Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Saturday, April 02, 2016

Pulau Perhentian bersama anak kecil - Naik boat

Assalammualaikum...

:: Pulau Perhentian Besar ::
Bersiaran dari pulau perhentian ni...malam takde aktiviti sangat sebab kami tinggal di Pulau Perhentian Besar...sebab lebih privacy, lebih sunyi dan chalet lebih selesa ada elektrik...kalau Pulau Perhentian kecil dengar dengar chalet takde aircond...tapi lebih murah..sesuai untuk backpackers..dan lebih meriah..lebih remaja hehe.

So kalau datang dengan anak anak better tinggal di Pulau Perhentian Besar..banyak chalet cantik cantik.
Kami pilih Cocohut chalet. Seaview. Turun turun laut. Tengokle gambar dekat bawah ye. Tak boleh nak susun susun sebab guna apps je.

::Naik bot::

Kitorang naik bot menggunakan servis Pokman. Pokman ni kawan abah mertua rina. Dapatla diskaun sikit. Kalau uols nak dapatkan servis pokman boleh call beliau 019-912 5151 ..pokman boleh urus booking hotel sekali. Dapat murah sikit berbanding kita booking pakej.

Boat yang digunakan agak kecil. Memang melambung lambung kitorang. Macam naik roller coaster. Berzikir zikir rina hehe..dalam setengah jam sampai..alhamdulillah dareesa & deenina rilek je tdor sepanjang perjalanan..agaknya macam dibuai2 tambah angin kuat tak boleh nak bukak mata haha.
Rina beli siap siap dah jaket pelampung depa. Dareesa punya dari Mr diy..RM10 je. Deenina punya dari tesco. RM 15.

Dekat jeti ada jual jugak tapi mahal berganda..
Risiko naik boat memang ada..macam naik kereta pun ada risiko..untuk mengurangkan risiko kita beli siap3 pelampung yang sesuai untuk anak kecil..yang pihak boat sediakan semua untuk orang dewasa je..

::jeti::

Jeti ada dekat pulau2. Tapi kena panjat sikit..pakai seluar ok. Beg pulak bawak beg galas je. Jangan beg tarik pulak. Jenuh nak tarik atas pasir hihihi.
Kitorang siap bawak gulai daging dengan nasik. Makanan deenina & dareesa lagi. Maklumlah nak jimat. So harini save lah sikit.

Ok tu jee buat masa ni. Si adik dah tidor. Ni nak tidorkan kakak pulak.

Selamat malam..

Read more...

Tuesday, November 12, 2013

Kursus dan bercuti di Holiday Inn Melaka

Assalammualaikum semua..ni kisah lama tapi tersimpan dalam draft..lupa nak publish hihi..banyak cerita yang terlepas nak tulis..lepas pegi melaka, bercuti di morib gold coast pulak..tu tak tahu bila plak nak tulis huhu..


Ok ini entry tersebut :

Selasa lepas until today rina di MELAKA. Ada kursus di Holiday Inn. So alang alang kursus di hotel tu rina pon booking pengipan di situ dan alang alang menginap di hotel best rina pon ajak mak & dareesa ke sana..mr zauj tak dapat ikut sebab cuti dia tinggal sikit..




Ni gambar google tapi sebijiklah macam ni..tak sempat ambik gambar dah semak hahah..barang banyak okeh..biasala bawak anak & mak :p

Rina bawak combined steamer & blender philips avent. Mudah sangat nak buat makanan dareesa. Rina steam potato & carrot dan jugak apple. Bawak dari rumah semua. Say no to instant food! (Tapi bawak jugak biskut baby kikiki)


Masa makan breakfast suap dareesa sekali hihi.. Breakfast di holiday inn memang sedap! Banyak pilihan..ada nasi lemak, mi, westen, coco crunch, sushi, waffle, roti roti, kuih muih, pau, buahbuah dan paling best ada dimsum hihi

Alamak letih dah taip 


Ok kursus best gak la..ada paham ada tak paham..minum pagi pon best, lunch pon best siap ada sup ekor. Ehhh ni g kursus makan ke hahahah



Malam bawak mak g makan asam pedas paling popular..google je..apetah nama lupa kiki gambar pun takde hihi blogger yang tak membantu :p ampunn

Esoknye after kursus terus balik KL...

Ok tu je. 



Read more...

Wednesday, January 25, 2012

Review : Syuen Hotel, Ipoh, Perak

Salam all~

lepas rina outstation ke Port Dickson tempoh hari, rina berpeluang ke Ipoh pulak!
Yay~ rina suka jalan jalan hehehe =P
nak cari hotel di Ipoh ni tak susah sangat la,
sebab hotel di Ipoh ni akan berlonggok dekat satu tempat sahaja..
so macam no choice, just choose the cleanest one je

harga pun murah kalau nak banding di PD

setelah rina tanya tanya dan survey,
rina pun memilih Tower Regency Hotel

rina call tanya, dia jawab RM240 per night
tapi tak boleh book untuk check in awal, it is subject of availability

then, sampai sampai je Ipoh, rina pun terus ke hotel tu,
tapi takde pulak orang yang dah check out..jadi bilik takde yang kosong lagi

takkan nak tunggu sampai pukul 1, 2 petang kan?
masa tu baru pukul 9 pagi..

oh, lupa nak cakap, mak rina join jugak..
mak eksaited nak ke Ipoh sebab dah lama tak pergi
hihi

 oleh sebab tak boleh check in awal,
rina pun terus ke Syuen Hotel.

ada sorang kawan rina rekemen gak 
dia cakap 4 star dan dekat dengan Ipoh Parade, sebelah je

tapi rina tak berkenan sebab macam "ca ya nun alif'
hihi..

sampai sampai sana, terus tanya kaunter, boleh check in awal tak?

kaunter cakap, boleh je with no charge!
wahh..
harga pun RM220 je, murah dari Tower Regency

susun atur dalam hotel tu memang high class
berkonsepkan IPOH, ke "ca ya nun alif" an sikit hihi





hmm, walaupun tak berapa minat konsep "ca ya nun alif"
tapi hentam jela labu

hotel not bad,
modern dan kemas compare to Selesa Beach Resort di PD




toilet pun bersih~


ambil bilik yang ada view..takut mak bosan nanti

malam tu, rina ajak mak makan di Nasi Vanggey
restoran yang agak popular di Ipoh
hanya 5 minit dari Syuen hotel dengan menaiki kereta


nasi kandaq memang nyummehh!


3 layer tea yang digembar gemburkan sedap tapi tak pun bagi rina

dekatt foursquare kan, kecoh tau pasal gadis jual rokok di restoran Vanggeyang kononnya sangat hot
rina pun semangat cari cari

 nampak tak ada gadis yang berbaju kuning di dalam kedai tu?
gadis itu lah yang dimaksudkan
memang HOT ok~!
macam artis tapi jual rokok , sangat tak paham

ok dah merepek

esoknya, dapat breakfast free di hotel
tapi breakfast di Syuen Hotel tak sesedap di hotel rina pernah pergi sebelum ni

walaupun buffet tapi tasteless
banyak pilihan tapi semua tak sedap hoho



semua tak sedap
hot dog je la ok erk.

bahagian atas hotel ni kan ada swimming pool dan taman
kalau nak lepak lepak sambil menikmati pemandangan Ipoh bolehlaah naik ke tingkat atas sekali




hari nak hujan dah~

selama 2 hari 1 malam di Syuen Hotel, rina memang berpuas hati dengan servis dan location dia
so fully recommended!

tapi kan, jalan Ipoh sangat susah kan? sebab banyak one way dan takde sign board
huhu

sekian~


Read more...

Tuesday, January 17, 2012

Selesa Beach Resort , Port Dickson

 Assalammualaikum semua =)

Ahad lepas rina ke Port Dickson, sebab Isnin tu ada kursus.
saje pergi awal sehari since mak nak ikut

bukan rina mengada ngada manja nak ajak mak ok..
mak yang insist nak ikut
sebab dia dah bosan duduk rumah hari hari..

honestly, rina memanglah takut nak duduk hotel sorang sorang (I think it's normal untuk semua perempuan)
tapi rina pernah je duduk hotel sorang sorang, duduk motel pun pernah sorang sorang
takde la nak paksa sape sape ikut..
walaupun rina anak tunggal, but I am not spoiled.
I am an independent woman =) tapi sometimes nak jugak manja manja dengan yang tersayang *gedik*

haha..

ok, ape tah mengarut haha, saja tak suka orang label anak emas @ anak emak etc etc
kalau orang label *anak SOLEHAH* takpe gak ^__^
 apeape pun, I really love my mom..selagi hayat ada, selagi itu rina akan jaga mak..
ok stop

back to the point,

so, rina pun duk survey survey lahh hotel di Port Dickson di Trip Advisor & Agoda
mula mula ingat nak duduk di Kondo TNB je
sebab RM10 je semalam for pekerja TNB

tapi rina call, dia cakap tak boleh check out lewat pada hari Isnin tu..
rina plan nak check out pukul 6 lah..after rina habis kerja kan.
boleh mak duduk di hotel

mula mula nak duduk Thistle since good review di Internet
dah book dah, tapi rupanya terletak jauh dari TNB Port Dickson (15 minit, jalan kecik)
susah lah kalau nak pegi jenguk jenguk mak kan

lepas tu rina pergi survey di Avillion Admiral Cove
sebab popular gak di PD tapi malangnya, hotel tu charge macam semalam tidur if check out lambat.
hoh! da lah mahal, RM250 tak silap..

so tak jadi lagi..

sebelum tu, rina ada booking Residence Desa Lagoon Resort tapi bila baca balik review di Trip Advisor banyak pulak bad review..

hah! banyak songeh pulak rina kan? hahaha
kalau rina sorang sorang je tidor, rina tibai je paling murah..
tapi sebab mak ikutkan..nak cari lah yang paling bersih

ikut kan hati nak je tinggal di Grand Lexis atau Avillion Port Dickson
tapi mahalll setanding lahh dengan kecantikan hotel tu =)

kalau Grand Lexis, siap ada private pool lagi dalam bilik
kalau Avillion pulak, chalet atas air ^__^


so akhirnya, rina pun decide nak stay di Selesa Beach Resort
hasil dari good review dalam website trip advisor dan agoda


memang betullah reviews dalam tu..
memang selesa habis hehe!

Masa sampai sampai tu, lengang je..macam takde orang huhu
dalam memang cantik

Masuk masuk je tanya receptionist "resort ni tepi pantai ke?"
sebab rina tak nampak pun pantai haha..macam Thistle dan Admiral Avillion masuk masuk terus nampak pantai

then receptionist kata, memang tepi pantai, boleh mandi mandi.

so tanya harga pulak dan charge if late check out
for deluxe room - twin bed : RM220
add on - sea view : RM40 (saje ambil, takde la mak bosan nanti duduk dalam bilik)
late check out : RM90

ok la kan?

Keadaan bersih..toilet pun bersih..cuma TV pesen lama sikit


Sea view dari bilik hotel..takde lah sea sangat..tapi nasib baik tak menghadap matahari..

Petang tu jalan jalan dengan mak




Swimming pool tepi laut

tak ramai pun..maybe bukan cuti sekolah kot

menikmati sunset bersama yang tersayang


hotel yang berkonsepkan minang kabau




indah sungguh ciptaan Allah..
ALLAHHUAKBAR!


mak baru belajar ambik gambar guna phone baru beliau hehehe!

Pagi ahad tu dapat breakfast free!


Besttt breakfast dia walaupun sedikit masin hehe
tapi puas hati




dapat roti bakar dan jem, butter..dapat air panas, air jus..memang kenyang la..

dan akhir sekali, rina pun pergi kursus dengan kenyang perut


dalam pukul 4 petang, habisss

terusss balik ke Kuala Lumpur~


sekian


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top