Showing posts with label Queenstown. Show all posts
Showing posts with label Queenstown. Show all posts

Saturday, November 05, 2016

Trip ke Sydney - New Zealand bersama anak-anak kecil - Day 5 - Skyline Luge & Gondola Queenstown, DF Souvenir, Lake Wakatipu, Te Anau ke Milford Sound Lodge Motel

Assalammualaikum..

Hari ini bangun pagi dan masak breakfast untuk dibawa bekal. sebab ada aktiviti untuk pagi ni yang dijangka makan masa sehingga tengahari. Wajib bawa bekal sebab anak-anak ni mana nak makan pagi-pagi buta.



Hari ni kami akan menaiki Gondola & Luge di Skyline Queenstown. dekaaat je dengan Campsite ni. 5 minit dah sampai. Ada parking untuk motorhome disediakan. Actually dekat Queenstown ni memang banyakk aktiviti yang best-best dan adventurous ditawarkan. contoh macam stargazing, skydiving, water sports, buggy jumping...banyak gila. cuma kena sediakan duit je. tapi i think memang worth it. Cuma aktiviti yang boleh dibuat bersama anak kecil memang terhad lah.

So kepada sesiapa yang bawa anak kecil memang wajib naik gondola & luge ni. WAJIB. haa capslock ok hehehe. ini bukan sekadar naik cable car. sebab view dia memang super. Subhanallah 100kali pun tak cukup. nak gambarkan cantiknya ciptaan Allah ni. Allahuakbar.

Luge pulak macam ala-ala go-kart tapi lagi best. nanti rina cuba upload video kalau boleh. yang bestnya, baby lebih 1 tahun dah boleh naik Luge ni. so Deenina pun bolehlah join. tak perlu ibu dan abah gilir-gilir.


beg biru tu penuh bekalan, pampers & baju salin.

love all of you so much

lawa gila ok view from above


main dalam replika gondola
stunning view from above. kena view sendiri, baru terasa kerdil dengan kebesaran Tuhan

if only i live here...fall in love 


weols nak migrate sini can we?

laluan cabel car


suri hati mr engineer


10 juta gambar macam ni je


naik atas lagi

another family potrait

kakak takut jelly belly...tak bagi adik dekat..

susah le nak begambar pun

ada mainan masuk duit syiling leh angkut pasir

mr engineer. mandi tak ni bahaha

bersiap-siap naik LUGE. warna topi ikut size. kuning paling kecil. nampak tak chairlift tu. kena naik setiap kali naik Luge

pakai baby carier nak naik chair lift. risau ok, takde seat belt. pakai ni selamat sikit



cuba upload video pendek Luge..playla mana mana 1 kot dapat tengok..kalau tak dapat juga.. maaf ye...






Naik chairlift around 2 minutes..naik Luge dalam 5 minit.. kami dah beli siap-siap dari Malaysia. pakej gondola & 5 kali Luge. dapat harga diskaun. nak tahu macam mana? rina share dalam entry budget nanti ye.

Best gila naik Luge ni. laju dan view dia lain macam dari kita selalu naik (selalu kee). tapi tangan kena control so untuk rina yang lemah lembut ni (read:lembik) 2 kali naik terus give up haha.

so rina bagi je 3 round lagi dekat mr zauj. biar dia naik dengan Dareesa. seronok le dareesa, 8 kali kot naik Luge. Luge ni ada 2 track. satu scenic track & 1 lagi adventure punya. dareesa hanya boleh naik scenic track dengan ditemani org dewasa. kalau anak korang dah 4 5 tahun boleh dah naik sendiri sebenarnya. rmai je anak mat salleh main. rilek je tengok derang lepaskan anak derang ehe.

Deenina pulak sekali je main. sebab kesian plak dekat dia, helmet sampai tertutup2 mata dia hahah. omey sangat. so rina duduk jela tunggu mr zauj & dareesa habis main. nasib ada internet laju.


habis main mintak makan aiskrim. lapar le tu. tadi tak ingat nak makan
jom turun

 Lepas turun kami terus ke DF Souvenir untuk shoping souvenir. dekat aje. parking pun senang. ada parking side yang kosong tapi terhad sejam je. DF Souvenir ni adala tempat shoping paling murahhh di New Zealand. so korang datang sini, korang shoping sini cukup-cukup k. kang menyesal hehe

gambar takde sebab rushing. lepas membeli belah, kami kembali ke motorhome dan sempattt panaskan lauk untuk lunch semasa perjalanan hehe.

jalan macam ni tak boleh laju

tidor nganga nganga mulut haa

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Milford Sound. agak terlambat sebenarnya daripada plan.

wow...ada aeroplane on the lake lah ibu
stop kejap dekat Te Anau untuk tukar pampers dan baju budak2 sambil panaskan lauk.

hasil borongan biri-biri di DF Souvenir

nasi lemak takde santan hehe

semua gunung dekat je


Allah...sampai sini dalam pukul 5 petang tetiba tertulis jalan tutup pulak...katanya ada tanah runtuh..tapi sebenarnya ada dahan-dahan pokok yang patah dan mengganggu jalanraya akibat hujan.

Van Live Jucy yang depan ni dah tunggu dari pukul 4 petang...depa tu orang malaysia juga berbangsa cina...perempuan 3 orang...derang baru sahaja lepas jungle tracking so nak balik ke Milford Sound Campsite...tapi stuck di sini..

So rina nak suggest uols tak perlulah tidur di Milford Sound Campsite sebab takut jadi macam ni..lama juga kami tunggu sampai dalam jam 8 malam juga..hari hampir gelap...line takde..last-last member chinese tu ajak kami ke campsite di Hollyford..mereka pernah ke sana. so kami pun follow mereka...jalan nak ke situ agak teruk..dengan motorhome kami yang besar...risau juga



ini lah perjalanan kami untuk harini..instead of terus ke Milford Sound, kami ke Gunns Campsite
Takdela jauh mana campsite tu cuma tak boleh bawa laju..sampai sana ingatkan murah je..tapi agak mahal..30NZD per motorhome...takde power pulak tu..sedih..tak boleh nak caj handphone..mujur ada battery bank..

tapi takpela..dari tidur tepi jalan baik tidur di campsite..lebih selamat...

malam itu kami tidur dengan penuh harapan supaya cuaca cerah esok...tapi semua ketentuan Allah jua...hujan masih berterusan sehingga ke pagi...

Bersambung...

Read more...

Friday, October 28, 2016

Trip ke Sydney - New Zealand bersama anak-anak kecil - Day 4 - Lake Tekapo & Queenstown Creeksyde Holiday Park



Assalammualaikum..

Warning : Entry ni memang banyak gambar hihi

Malam tu kami tidur nyenyak, awal pagi kami dah bangun dan jenguk dari tingkap nampak pemandangan tasik Lake Tekapo yang sungguh indah! Cuaca sangat baik harini. Alhamdulillah.

Bagi itik makan
Baru lepas mandi


Pagi tu breakfast dan mandikan dareesa deenina dan terus checkout.



Masa nak checkout, ada orang tempatan tanya Mr. Zauj, "Do you know where you can see the best view of Lake Tekapo?" Then, dia tunjukkan map nak ke satu look point ke Mr.Zauj. Sementara nak ke look point tu memang ada 2 ,3 perhentian jugala untuk bergambar. so jom layan gambar-gambar di Lake Tekapo.


ingat senang nak ambik gambar dengan bebudak ni?



yang kecik ni nak belari jeee kejenya

handsomenye. laki sapa lah ni hehe
our hero

happy face

nyawa

tak bagi adik gerak


tolonglaa bagi kerjasama

mintak tolong orang ambilkan gambar




tempat lain plak

our motorhome


kambing & snow cap mountain = new zealand




sampai look point, masak dulu




sambung bergambar

dalam blog ni semua gambar phone je. gambar gopro tak save lagi

panorama

untungle korang

siblings

minta orang ambilkan gambar

sabo jela

Parking dekat look point 5 NZD. Berbaloi

tempat wajib bila ke Lake Tekapo
Lebih kurang jam 12 tengahari barulah kami meneruskan perjalanan ke Queenstown.

On the way ke sana, kami berhenti di Lake Pukaki. Cantikkkk sangat! Tasik yang sangat biruuu muda sparklingg. terlalu lawa. sungai nak ke tasik tu pun biruuuu. ada baca yang dalam tu ada mineral yang menyebabkan warnanya biru.

Lake Pukaki

biru sangat sangat

terlalu cantik. macam lukisan


Twizel

Then kami meneruskan perjalanan ke Twizel, saja round round bandar tapi tak turun pun. kat sini banyak stesen minyak. tapi kami tak isi sebab minyak masih penuh.

Lepas tu kami nampak lah Salmon farm yang famous tu. Tapi tak berhenti pun sebab anak-anak sedang tidur. kalau berhenti sure mereka terjaga. malas pulak nak melayan drama nanti, jadi kami teruskan je perjalanan..menyesal lah jugak tak  berhenti. so ini adalah salah satu sebab untuk repeat new zealand hehehe



then dalam pukul 5 macam tu, kami tiba di Tasik Wanaka. disini kami makan, dan bersihkan anak-anak. dalam jam 6 kami teruskan perjalanan dan tiba di Puzzling World. malangnya dah tutup. sedih..tiket dah beli awal-awal secara online. mujur ada diskaun NZD10..macam mana nak dapat diskaun? ok nanti rina akan cerita di entry budget haha.

walaupun sedih tapi tak lah ralat sangat, sebab kami spent masa dekat lake tekapo dan lake pukaki. memang worth it. puzzling world kat mana-mana ada. tapi pemandangan yang tersangat indah susah nak jumpa.
PMU depa hihi. TNB people je paham






view sepanjang perjalanan


sungai pun cantik


berhenti isi minyak




Then kami singgah di Cromwell untuk beli Real Fruit Ice Cream yang sangat famous.

sedap sangat sangat, beli 2 je masa ni. nina tidoq. rugila nina huihui


Akhirnya kami sampai di Queenstown Creeksyde Holiday park. Ini adalah power campsite yang terletak di tengah bandar Queenstown. selalunya orang malaysia selalu ambil top 10 holiday Park. tapi rina taknak sebab 1) Mahal. budak2 1 tahun keatas dah ada cas 2) Jauh dari town 3) Rate rendah di trip advisor berbanding Creeksyde..




inilah kerja korang. habis roti dan biskut dibaginya itik makan.
Memang pilihan kami tepat. Campsite di creeksyde ni memang best. saya request toilet dekat memang dekat betul. hot shower pun free, tak macam di Lake Tekapo, berbayar. yang penting bersih sangat-sangat, cantik pulak tu suasana campsite tu walaupun kecil. hehe. very recommended ye sebab jauh lebih murah dari top 10.



oklah sambung next day dalam next entry.


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top