Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Monday, September 10, 2018

Meringue Cookies Murah dan Sedap

Assalammualaikum guys,

Alhamdulillah rezeki memang tak salah alamat. Haritu masa Family Day, rina menang Lucky Draw berupa Meringue Cookies. First time tau dengar. tak dapat bayangkan rasanya.


Rina dapat Choc chip Meringue Cookies. Rasa dia macam kulit pavlova tu sikit, biskut sikit, keropok sikit, cotton candy sikit. hahaha gitu la rasa dia. susah nak explain. memang kena rasa sendiri.

Ada pelbagai perisa termasuk durian uolss. sape sape tengah craving sweets yang lain dari yang lain. boleh try meringue cookies ni. murahhh je pon. sebekas RM12. 2 bekas dapat RM20. tak rugi try kann?

siapa berminat boleh ke ig : era_clara atau search di FB Era_Clara tau or boleh terus whatsapp Chef Era : 018-2123124.

Read more...

Thursday, May 17, 2012

Fitting Baju Sanding

Assalammualaikum..

yay!
jujurnya rina tak suka baju rina T__T
bila pandang baju tu..
penuh dengan pandangan kecewa..
tapi tak mampu berbuat apa apa..
sebab dah pun siap..

menyesal tak sewa je yang dah siap..
sewa baru camnilah..takde choice dah..
nak taknak kena pakai yang tu gak...faham tak?

baju tu takdelah disaster, just it is not my taste..
 
rina tak salahkan sape sape
nak buat camne dah rina tak suka..
rina sangat cerewet..tapi hanya mampu berdiam diri..
sebab dah terlambat..

 sekarang hanya mampu berdoa supaya orang lain suka..haha..
En Tunang suka..ke nak sedapkan hati?
dia kata "jangan risau, nanti mesti awak nampak cantik pada hari tu"

harap begitulah..

gambar takde..takmau tunjuk..
tengokla nanti huhu

nak tunjuk gambar makanan petang tadi









Nasi Ayam Tai
Taman Sri Rampai
Wangsa Maju
Kuala Lumpur

sedap jugak..harga mahal sikit, rina bagi 3.5 out of 5 stars

so korang...pelamin biasa saja..baju pun biasa saja..
yang dapat happy kan rina hanyalah kedatangan korang ke kenduri rina nanti..
hopefully ramai lah kawan kawan datang memeriahkan majlis...

bye.....


Read more...

Wednesday, February 15, 2012

Jalan jalan cari makan di Fullhouse cafe

Salam semua =)

Lately ni rina malas nak berblogging
semua pun malas
selalunya rajin je *tangan kedada mata ke atas*

tapi rina nak share 1 restoran yang best dekat korang =)




Yang rina pegi area Jalan Yap Kwan Seng
kat Sunway Pyramid & SS2 Mall pun ada


Rina makan Oyster Mornay (3pieces)
for only RM15.90
bagi rina, bolehlaa...takdela sedap mana
baked oyster with spinach & cheese sauce
lagi sedap bakar & cicah sos kot haha rina tekak orang malaysia kampung ye =P

then minum Mango + Grape topped with green apple jelly blended
Harga : RM6.90
sedappp nyummmy!
hingga ke titisan akhir kuikui


banyak barang comel comel
dan semuanyaa untuk dijual!
tapi rina tak beli pun..
harga, nak kata mahal tak mahal sangat, nak kata murah, ade lagi murah
so sedang sedang saja hehe

ok tu je bai~ =P



Read more...

Saturday, January 14, 2012

Siapa lapar boleh lah datang menjamu selera

Oleh sebab tengah lapar..
rina nak buat entry tentang makanan hee





Food : Nasi beriyani + Ayam Goreng
Location : Restoran Insaf, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Price : RM14 hengget!
Review : Sedappp! tapi overprice. sebab banyak je lagi tempat2 yang jual nasi beriyani sedap with lower price.





Food : Valencia Frapuccino
Location : Starbuck
Price : RM15 (large)
Review : Sempena CNY, Valencia Frapuccino diperkenalkan. ada rasa buah oren..atas tu madu..so bayangkan kombinasi, kopi + oren + madu = ?
haha..actually quite nice..sedap jugak walaupun pelik. but rina prefer Toffe nut frapuccino moreee
dan yang pasti..overprice lah sebenarnya but reasonable kalau nak bandingkan dengan kopi tempat lain :)




Read more...

Friday, January 06, 2012

Senyum kembali selepas dinner bersama yang tersayang di Restoran Suasana

































Lokasi : Restoran Suasana, Kg Haji Abdullah Hukum
Peserta : My beloved family
Waktu : Baru tadi
Sponsor : My fiancee (tak pasal pasal haha..nanti saya belanja family awak pulak k. tapi family awak 12 orang termasuk adelia. pengsan lahh kuikui)
Review : Suasana memang best (sesuai dengan nama hehe.) macam lapang dan banyak seats. TV pulak besar dan banyakk. best kalau lepak tengok bola. tapi ada banyak agas agas haha..siap disediakan lagi alat pemukul agas agas =p Makanan pulak murah (murah jugak berbanding tempat lain). Rina amik set untuk 4 orang - RM99 memang kenyang tahap mengah tu hihi..air buah sedapp. ikan masak stim limau (boleh pilih masakan lain) sangat sedap..ikan fresh. Udang goreng tepung macam cekodok udang tapi sos sedap. ayam paprik sedap. tomyam pun sedap! kesimpulannya memang berbaloi lahh =)


Alhamdulillah kenyang ^___^




Read more...

Wednesday, December 07, 2011

Wordless Wednesday : Chocolate Lava






- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, November 13, 2011

Starbuck : Toffee Nut Frapuccino

Haish..ni pengaruh rakan se facebook lah ni..

rina takdelah minat sangat Starbuck ni..
sebab macam yahudi kan..walaupun McDonald pun Yahudi,
walaupun hampir semuaaa barangan seharian kita Yahudi..sigh.

lagipun mahal betul (RM17.50 untuk cawan besar)

tapi Toffee Nut Frapuccino ini adalah sangat sedap!
dan hanya ada pada musim musim tertentu..
so terpaksa beli hehe!

sedap..
sehingga ketitisan terakhir..
slurrpp~

ok, jimat balik :p

Read more...

Saturday, November 05, 2011

Classic Chicken Mcdeluxe nyummy!


semalam singgah mc donald..ingatkan nak beli french fries je
tapi terbeli Classic Chicken Mcdeluxe hee :p

sedappp sesangatt
bila gigit je bunyi krup krup
crunchyyy
nyummmeh!

besama dengan mayonis dan sayur dan tomato
combination yang sedapp

tahap sedap same je la dengan Mcdeluxe baru tapi rasa berbeza

ok. telan liur

sape yang Puasa Arafah pada hari ini mahap lah ye. hihi
anggap jelah ini ujian :p

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Credit : AwanPagi

ape sangat lah ujian ini kalau nak dibandingkan dengan ganjaran yang bakal kita dapat. insyaAllah.
selamat berpuasa semua!
puasa makan
puasa minum
dan juga puasa dari dosa..




Read more...

Sunday, October 16, 2011

Ayam Penyet AP

Update pasal makan lagi. Nampak sangat rina kuat makan. Patut gemok dan sihat hihihi


Kali ni makan di ayam penyet AP di Shah Alam. Ini my second time. Dulu makan di Petaling Jaya. Banyak cawangan sebenarnya. Rasa macam di Shah Alam lagi sedap?


Sambal dia memang nyummy! Ayam pun garing dan besar :)




Gado gado pon sedap. Rina tak rasa. Mak dan makcik kata sedap.



Sup rawon aka sup daging. Sedap. Daging lembut je.



Bakso. Ada mihun siap ke su'un? Rina tak rasa jugak tapi macam tak laku, dengar dengar tawar.



Dan asam pedas yang hanyir huhu.



Semua sekali dalam RM100






Kami ambil set ni.



Banyak air sedap tapi tak try pon



Dan budak ini yang makan dengan penuh selera



- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Friday, October 14, 2011

Nasi lemak cikgu di kelana jaya

Nyumnyum kenyang sudah





Hari ni my opismate ajak makan nasi lemak di kelana jaya. Jauh giler kan. Dia kata sedap sangat.




Bolehla..sambal tak berapa nak umpphh. Tapi ayam dan nasi memang sedap.

So rina bagi 3.5 bintang hee

Lagipun tempat dia cantik dan selesa









Harga pun ok gak.

Kawasan memang best. Ada banyak lagi tempat makan best.




Ikan bakar fend! U r next! Hihi

Dan akhir sekali gambar opismate tersebut hee





Single and available! Sape nak sila ngorat sendiri haha

Bai!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Sunday, April 24, 2011

Tutti Frutti


Sekarang ni tiba tiba je famous kan Tutti Frutti? 
pelik pelik

dulu takde sape nak pegi punn

so sebab dah famous, rina jadi teringin, dan rina try ahad lepas!

sedap!!

tapi mahal gilo..
atas tu je dah RM13 - RM 15

Tutti Frutti ni harga ikut berat.
makin banyak korang letak aiskrim & tiny bits dia
makin berat lahh aiskrim tersebut
makin mahallahh harga yang korang kene bayar.

bunyi macam hipotesis dah hahaha

ape ape pun aiskrim ni 0 fat dan sedap!
so berbaloi baloi walaupun mahal
^__^


Read more...

Monday, January 24, 2011

Who doesn't love good food?










ini lah lunch rina hari hari.
erk?
hari hari ke?
taklahhh
mana boleh hari harii
pokai lahhhhh
bukan takat pokai
boleh jadi gemokkk gedempol kalau hari hari makan sedap sedap ni
lain lahh kalau perut ada blackhole ;p



Read more...

Monday, December 20, 2010

Seminggu yang terbaik

Hari ni rina cuti, sebab baru pagi tadi sampai KL.
actually, last week rina ada kursus PEP 36 kat Ilsas, then terus shoot pergi Kedah with some friends from PEP 36 gak.

memang enjoyable week lahh hihi
malasss nak kerja esok. opsss :p

masa kursus, memang setiap malam keluar hee..

lama kot tak keluar malam malam ni..semenjak kerja, duk umah, rina adalah anak yang baik dan sopan :P

malam Isnin, pergi tengok Hantu Mak Limah dengan geng PEP 36
sangat tak best ok cerita tu. tapi ada lah lawak yang terkesan di hati ;p "Cecita cecita cecita" hahaha!

malam Selasa, teman kawan UNITEN untuk tengok Ngangkung dengan kawan UNITEN yang lain.
paham tak??
sebab rina malas nak pergi sebab dah tengok Ngangkung weekend lepas with a friend.
Tapi kawan punya pasal, I tengok dua kali okeyy..support industri tempatan kononnye :p
nasib baik best jugak!
hantu dia comel :p

malam Rabu, lepak lepak dengan geng PEP 36 again dekat Bukit Bintang.
gaji baru masuk, so kami makan Kenny Rogers *bajet mewah*

malam Khamis, pergi bershopping dengan kawan perempuan hihi.
best best.
rina beli 3 helai baju dan 1 beg baru ^o^
lepas tu teman kawan rina, makan malam dengan kawan dia.
huu...rina memang kawan yang baik kan? sudi menemani kawan dia kemana sahaja :p

malam Jumaat, just pergi pasar malam dan lepak di rumah kawan UNITEN yang ambil Master.
sementara menunggu pagi. nak pergi Kedah + Penang kan.

Sabtu sampai Isnin, berjalan jalan di Kedah + Penang.

kali ni just nak tunjuk Pics malam Rabu.

Lepaking di Bukit Bintang~

Punya jauh datang nak makan Kenny Rogers :p
 Aksi aksi orang di Bukit Bintang
 suka betull mamat Pink ni!
tu jelahh nak share haha sikit je.
lain lain, nak share gambar makanan

*Kenny Rogers*
(5 stars)

sila terliur sekarang.









Slurrrrrrpppppp!



Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top