Edisi Siasat : Diamoney Jewellery untuk cincin kahwin bagi lelaki
Assalammualaikum semua :)
selamat hari sabtu yang bahagia~
dah malam punn
tapi takpe, masih ada 10 hari cuti yang membahagiakan untuk rina hee
malam ni rina nak buat siasatan tentang Diamoney Jewellery ~
cecewahh hihi
takdela..hari tu kan, rina pegi Diamoney dekat Mines
nak survey cincin untuk lelaki
kan lelaki tak boleh pakai emas..jadi hanya ada Platinum, palladium, silver @ stainless steel sebagai pilihan.
Bagi yang masih belum tahu, Suasa pun lelaki tak boleh pakai sebab ada campuran emas.
Dalam banyak banyak pilihan, rina berminat dengan Platinum & Palladium
tapi nye..Platinum mahal sesangat - orang lah kata..
so rina pun survey survey..memangg mahal..mahal dari emas
tapii bila rina pergi kedai Diamoney ni
orang kedai tu cakap cincin dekat situ semua PLATINUM.
rina tengokla harga
eh?
murahnyee
ada yang RM200 je? (after discount)
biar betul!
rina tanya lagi "Betul ke platinum?? ada campuran kot?"
"Tak miss..memang platinum..kalau rosak boleh datang tukar..warranty lifetime. Tapi jangan bagi kena perfume tau! nanti hitam.."
rina pun tanya lagi "habis tu kalau hitam tapi bukan kena perfume..boleh tukarla?"
dia jawab "kalau hitam aa, kami tahu itu mesti kena perfume!"
LOL
abes tu..nak rosak macam mana yang baru boleh tukar tu?
hitam tak boleh..calar nanti cakap, kecuaian sendiri...
korang faham tak ape yang rina nak sampaikan ni?? =p
ok, tanpa membuang masa, mari kita memulakan siasatan hehe!
firstly, rina buka website dia.. Diamoney Jewellery
dan pergi part Information & service
rina terjumpa;
Platinum Rolled Gold (PTRG) Filled JewelleryPTRG is the combination of Palladium & Rhodium metal which contributes fully into our prestigious collections. With Palladium rated in Platinum Group, builds in the durability of strength and tarnish resistance in every piece of Diamoney's fine jewellery.
Then rina google pulak
Source : Amy Fahmi
Platim: Campuran aloi platinum dan palladium if I'm not mistaken. Yang penting, takde campuran emas. Harga tengah-tengah antara platinum dan perak. Dalam 400-1k lebih kurang harga nya. Mungkin ada lagi yang lebih murah, kot. Ada di jual dekat Diamoney at The Mines. Cawangan Diamoney yang lain tak silap saya adalah di airport LCCT dan Subang.
Err..ada kekeliruan sedikit masa kat Diamoney ni. Jurujual kat situ kata semua produk mereka adalah platinum. Tapi...err..kami tengok kualiti tak macam platinum. Warna, design dan berat tak solid. Dan bila kami naik atas kat Poh Kong, jurujual tu kata actually it is platim. Dan kami pun rasa semua produk mereka adalah platim. Sebab murah. Hehe. Betulkan kalau salah, ye. Mungkin juga platinum yang grade rendah sebab platinum pun macam emas. Banyak grade nye. Takpelah, yang penting boleh di pakai oleh lelaki.
Design memang banyak. Dari yang berbatu-batu sampailah togel tanpa batu.
Source : ally
their rings are platinum plated so a bit cheaper than solid platinum.Souce : faratso after much deliberation,
we did came across Diamoney kt Giant Plentong a couple of months ago
and they claimed that they have a range of men's ring
which are made of rhodium alloy and coated with platinum
so mmg takde unsur emas
harga pon mmg affordable laaa
price starts from 150 (tak silap)
and,
after a short discussion with my Bride to Be friends yang awesome!
Hasliza tak tahu mana 1 blognye hehe
jadi kesimpulannya..
Diamoney is NOT pure platinum..
it is the combination of Palladium & Rhodium metal
patut murah kan?
tapi bagi rina, still cantik..
ada banyak pilihan batu..sapphire, ruby, onyx etc.
batu pun dijamin tahan lama ^_^
so maybe I will go for Diamoney!
kalau hitam, maybe just hantar polish dekat Diamoney je la kot
tapi rina tak sure, kalau dia claim cakap sebab perfume, dapat polish free ke tak huhu..
ada satu lagi yang best..
dekat Diamoney ni, bila bila pun kita boleh trade in cincin kita ni.
tapi kita perlu trade in dengan harga yang lebih mahal 20% dari cincin kita yang lama..
ok kan?
sekian saja hasil siasatan rina pada malam ini~
boboi~





>