu hasut hasut
"ala..nanti your fiancee cari perempuan lain baru tahu. lelaki memang macam tu..nanti dia cari perempuan lain"

T___T

lama gak lah..
dalam sejam sesi pujuk memujuk..

akhirnya rina cakap, takpelah nak try yang voucher dulu..

dia cakap after try ni, dah tak dapat diskaun lagi..
tapi if u bayar RM500 jadi member, diskaun tu still valid

hoh?!

rina cakap lagi sekali, taknak..saya nak try dulu!

then dia cakap "i suggest u buat 1 kali saja treatment, i boleh upgrade krim slimming ni jadi krim sllimming booster"

cehh..cakap jelah, taknak bagi 2 kali sesi!


rina pon ok je lah..
tak sanggup nak datang lagi sekali dah!

so 1st sesi, 
dia sapu slimming booster di bahagian tertentu..
lepas tu dia macam guna pancaran infrared kot...dia pancar macam torch light di bahagian tersebut

lepas tu, dia suruh rina masuk dalam satu tiub yang besarr..
macam nak scan otak tu!
tapi badan yang masuk..
tiub tu siap berlampu macam disco!
macam mesin cahaya masa! haha!

dalam 20 minit camtu..setel!~

lepas tu, dia timbang..adalah dalam 700g kot hilang
tapi dia declare rina dah turun 1.2kg =_=" 
lepas bersiap semua,
dia tak kasi balik lagi
dia suruh berbincang lagi dalam bilik.
kali ni bukan sorang promoter malah 2 orang yang datang pujuk!!!

fuhhh
dalam 20 minit gak kot!
sampai rina macam buat muka menyampah dan malas layan baru dia lepaskan..

memang giler..
rawatan nye 1 jam je..sesi memaksa memujuk yang 2 jam

so itu adalah kali terakhir rina pergi..

sekarang ni malas nak pergi dah..

TRAUMA!






Read more...

Sunday, August 21, 2011

Esthetika slimming centre

Kali ni rina beli coupon dari groupsmore. Esthetika slimming centre ni terletak di area ampang point. Jauh gak laa.
So kat sini rina buat slimming treatment macam biasa tapi cara disini agak berbeza.

Firstly rina dicucukcucuk di part yang bermasalah dengan menggunakan mesin. Konon nye untuk hilangkan water retention. Bila dicucuk nanti macam air tu pecah hoho.
Dapat 6000 cucukan okeh hahaha
Tapi tak sakit pun. Macam tak berhasil pun ade err..

Lepas tu kene pakaikan satu alat ni. Tau tak yang macAm pam doktor guna untuk cek darah tinggi tu?

Hah, guna tu la. Dia balut dari perut sampai ke bawah. Lepas tu start mesin tu. Nanti tetiba je bende tu kecut, then kembang balik. Selang seli, mula dekat atas lepas tu bawah kaki lepas tu perut. Best. Macam digenggam2 haha geli sikit.

Lepas tu dia urut2 sikit tapi tak sakit macam dulu.

Lepas tu habis. Taktaulah berhasil ke tak huhu..




- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top