Doorgift gula-gula kanak-kanak murah di Fantasy Jungle Food, NSK
Assalammualaikum semua =)
lately ni rina tetiba je jadi rajin update =P
hypothesis yang boleh dibuat ialah
semakin busy rina, semakin rajin update blog
hehe ok tak kelakar
Hari ni rina nak share tentang Kedai pemborong gula-gula atau cikediss yang murah sangat!
sebelum ni rina pernah suruh en tunang survey di Kelantan.
lepas tu rina pernah lah terbaca tentang Fantasy Jungle Food, NSK di Selayang yang ada jual gula-gula murah
tetiba hari tu rina terrrserempak kedai yang sama di Wangsa Maju ! (Map : SINI)
so rina dan en tunang pun pergi lah survey..
harga sama jee dengan di Kelantan =)
so bolehlah beli di sini saja..
jadi, semalam, masa rehat tengahhari, rina sempat ke Wangsa Maju untuk ke kedai NSK ni.
rina ajak opismate sekali hehe..
saje nak beli siap siap, masa dah suntuk,
next month adalah bulan terr busy for me..
dengan exam erghh..malas fikir..

ada pasar basah jugak, hujung sekali kedai gula gula
Fantasy Jungle Food

ada macam macam jenis gula gula, coklat, keropok, biskut etc yang dijual
ada beberapa yang menarik perhatian rina untuk dijadikan doorgift
jelly!
besar jelly ni, jatuh dalam 50 sen setiap satu
yang kecik pun ada

Lollypop bulat besar
jatuh dalam 50 sen jugak ni sebatang

Lollypop kecik yang comel comel
tak ingat berapa..dalam 20 sen kot sebatang

dan palingg rina suka, gula gula kipas
sangat colourfulll
dan murah je 20 sen je sebatang

tapi direject mak...katanya tak pernah dibuat orang
huhu..tapi comel mak T___T
ada juga coklat untuk doorgift

kebanyakannya ada tanda halal, jangan risau =)
coklat berjenama seperti cadbury, kitkat pun ada
keropok, biskut, semuaaa ada
dan doorgift rina ialahh
jeng jenggg jenggg =P
doorgift je kann, takpelah reveal hehee
lollypop panjang

comel jugak kan? warna warni ^____^

ada tanda halal dan simbol untuk vegetarian
dan paling penting harga jatuh ke RM0.17 sahaja sebatang
heheheh!
takpelah, doorgift untuk budak budak je kann =P
untuk mak budak, kita cerita lain hari ye.
k bai!
P/s : Nak beg ini sebagai hantaran...Harapannn
























>