Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Review & Contest : Qarmasutra Weddings & Events

*Sticky entry, please scroll down for new entry ^__^*

UPDATE:
FRIENDS, PLEASE LIKE QARMASUTRA'S STATUS HERE
AND LIKE THEIR PAGE TOO.
Thank you very much. Really appreciate it =)


Qarmasutra Wedding & Events ni merupakan Wedding Planner yang menjanjikan sesuatu luar biasa & terbaik mengikut bajet kita.
Sebelum rina cerita lebih lanjut, baik rina perkenalkan dulu 2 orang founder dari Qarmasutra.
Diorang ni jejaka yang masihh muda! Mungkin sebab tu, idea yang dilahirkan memang kreatif, unik dan fresh sekali!
Mereka berdua ialah Ben & Anuar




Kedua duanya ada Bach ( Hons ) Interior Architecture of School of Architecture , UiTM Shah Alam Malaysia. Lepas tu masing masing ada experience yang banyak dalam bidang decorator, designer dan seangkatan dengannya. Hebat tak hebat? 
Memang bukan calang calang orang yang decorate wedding uolss nanti okey! =P


Pelamin

Pelamin & deco dari Qarmasutra ni memang lain dari yang lain. Tak akan sama dengan vendor luar yang lain punya lah.
Sangat unik dan kreatif.
Rina pun masa first time tengok rasa macam woww! tak pernah terfikir untuk ada pelamin sebegini.
Mari kita lihat beberapa koleksi pelamin by Qarmasutra;


Amacam? rasa pelik tak pelamin pelamin dia??
kerusi kerusi yang digunakan berbeza dari pelamin biasa
deco simple sahaja tapi menarik, betol takk?
dan pelamin yang palinggggggg rina suka adalah ini
WAAA sukanyaa suka sangat sangat!
comel je kan kerusi lelaki, dengan kerusi perempuan hihi
macam dekat rumah jee
sure masuk gambar cunnnn
dan ini  pemandangan waktu malam

Lagiii cantik kan?
mesti tetamu yang datang tak henti henti cerita pasal pelamin ni
lepas tu sure ramai datang ambil gambar pengantin hee boleh feeling artis
itulah gunanya pelamin yang unik =P

Photobooth & Candy Buffet

Sebagai wedding planner, bukan pelamin je Qarmasutra buat tau,
photobooth, candy buffet, deco dewan, semua lah berkaitan wedding diorang yang buat

ini contoh photobooth yang awesome
 Ghost Chair! lawa kannn?? tepi tepi tu candy buffet!
semua props pun dia buatkan
 tak payah nak fikir banyak, nak DIY bagai, tak payah
ni satu lagi photobooth yang boleh buat pengantin budget seperti rina menangis =P


Hantaran

Macam rina cakap tadi, bukan pelamin je yang diorang buat.
as a wedding planner, hantaran pun termasuk dalam pakej diorang

hantaaran terbaikkk
crystal clear~
confirm barang tak akan dicuri sebab mesti ramai yang memerhati hantaran ni haha..
terlalu cantik!

Events

Selain wedding, Qarmasutra juga adalah event planner.
macam macam lah event yang pernah di deco oleh Qarmasutra

event pun comell
kalau nak buat majlis berendoi ke, birthday party ke, engagement of course, tak kisahlah any events
boleh je hire Qarmasutra ni

What I like the mosttt pasal Qarmasutra ni ialah mereka akan come out with proposals dulu
untuk customer boleh tengok dan menilai

kalau nak tukar tukar atau tak puas hati lagi, boleh lah ubah =)

Apa yang rina tunjuk di sini hanyalah sebahagian sahaja dari hasil kerja mereka
kalau uols nak tengok lagi (mesti kena tengok, since setiap hasil mereka lain lain!)
sila lah ke website mereka

WWW.QARMASUTRA.COM
(please follow them ^__^)

atau facebook mereka


QARMASUTRA WEDDINGS & EVENTS
(and Like them ^__^)
dan boleh contact mereka melalui facebook,
Email : qarmasutra@gmail.com
No phone : +60173056449/ +60127603812

jangan malu malu atau takut nak contact mereka
diorang ni TAK sombong pun atau memilih customer
rina yang nobody ni pun diorang layan mesra =)
jadi kalau uols artis ke, anak datuk ke, cucu datuk sekalipun
akan dilayan sama rata hehe
jadi jangan hesitate nak minta quotation dari mereka tau
propose budget sekali, mereka ni boleh dibawa berbincang =) 




kepada yang bukan bloggers, sila register di blogspot sekarang!!!

Kepada BLOGGERS yang bakal berkahwin pada JULY - DECEMBER
tahun ini!
ada berita baikkkkk buat semua!
Qarmasutra ada anjurkan contest untuk uols!
mudah je contest dia, tapi hadiah memang terbaik =)

Hello Darling ♥
To bride to be blogger . This is for you !

Qarmasutra appreciate your kind interest towards our work . Honestly , we have read all you review and we cant agreed more , you guys are the best ! 

So , this is the catch . 

1) Write an ENTRY about Qarmasutra Weddings & Events . 
2) Tell us your Favourite Dais from Qarmasutra previous works and why ?
3) Ask your friend to LIKE qarmasutra and to FOLLOW our blog
4) Publish your Entry in Facebook
5) And hey ! ask your bestie and friend to like the entry .It so easy darling ♥ 


And Qarmasutra will not let you down , so this is the return for your wonderful effort :

The Grand Price : A Mini Dais for your solemnization or engagement worth for RM 3000 . 

First runner up : A photobooth worth for RM1500

Second runner up : 5 dulang hantaran with fully decorate with fresh flowers . Each worth for RM200 per tray .

Consolation price : A Qarmasutra discount voucher worth for RM200 .


Rules and regulation

1. Dont forget to attach together QARMASUTRA BLOGGER PROJECT banner into your blog and make it as your header and cover for you Facebook profile . its Compulsory !

2.Once you have write your entry , let us know , kindly link it here and email us at qarmasutra@gmail.com . Then we will inform you the next stage .

3. This project is open for those who will get marry from JULY to DECEMBER 2012 . We are pack on june , sorry dear.

4. There will be a transportation and labour charge for the grand price and first runner up . For the second runner up , it is a self pick up from our place.

5. Tarikh tutup is on end of MAY 2012

Thats it ! Sounds good darling ? So start to write your entry and impress us with your words . Good Luck Sayang ! ♥

This QARMASUTRA BLOGGER PROJECT bride to be edition is another side project from Qarmasutra with ♥
best tak??
kenapa korang perlu join contest ini?
1) Sebab contest ini anjuran Qarmasutra itself, dari pengalaman rina, better join contest dari vendor itself dari join contest dengan mana mana platform pameran pengantin huhu, senang terus direct!
2) Hadiah memang grand habis, syarat pulak mudah jee
3) TAK BANYAK SAINGAN. yeah! berapa sangat lah Bloggers yang kahwin dari JULY-DEC?? jadi mereka yang bertuah tu, kenapa perlu lepaskan peluang ini?? aduss..kalau rina, tak pikir panjang dah..confirm join hee

Jadi apa perlu tunggu lagi kawan kawan?
Spread the news =)


P/s : Contest sudah ditutup, pemenangnya ialah Azreen. Tahniah!

Read more...

Sunday, April 08, 2012

Idea : Gubahan Hantaran bunga hidup dan review Floristika, Bangsar

Assalammualaikum semua =)

Berkaitan dengan hantaran...rina telah pun decide untuk buat sendiri!
Wah cam tak percaya je rina nak gubah kan?

tangan kayu takde seni ni nak buat hantaran =P

tapi rina rasa macam mudah jeee orang buat hantaran guna fresh flower hihi
macam campak campak siap =P

InsyaAllah nanti my cousins ada yang akan datang tolong..
my friends yang sudi tolong di alu alukan hihi

nak buat hantaran Jumaat kot, sehari sebelum hari Nikah
Sabtu pagi pulak pergi beli bunga hidup terus hias

Nikah waktu petang, sempat kot?
sempat ke tak eh?

so last week rina dah pergi ke salah satu kedai borong bunga hidup yang sangat popular sebab murah
dan yang penting dekat je dengan rumah rina!

Floristika Bangsar


sila jangan pergi sorang sebab yang jaga kedai ni semuaaa lelaki..bangla kot?


cantikkk murah je tau


banyak dah habis since rina pergi waktu petang..

nak beli bagi isteri pun boleh =)


ada 3 tingkat kedai ni 
dulang hantaran pun ada jual
service gubah hantaran, handbouquet macam macam lah ada


berikut merupakan inspirasi rina untuk gubahan hantaran nanti!
cewah =P

by Rilla



wahh cantiknyaa
macam mudah kan?

dulang dah pun rina sewa dari epa di SINI


murah jee..RM5 per dulang =)

alas dulang warna putih transparent with manik pun dah beli masa tunang hari tu

nak letak apa lagi ye? bakul? span? manik manik?
siapa ada idea?

siapa ada link tutorial nak buat hantaran guna fresh flower untuk dikongsi?

Thank you in advance friends! ^__^

Read more...

Monday, November 07, 2011

Barangan Pengantin di Semua House Jalan TAR

Assalammualaikum semua :)

tadi rina pegi Semua House di Jalan Tunku Abdul Rahman.
nak pergi Mydin sebenarnya tapi alang alang parking kat situ, singgahlah kejap :)

selalunya rina akan ke tingkat atas, sebab mak suka beli baju kat butik butik tingkat atas tu.
tapi hari ni rina turun bawah plak (area foodcourt)

dan terjumpa satu kedai yang menarik


kedai pengantin hee

penuh giler orang..nampak sangat bulan 12 hingga bulan 1 nanti akan ramai kawin
kedai ni sangattt besar!
macam semua barang pun ada

harga rina tak sure.
tapi ramai je orang
maknanya berpatutan jugakla kott
beg beg doorgift bermacam macam jenis


manik manik bejuta lemon
ade bunga mangga, ada promenader ball

bekas sangkar yg cantik cantik. tapi tahu ape tujuan nye?

ade promotion..bekas kecik harga RM0.40
oh..better jangan bagi bekas gini..
kalau rina dapat, masuk dalam tong sampah je nanti
sebab tak muat nak letak ape ape pun..cam semak
hee..just my 2 cents :p

lapik lapik dulang

bunga telor

kertas..ape gune kertas ek?
nak buat guestbook ke?
tak paham...

kain..nak buat ape tah?


ranntai manik yang sangat cantik sampai rambang mata

reben yang berduyunn tibaa

bekas dulang pelbagai jenis, eh pasu ponnn ada

beli kak jangan tak beli :p hikhik

banyakk lagi..tapi tak terletak sebab nak bawak korang ke satu kedai lagi!
jiran sebelah kedai ni.

kecik sikit
tapi still ramai orang..
yang mana murah?
emm...macam sama je
cuma kedai ni banyak bunga kot


penuh bunga dan bunga telor

beg pun ada..siap ada promosi

jatuh hati dengan bunga pahar ni..
cantikk

sarang burung yang cantik!

 banyak bunga..cantikkan bunga bunga dia? macam bunga hidup je kan? kan?

dan lagi 2 buah kedai..
kedai kat tingkat 1, tingkat yang kita mula mula masuk tu

ada kedai tepi habib jewels ngan yang kat seberang sana,
ada jual tempat letak cincin dan AlQuran yang cantik dengan harga tersangat murah!




ok sekian je dari saya, Rina

 melaporkan :p

oh..sangat tak diri sendiri bila guna casing iphone warna biru..
En Tunang..kate mahu belikan casing pink untuk saya..
dah bejanggut tunggu ni hee :p

ok bai! 


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top