Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Saturday, November 23, 2019

Review Frozen 2 : Sesuai ke untuk anak kecil usia 6 tahun dan ke bawah?

Salam semua :)

Setelah sekian lama, akhirnya Frozen 2 yang ditunggu tunggu dah pun keluar. Anak anak pulak memang hantu frozen (1). 100x ulang pun takkan jemu. Sebagai ibu yang hover (haha), rina siap belikan derang costume frozen.

So untuk mengekalkan status ibu yang hover, bila keluar je tiket untuk frozen 2, rina antara yamg pertama beli. Seminggu awal ye! Siap beli tumbler frozen hehe.


Mula mula harusla bergambar dulu



Beli set popcorn tumbler dapat susu jugak
Vanilla tu sedapp

Tumbler. Bebudak suka

Review ikhlas :
Sangat best!! 
Better than Frozen 1!!
Graphic kebabomm
Jalan cerita bestt
Penuh dengan laguu
Ada kelakarr yang betul kelakar (bukan lawak bodoh cam kartun melayu, sorry) 
Ada sedihh
Especially part ibu ayah dan sisterhood
Paling penting anak2 rina seronok sangat. Dareesa (6tahun) dan nina(4tahun) fokus tengok siap ketawa dan nangis bila part sedih hehe. 

So sila lahh tengok. 
abaikan je review orang kata tak sesuai untuk kanak2. 
Cerita ni sesuai tapi perlukan pengawasan sahaja. 
Semua cerita perlukan pengawasan kan hehe

Serious rasa nak tengok lagi sekali. Tak puas dengar lagu huhu

Sekian #mypersonalreview


Read more...

Wednesday, March 30, 2016

Carseat cosatto murah

Alhamdulillah sampai pun carseat rina order dari  fb: kedai1uk . Cara2 nak beli murah. Pergi je website cosatto. Tengok mana yang ada sale dan murah. Printscreen dan minta quotation dari personal shopper barang2 uk/us ni seperti fb : kedai1uk...

Macam carseat dareesa ni memang murah..rm1k je..kalau tak boleh cecak rm3k..rina beli cosatto hug..compatible dari 9kg-36kg & boleh recline sekali..sedap sikit nak tidur...model lain mcm zoomie, moova apetah lagi ada yang tak lengkap..contoh boleh recline tapi tak boleh pakai sampai besar...etc..

Satu lagi cosatto hug ni ada part diperbuat daru leather...berat..inshaallah selamat....

Deenina masih guna baby carrier..inshaallah murah rezeki nanti ibu beli untuk nina pulak ye!

Read more...

Saturday, May 19, 2012

Review & Contest : Qarmasutra Weddings & Events

*Sticky entry, please scroll down for new entry ^__^*

UPDATE:
FRIENDS, PLEASE LIKE QARMASUTRA'S STATUS HERE
AND LIKE THEIR PAGE TOO.
Thank you very much. Really appreciate it =)


Qarmasutra Wedding & Events ni merupakan Wedding Planner yang menjanjikan sesuatu luar biasa & terbaik mengikut bajet kita.
Sebelum rina cerita lebih lanjut, baik rina perkenalkan dulu 2 orang founder dari Qarmasutra.
Diorang ni jejaka yang masihh muda! Mungkin sebab tu, idea yang dilahirkan memang kreatif, unik dan fresh sekali!
Mereka berdua ialah Ben & Anuar




Kedua duanya ada Bach ( Hons ) Interior Architecture of School of Architecture , UiTM Shah Alam Malaysia. Lepas tu masing masing ada experience yang banyak dalam bidang decorator, designer dan seangkatan dengannya. Hebat tak hebat? 
Memang bukan calang calang orang yang decorate wedding uolss nanti okey! =P


Pelamin

Pelamin & deco dari Qarmasutra ni memang lain dari yang lain. Tak akan sama dengan vendor luar yang lain punya lah.
Sangat unik dan kreatif.
Rina pun masa first time tengok rasa macam woww! tak pernah terfikir untuk ada pelamin sebegini.
Mari kita lihat beberapa koleksi pelamin by Qarmasutra;


Amacam? rasa pelik tak pelamin pelamin dia??
kerusi kerusi yang digunakan berbeza dari pelamin biasa
deco simple sahaja tapi menarik, betol takk?
dan pelamin yang palinggggggg rina suka adalah ini
WAAA sukanyaa suka sangat sangat!
comel je kan kerusi lelaki, dengan kerusi perempuan hihi
macam dekat rumah jee
sure masuk gambar cunnnn
dan ini  pemandangan waktu malam

Lagiii cantik kan?
mesti tetamu yang datang tak henti henti cerita pasal pelamin ni
lepas tu sure ramai datang ambil gambar pengantin hee boleh feeling artis
itulah gunanya pelamin yang unik =P

Photobooth & Candy Buffet

Sebagai wedding planner, bukan pelamin je Qarmasutra buat tau,
photobooth, candy buffet, deco dewan, semua lah berkaitan wedding diorang yang buat

ini contoh photobooth yang awesome
 Ghost Chair! lawa kannn?? tepi tepi tu candy buffet!
semua props pun dia buatkan
 tak payah nak fikir banyak, nak DIY bagai, tak payah
ni satu lagi photobooth yang boleh buat pengantin budget seperti rina menangis =P


Hantaran

Macam rina cakap tadi, bukan pelamin je yang diorang buat.
as a wedding planner, hantaran pun termasuk dalam pakej diorang

hantaaran terbaikkk
crystal clear~
confirm barang tak akan dicuri sebab mesti ramai yang memerhati hantaran ni haha..
terlalu cantik!

Events

Selain wedding, Qarmasutra juga adalah event planner.
macam macam lah event yang pernah di deco oleh Qarmasutra

event pun comell
kalau nak buat majlis berendoi ke, birthday party ke, engagement of course, tak kisahlah any events
boleh je hire Qarmasutra ni

What I like the mosttt pasal Qarmasutra ni ialah mereka akan come out with proposals dulu
untuk customer boleh tengok dan menilai

kalau nak tukar tukar atau tak puas hati lagi, boleh lah ubah =)

Apa yang rina tunjuk di sini hanyalah sebahagian sahaja dari hasil kerja mereka
kalau uols nak tengok lagi (mesti kena tengok, since setiap hasil mereka lain lain!)
sila lah ke website mereka

WWW.QARMASUTRA.COM
(please follow them ^__^)

atau facebook mereka


QARMASUTRA WEDDINGS & EVENTS
(and Like them ^__^)
dan boleh contact mereka melalui facebook,
Email : qarmasutra@gmail.com
No phone : +60173056449/ +60127603812

jangan malu malu atau takut nak contact mereka
diorang ni TAK sombong pun atau memilih customer
rina yang nobody ni pun diorang layan mesra =)
jadi kalau uols artis ke, anak datuk ke, cucu datuk sekalipun
akan dilayan sama rata hehe
jadi jangan hesitate nak minta quotation dari mereka tau
propose budget sekali, mereka ni boleh dibawa berbincang =) 




kepada yang bukan bloggers, sila register di blogspot sekarang!!!

Kepada BLOGGERS yang bakal berkahwin pada JULY - DECEMBER
tahun ini!
ada berita baikkkkk buat semua!
Qarmasutra ada anjurkan contest untuk uols!
mudah je contest dia, tapi hadiah memang terbaik =)

Hello Darling ♥
To bride to be blogger . This is for you !

Qarmasutra appreciate your kind interest towards our work . Honestly , we have read all you review and we cant agreed more , you guys are the best ! 

So , this is the catch . 

1) Write an ENTRY about Qarmasutra Weddings & Events . 
2) Tell us your Favourite Dais from Qarmasutra previous works and why ?
3) Ask your friend to LIKE qarmasutra and to FOLLOW our blog
4) Publish your Entry in Facebook
5) And hey ! ask your bestie and friend to like the entry .It so easy darling ♥ 


And Qarmasutra will not let you down , so this is the return for your wonderful effort :

The Grand Price : A Mini Dais for your solemnization or engagement worth for RM 3000 . 

First runner up : A photobooth worth for RM1500

Second runner up : 5 dulang hantaran with fully decorate with fresh flowers . Each worth for RM200 per tray .

Consolation price : A Qarmasutra discount voucher worth for RM200 .


Rules and regulation

1. Dont forget to attach together QARMASUTRA BLOGGER PROJECT banner into your blog and make it as your header and cover for you Facebook profile . its Compulsory !

2.Once you have write your entry , let us know , kindly link it here and email us at qarmasutra@gmail.com . Then we will inform you the next stage .

3. This project is open for those who will get marry from JULY to DECEMBER 2012 . We are pack on june , sorry dear.

4. There will be a transportation and labour charge for the grand price and first runner up . For the second runner up , it is a self pick up from our place.

5. Tarikh tutup is on end of MAY 2012

Thats it ! Sounds good darling ? So start to write your entry and impress us with your words . Good Luck Sayang ! ♥

This QARMASUTRA BLOGGER PROJECT bride to be edition is another side project from Qarmasutra with ♥
best tak??
kenapa korang perlu join contest ini?
1) Sebab contest ini anjuran Qarmasutra itself, dari pengalaman rina, better join contest dari vendor itself dari join contest dengan mana mana platform pameran pengantin huhu, senang terus direct!
2) Hadiah memang grand habis, syarat pulak mudah jee
3) TAK BANYAK SAINGAN. yeah! berapa sangat lah Bloggers yang kahwin dari JULY-DEC?? jadi mereka yang bertuah tu, kenapa perlu lepaskan peluang ini?? aduss..kalau rina, tak pikir panjang dah..confirm join hee

Jadi apa perlu tunggu lagi kawan kawan?
Spread the news =)


P/s : Contest sudah ditutup, pemenangnya ialah Azreen. Tahniah!

Read more...

Tuesday, December 20, 2011

Review Azam Tahun 2011

Assalammualaikum semua ^_^

Tahun 2011 hampir nak berakhir kan?
sekejap je masa berlalu..
alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini..

adakah kita telah mempersia siakan peluang kita ini?
setahun Allah beri,
apa yang telah kita lakukan??

yakin kah kita masih ada setahun lagi untuk kita?

mari lah renungkan bersama..

semangat nak masuk tahun baru memang berkobar kobar..
tapi sebelum tu, rina nak review dulu azam rina pada tahun ini..
tahun 2011
yang telah rina catatkan di sini dan sini

ok, jom review~
(dakwat merah ialah review)



Kerja

Azam rina untuk mengikhlaskan hati melakukan kerja. Semoga setiap hari rina pergi keja, niat kerja untuk ibadah tak pernah rina lupa.
dan rina harap rina di confirm kan after setahun ni. tak nak extend..
Seriously, kadang kadang rasa malas betul nak bekerja hehe! so rina berazam tak nak dah malas malas.
wake up rina! wake up!!

Review : Alhamdulillah..rina dah pun di confirm kan after setahun bekerja..tak extend ^_^
dan rina rasa rina sudah pun dapat menyesuaikan diri dengan tempat rina bekerja.. tapi mungkin minat itu masih belum memuncak hehe..maybe perlu try tempat baru :p
tapi rina rasa, rina ikhlas juga lah dalam melakukan kerja..mungkin ada masa masa, niat berubah..
tapi so far, setiap kali rina pergi kerja, rina akan berniat kerja yang rina bakal lakukan, semuanya kerana Allah..
mungkin berakhir hari tersebut dengan niat yang berbeza tetapi sekurang kurangnya, niat yang pertama kerana Allah..
bab malas pulak, memang ada je..makin lama makin malas pulak..rasa macam study lagi best huhu!

Attitude

Macam biasa, setiap manusia mesti nak berubah menjadi lebih baik..
termasuk lah rina..

rina rasa nak tutup aurat dengan sempurna..
lepas tu, taknak mengumpat langsung..
solat dengan lebih kusyuk..
taknak ketawa kuat kuat

hehehe
ok. tu jelah dulu. nanti tak tercapai ;p
 
Review : rasa nak menangis baca azam ni..macam langsung tiada perubahan T__T padahal sikit je target..itu pun tak tercapai...
aurat masih tak sempurna..ya Allah..
rina cuba pakai stokin tangan dan stokin kaki..
alhamdulillah kekal..
cuma baju je..
rina dah asingkan dulu, baju ketat..
tapi last last rina selongkar balik dan pakai T___T
ok..teruk kan..
apa yang susah sangat pun tak tahu lahhh....ee..
bab mengumpat tu..still mengumpat..tapi rasanya bila kerja ni, kurang sikit kot..sebab rina rasa malas nak ambil tahu hal orang..tapi kalau orang dah cerita tepi telinga..tak dapat nak elak lah..
solat kusyuk pulak memang tak lah.. T__T
ketawa..aiyakkk makin banyak ketawa hihi..
haish..ok, slow kan volume lepas ni.. :P


Money

Fine. tahun lepas, satu pun azam yang berkaitan dengan duet tak tercapai T___T
so tahun ni, rina nak berazam sikit dulu dan logik untuk dicapai dalam masa setahun.

rina nak bawa family bercuti (dah book tiket pon)
nak beli iphone dan beg Carlo Rino hehehe. kira azam la ni :p
nak kumpul duit untuk abah pergi haji, atleast RM5000 untuk tahun ni
Hujung tahun nak jual Kancil dan tukar kereta baru..nak kereta auto yang jimat minyak :p
 
Review : 
Alhamdulillah, rina berjaya bawa family ke Bandung pada bulan April lepas ^__^
dapat beli Iphone hehe!
beg Carlo rino tak jadi sebab terminat beg Fossil hihi..untuk hantaran
Tak dapat kumpul duit unntuk abah sebab nak kawin hee..
insyaAllah tukar kereta tahun depan ~_^

Love

Macam biasa, rina berazam tak nak couple dah..
kalau sampai jodoh, kawin jer dan bercinta lepas kahwin..
rina taknak berazam untuk kahwin sebab macam pelik je hehehehehe
tapi cuba perbaiki diri supaya jodoh yang baik sampai.

Review :
InsyaAllah, jodoh yang baik tu dah dekat dah hihi...

Gemuk

Nak kurus nak kurus!
nak turun 5 kg atleast hihi

Review : tak turun langsung..cis

private kan blog?

Review : taknak :p

ok dah habisss review~

so macam 50 % kot tercapai hehehe...

oklaa tu~



Read more...

Tuesday, December 07, 2010

Love Marriage

Don't turn around
They say we turn to stone when we turn around
So, don't turn and go forward.

Salah satu quote dalam Love Marriage.



antara K-Drama yang terbaik lahh rina pernah tengok.
best besttt
lawak, sweet sangatt.
tersengih sengih rina sorang sorang :p

satu jer tak best bagi rina..
heroin dia tak comel huhu


tak comel kan?
hihi..kejam je. tapi betulla..
spoil pulak rasanya.
(update : heroin dia cun jerr..cuma tak comel. beza tau hehe..tengok dulu cerita ni mesti korang rasa heroin dia macam tak sesuai jee..)

hero ni adalah seorang divorce lawyer. dan dia pon dah bercerai.
heroin pula seorang Couple Manager yang baru lepas clash dengan BF.
so diorang bertemu.

pengajaran dalam cerita ni,
takmau lah bermusuh musuh dengan Ex BF, GF, husband, or wife korang hehe

pergi lah tengok kat http://www.mysoju.com
ade kott..

rina amik dari kawan jer cerita ni..

ENJOY~




Read more...

Tuesday, November 23, 2010

Meatball & Daim Cake at IKEA

Yeyy..at last dapat gak rina merasa.
asik asik dengar cerita orang.
asik asik tengok gambar kat blog orang.

nah amik!
nak bagi korang pulak terliur
hehehe!





slurrrppppppp
adoi..diri sendiri yang terliur..

sedappppp!
5 stars lahh

^__^


Read more...

Saturday, November 20, 2010

The Spaghetti Farm

Teringin Spaghetti yang sedap dan banyak?
di sinilah tempatnye!

hehe...=P

Ini pilihan rina..Carbonara Turkey
 Dan ini pilihan kawan rina, Farmhouse kot..
 Every set comes with soup and a glass of soft drink

lepas tu disediakan cheese, chili powder, n other add on yang rina tak sure ape dia..diletakkan di atas meja untuk kemudahan customers

memang banyak, mengenyangkan dan yang penting murahh
harga untuk makan 2 orang around RM20 je
oh lupa nak cakap.
Ni Spaghetti farm di Mid Valley, kat Ground floor :)


Read more...

Tuesday, September 07, 2010

Segmen Kenali Rina!

Eceh!
hehe

buat kali ke-3 rina di review yay!

kali ini oleh Sharinginfoz!
thanks so much!!

Rina dah lama tau blog Sharinginfoz ni
kira zaman awal awal dulu memang dah tau lahh blog ni
banyak info menarik tau!

kalau nak baca Segmen Kenali Rina yang dibuat oleh Sharinginfoz
klik SINI

Review yang lain,
anda boleh dapatinya di blog rina bahagian About Me

apsal skema ni..isk


Read more...

Saturday, September 04, 2010

Bayyinat - Penjelasan buat kita semua ^__^

Hari ni rina nak ajak kawan kawan masuk blog yang lain pula.

asyik ajak korang masuk blog orang lainn jee
lama lama takde sape laa masuk blog ni hahaha! :p

tapi blog ini special.
blog ini memberi kita 1001 manfaat
memberi kita 1001 ilmu yang boleh menjadi bekalan di akhirat
insyaAllah tak mustahil boleh memberi kita semua
hidayah dan taufiq dari Allah.

so, jom kita ke sana sekarang

bayyinat

cara penyampaian memang mudah untuk difaham
especially orang macam rina..

yang biasa biasa saja bab ilmu agama ni hukhuk T_T

penulisnya bernama Iqbal
memang best
senang nak berkomunikasi
senang nak tanya soalan

yela kadang kadang orang alim ni, nak tegur pon susah. huh!
please..takkan nak orang alim je masuk syurga??
rina pun nak.
korang pun nak kan??

ok dah.

jangan lupa masuk tauuu

bayyinat

sekian. Assalammualaikum :D

Read more...

Friday, September 03, 2010

Kata Siapa??

Kata Kauu

eh silap!
tu TvShow :p

semula semula

*******************************************
Kata Siapa??

Kata Kila!!

hehehe. tah pape. 
sila lempang rina laju laju kerana buat lawak bodoh yang tak menjadi ini.

Today, rina mahu terjah satu blog yang agak famous dalam arena penbloggeran kita.

Blogger ini adalah seorang gadis


cun, meletup memang the bomb!


lawak tak ingat punya
dannn

pandai lukis


hm...hm...
ok. cancel part pandai lukis tu.

hihihi!

Cuba teka siapa???
padahal awal awal entry dah bagitau =_="

Ta Daa~
:
:
:
:
:

opss!
hahaha

memang senget budak ni, sabar jelahh

ini lah Kila, 
one of my blogger frens yang memang terbaiklah!


Fuh!
Sebaik rina perempuan, kalau tak.. cair beb!

buat jejaka jejaka yang mula pasang niat nak mengorat
pendamkanlah saja
sebab dia sudah berpunya~


tapi..
orang cakap, selagi tak kawin, selagi tu ada chance kan??
opss!
matiklah saye hihi

main main je Kila :p jangan marah tauu :p

Jom korang pergi blog Kila ramai ramai!
try baca 1 entry, sure korang ketagih lepas tu hihi

klik banner bawah ni untuk ke blog Kata Kila

katakila

Enjoy~!



P/s : Ads dan banner di atas dibawa oleh RinaStories. Klik sini sekirannya berminat.


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top