Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Muhammad Niqrees Hakeem


Panjangnye nama hehe..maksudnya pemimpin yang adil rasanya. Sedap kan? Niqrees Dareesa macam sama jee :p boleh geng hehe..

Ni baby adik ipar rina. Selamat melahirkan pada 26 feb tak silap. Lama juga tahan sakit. 1 pagi masuk hospital..sampai 4 pagi keesokannya baru baby nak keluar hehe..

Rezeki dan nasib orang lain lain kan. Tak semestinya sakit lama tu terhapus dosa..sakit sekejap takde feel atau macam macam judgement yang orang beri. Serius kita tak layak nak judge orang. Kau operate senang lah. Pakai epidural kee tak feel lah. Kurang pahala.

Seolah olah kita mengangkat diri kita sebagai Tuhan untuk judge orang. Astaghfirullah..moga kita dijauhkan dari sifat macam tu.

Bahagian orang lain lain. Allah dah tentukan dan semestinya ada hikmah disebaliknya. Kita sebagai manusia berusahalah dengan berdoa, beljar teknik dan bersedia dengan redha dengan segala kemungkinan..

Ok la tu je hihi...assalammualaikum :p

Read more...

Sunday, June 16, 2013

Selamat hari bapa, abah #zuhadareesa

Terima kasih kerana menjadi seorang abah yang sangat bertanggungjawab. 


Dari saat Zuha Dareesa hendak dilahirkan, Mr Zauj setia menunggu. Hampir 24 jam menanti, syukur Ya Allah, Zuha Dareesa selamat dilahirkan kedunia. Mr Zauj menjadi orang pertama yang melihat kepala, badan, wajah Zuha Dareesa. Mendapat peluang untuk memotong tali pusat kemudian mentahnik & mengazankan Zuha Dareesa. Setia pula menanti kami berdua keluar dari ward. 

Sampai sahaja rumah bermula lah episod kami menjadi ibu bapa buat pertama kalinya. Sangat mencabar. Sangat tertekan buat rina. Andai Mr Zauj tiada di sisi tak tahula macam mana nak hadapi sorang sorang.

Apabila Zuha Dareesa disahkan menghidapi jaundice, Mr Zauj lah yang bertungkus lumus membawa kami ulang alik hospital. Dia yang buat appontment. Tak lupa dia yang buatkan mykid Zuha Dareesa, belikan ubat untuk Zuha Dareesa.

Belajar bedung dia, mandikan pun dia, tukar pampers pun dia, dodoikan pun dia..malam malam bila rina terpaksa menyusukan Dareesa, Mr Zauj sudi teman sekali, ambilkan air untuk rina..walaupun esoknya dia terpaksa bangun awal untuk ke kerja.

Sehingga sekarang, dia merupakan seorang abah yang sangat bertanggungjawab..tak pernah lepas tangan..malah lebih tahu banyak perkara dari rina..nak cerita memang takkan habis..

Buat Mr Zauj, Selamat Hari Bapa buat pertama kalinya! Abang dah membuktikan abang boleh menjadi seorang abah yang baik. So, kalau nak tambah lagi sorang dah boleh dah ni eh?! Hihihi.

Kbai

Read more...

Saturday, June 08, 2013

KL - Kelantan - Kedah -Langkawi - Kedah -KL (part 2)


30 Mei :

Hari ni bersiap siap nak ke Kedah. Konvoi lebih 5 buah kereta. Tak sure berapa kereta tapi hampir 40 orang huhu. Ore kelate memang cenggini kot. Kalau hntar menantu memang semua ikot. Sangat meriah tau. Tapi sebab terlalu ramai, boleh jadi lambat la sikit.


Pagi tu sempat lagi ke kedai Salamku. Tujuan nak beli cooler box je tapi ter shopping macam macam perkakas rumah pulak. Best giler ok kedai ni. Banyakkk pilihan pekakas rumah. Harga pun murah nak banding dengan harga di KL. Cooler box pun murah je. RM 30 plus je. Sangat tahan. Seharian ais tak cair. Rina beli cooler box ni untuk simpan susu yang telah di pump. Nak travel kan..

Tapi untuk susu beku memang tak tahan. Mesti akan cair separuh jadinya terpaksa buang. So sepanjang 10 hari travelling ni, rina hanya berani bawak balik susu yang 5 hari terakhir je. Means rina tak bekukan dulu. Yang 5 hari terawal rina buang tapi ada yang digunakan time rina tinggalkan dareesa untuk berdating dengan mr zauj :p

Kenapa perlu pump? Sebab malam malam memang bengkak susu lagipun nak pastikan demand sentiasa tinggi jadi production susu tak merundum. Alhamdulillah nasib baik ada mr zauj yang sudi jaga susu supaya tak rosak. Setiap masa dia cek ais & topup ais. Bawak cooler box tu merata rata. Terasa sangat dihargai :) support suami amat penting tau untuk seorang ibu menyusukan anaknye sehingga 2 tahub bukan 1 perkara yang mudah.



Parent in law naik kereta rina. 8 jam jugak perjalanan KB- Alor Setar. Sesat lah, tunggu orang lah. Huhu. Sampai pukul 2 pagi. Kesian Dareesa. Kecik kecik dah balik malam. Nasib baik dareesa good girl. Tidur jee dalam kereta. dia memang suka naik kereta. Senang bawak jalan.

Sampai Alor setar duduk dekat homestay, takde gambar tapi memang padatla 40 orang duduk 1 rumah double storey.

31 Mei :

Majlis bertandang hari ni. Jalan jalan sekali alor setar sambil mr zauj cerita kenangan kenangan dia time kecik kecik dulu. 7 tahun duduk kedah sebab abah mertua bertugas disini. Siap pergi melawat rumah kawan kawan dia. Saya follow je hehe

Oh ye, pagi tu boleh pulak air takde! Terpaksa la kitorang ni pegi mandi dekat masjid. 

1 jun : 

Oyeah ari ni pergi langkawi~ pagi pagi bangun dah bersiap. Separuh je yabg pergi, separuh lagi rombongan tak join. Cuaca tak baik pulak. Risau gak lah nak naik feri. 

Feri memang huyu hayang dek ombak. Ade yg muntah. Nasib baikdareesa ok je. Rina je rasa mual sikit. Sampai langkawi dah petang. Pakat sibuk nak masak. Family mr zauj memang camtu. Pergi mana mana pun masak sendiri & makan di rumah. 

Tapi petang tu, mr zauj sewa motor dan ajak rina round langkawi. Tinggalkan dareesa jap bagi umi jaga.


Besttt! First time naik motor dengan mr zauj :) macam budak muda je rasa rempit satu pulau haha..lepas minum minum ktorang pun pulang ke chalet balik.

Oh ye, kami semua tinggal di rumah peranginan TnB. Best ngadap laut. Macam rumah kampung ada 3 bilik, ruang tamu, ruang makan, dapur. Banyak lalat huhuh. Tandas bersih.

2 jun :

Sambung lagi :p

Read more...

Thursday, June 06, 2013

KL - Kelantan - Kedah - Langkawi - Kedah - KL

26 Mei :


Bertolak balik ke kelantan pada awal pagi. Tak berapa nak awal sangat la..hihi.  Ade jem sikit sikit, dalam 8 jam sampai rumah mertua. Alhamdulillah dareesa baik je sepanjang perjalanan. Tidur je. Tak nangis kuat pun. Good girl. 



27 Mei :

Masing masing busy kemas rumah. Sebab malam tu adik ipar akan menikah. Meriah rumah mertua. Semua dah balik. 

Petang tu sempat lagi rina & mr zauj keluar berdua. Tinggalkan dareesa jap hihi. Konon dating sempena anniversary la. Since ada ramai dayang dayang @ adik ipar yang suka mengasuh baby, kami ambil kesempatan untuk keluar bedua. Dating di Pantai Cahaya Bulan



Orang kata kadang kadang bagus gak keluar bedua untuk kekalkan kemesraan suami isteri. Tapi bagi rina & mr zauj, lagi best keluar bertiga. Dareesa takde macam tak lengkap lah. Asyik teringat dia je.


Bertiga lebih baik hehe :)
Menikah di masjid. Ambil gambar di pelamin yang dipasang di rumah. 
Sekali lafaz, simple, ringkas, adik ipar rina, anis selamat menjadi isteri orang. Suaminya orang kedah. Baik orangnye. Semoga mereka bahagia hingga syurga aminn.

28 Mei :

Hari ni adik ipar bersanding. Lagiii lah busy haha..baju pun tak siap jahit lagi hehe kelam kabut je masing masing tapi alhamdulillah semuanya bejalan lancar. 


Tema gold..

29 Mei :

Hari ni berehat rehat je. Pegi shopping sikit. Mak kirim keropok. Lepas tu pegi PCB lagi makan makan dengan adik beradik. Best tau adik beradik ramai..merasa jugak rina ada family yang besar hehe


 
Dareesa dengan cousin aka bestfriend, Dhia Maisarah. Omeyy angatt! Sebulan tua dari Dareesa.
Dhia mata besar bolatt, Dareesa pulak hidung besar bolatt kahhhhh :p 


Ini pulak kakak Dhia, Adelia Batrisya. Cucu sulung, cucu kesayangan niii. Baru nak masuk 2 tahun tapi bijakk sangat. Yang penting, jagung lagi besar dari tangan haha.

Malam tu, buat selawat sikit sempena aqiqah dareesa & dhia. Aqiqah kitorang sembeli lembu je. Join kenduri majlis kahwin tu.

 
Tudung kelabu tu, Mok. Nenek mr zauj, moyang dareesa. Masih kuat dan sihat.

Dareesa tidur je sepanjang selawat. Anak ibu memang juruh. Sayang dareesa sangat sangat muahhh!

30 Mei :

Sambung next entry :p

Read more...

Wednesday, January 02, 2013

Review Azam tahun 2012

Assalammualaikum

Dah pun nak masuk tahun 2013.
Dari tahun 2008 kot rina menulis di blog ni. dari tahun 2008 dah ada azam.
sekarang nak masuk 5 tahun!

azam untuk tahun 2008
ni ditulis masa 2009, kononnya review balik azam tahun 2008.
entry betul betul untuk azam 2008 macam takde pula...blog lama kot?

azam untuk tahun 2009
ni macam azam untuk sem terakhir je. bukannya azam 2009 =P
cari cari tapi tak jumpa pulak. so kira azam 2009 gak lah!

azam untuk tahun 2010
masa ni rina dah start tulis proper azam.
kira azam yang logik la nak dicapai hehe..da matang sikit kot =P

azam untuk tahun 2011
lebih ringkas untuk azam tahun ni. ringkas tapi bermakna =)

azam untuk tahun 2012
yeah~ dan azam tahun ini. tahun 2012!
adakah tercapai???

actually untuk tiap tahun pun rina review rasanya, tapi malas nak link kan.
maybe sape nak baca bolehla check dekat sidebar bahagian "sweet&sour" dalam bulan 12 & 1 every year.
mana la tahu kan...rina pon suka baca blog orang, ada perasaan ingin tahu tu
atau dalam bahasa kasar, saya adalah stalker tegar hihi..orang tak kenal pun best nak stalk =P
kalau kenal lagi haku suka nak stalk kuikui

ok, back to the topic.
adakah azam 2012 rina tercapai?
 briefly je la rina cerita..nak baca penuh sila la baca di SINI


LOVE

rina nak berkahwin dengan en Tunang hehe!
*TERCAPAI! alhamdulillah =)*

ATTITUDE

1) Bangun awal pukul 5 pagi every morning.
*tak tercapai pon..macam sama je bangun hee*
2) nak jadi lebih matang..tak nak bersifat budak budak dah..cewah =p
*errrr macam matang sikit dah kot hikhik!*
3) nak jadi lebih penyabar..nak belajar hormat En Tunang, supaya tak kekok nanti bila dah begelar isteri.
*hee hormat je Mr Zauj hee..kadang kadang je emo sikit lala!*
4) Tutup aurat dengan sempurna
*masih belum sempurna....tsk tsk..*

CAREER

1) Nak update buku log sambil revise dan sharpen ilmu yang telah diperoleh
*buku log dah jadi pekasam T___T*
2) Nak dapatkan sijil CP
*tak dapat lagi...*
3) dan seperti selalu, mahu ikhlaskan hati, niat kerja sebagai satu ibadah
*try jugaklah...tapi bukan hari-hari huhu..*

MONEY

1) Nak beli kereta baru!
*tercapai =)*
2) Nak pergi honeymoon~
*tercapai juga~*
3) Nak berjimat..tak mahu spent duit kepada yang tak perlu..priority to my life after marriage
*jimat ke? ade jugak membazir..tapi banyak duit memang habis ke arah family*


OTHER THINGS MATTER

1) Nak diet & fit !
*langssung tak! lagi lagi ngandung, makin bulat hihi*
2) Nak cantikkan diri, buat spa di rumah selalu =P
*makin huduh sobs*
3) oh..kan rina buat Master..rina harap lulus semua subject dan dapat buat research dengan lancar
*alhamdulillah, subject semua lulus...tinggal research je!*

so...kesimpulannya...berapa percent yang tercapai ek??
dalam 6/14 kot (ikut suka kira hihi)
dalam 43% sahaja lah yang tercapai..

bermakna rina FAILED =(
adus..kena lebih motivated untuk tahun 2013 ni!

tapi apa pun..2012 adalah tahun paling bermakna buat rina =)
kehadiran suami & baby dalam kandungan adalah segala-galanya..syukur ya Allah..

ok, da penat menulis..hehehe nak berazam untuk 2013 pulak..

 erm..next entry lah hihi..semak plak rasa kalau campur.

bai


Read more...

Monday, March 05, 2012

Cabaran Diet 90 hari - Day 8 (Day 6 & 7 too)

Salam semua.

Day 6 & 7 failed haha..cakap awal awal =P

sebab rina ke Johor jumpa bakal anak buah =)
pergi dengan bakal adik ipar, insyaAllah..
en tunang tak pergi

sempat berkenalan dengan bakal biras & abang ipar
dengan abang ipar tak bertegur pun haha..
dengan bakal biras alhamdulillah ok je =)

dengan anak buah lagi ok!
I'm in love with her~

jalan jalan pergi Johor Premium Outlets.
sempat beli kasut rina untuk hantaran dan seutas jam tangan buat abah tercinta
lepas tu pergi Angsana Mall (apetah nama dah lupa)
TERRbeli baju RM60!! mahal sangat..dan menyesal..sedih..
 

ni anak buah rina, Nur Adelia Batrisya





Sape cakap comel sila angkat tangan dua dua belah!!

hihi

so hari ni Day 8,

still macam tak diet..hihi
tapi rina tetap nak tulis..tak nak give up lagi..

Breakfast :
Tidor..ambil half day..semalam sampai umah pagi buta..flight lewat

Lunch :
Nasi sikit + Sup ketam (seekor ketam) + Ikan goreng sikit + Air kosong + jambu with asam RM1

In between :
Keropok lekor 5 batang beserta sos sambal
Kurma 5 bijik hehe..

Dinner :
Sup ketam (Seekor ketam) + Roti marjerin gula bakar (2keping) + mini empeyek 4 keping + biskut abuk abuk 1 biji

Air intake 1 liter..

No exercise huhu

tengok..rina suka makan bende merepek repek..
sampai thun depan pun tak kurus gini..adus

P/s :  aiseh camne nak diet ni..Secret recipe wat promo buy 3 free 1 pulak! Klik sini for more info.

Read more...

Tuesday, January 17, 2012

Selesa Beach Resort , Port Dickson

 Assalammualaikum semua =)

Ahad lepas rina ke Port Dickson, sebab Isnin tu ada kursus.
saje pergi awal sehari since mak nak ikut

bukan rina mengada ngada manja nak ajak mak ok..
mak yang insist nak ikut
sebab dia dah bosan duduk rumah hari hari..

honestly, rina memanglah takut nak duduk hotel sorang sorang (I think it's normal untuk semua perempuan)
tapi rina pernah je duduk hotel sorang sorang, duduk motel pun pernah sorang sorang
takde la nak paksa sape sape ikut..
walaupun rina anak tunggal, but I am not spoiled.
I am an independent woman =) tapi sometimes nak jugak manja manja dengan yang tersayang *gedik*

haha..

ok, ape tah mengarut haha, saja tak suka orang label anak emas @ anak emak etc etc
kalau orang label *anak SOLEHAH* takpe gak ^__^
 apeape pun, I really love my mom..selagi hayat ada, selagi itu rina akan jaga mak..
ok stop

back to the point,

so, rina pun duk survey survey lahh hotel di Port Dickson di Trip Advisor & Agoda
mula mula ingat nak duduk di Kondo TNB je
sebab RM10 je semalam for pekerja TNB

tapi rina call, dia cakap tak boleh check out lewat pada hari Isnin tu..
rina plan nak check out pukul 6 lah..after rina habis kerja kan.
boleh mak duduk di hotel

mula mula nak duduk Thistle since good review di Internet
dah book dah, tapi rupanya terletak jauh dari TNB Port Dickson (15 minit, jalan kecik)
susah lah kalau nak pegi jenguk jenguk mak kan

lepas tu rina pergi survey di Avillion Admiral Cove
sebab popular gak di PD tapi malangnya, hotel tu charge macam semalam tidur if check out lambat.
hoh! da lah mahal, RM250 tak silap..

so tak jadi lagi..

sebelum tu, rina ada booking Residence Desa Lagoon Resort tapi bila baca balik review di Trip Advisor banyak pulak bad review..

hah! banyak songeh pulak rina kan? hahaha
kalau rina sorang sorang je tidor, rina tibai je paling murah..
tapi sebab mak ikutkan..nak cari lah yang paling bersih

ikut kan hati nak je tinggal di Grand Lexis atau Avillion Port Dickson
tapi mahalll setanding lahh dengan kecantikan hotel tu =)

kalau Grand Lexis, siap ada private pool lagi dalam bilik
kalau Avillion pulak, chalet atas air ^__^


so akhirnya, rina pun decide nak stay di Selesa Beach Resort
hasil dari good review dalam website trip advisor dan agoda


memang betullah reviews dalam tu..
memang selesa habis hehe!

Masa sampai sampai tu, lengang je..macam takde orang huhu
dalam memang cantik

Masuk masuk je tanya receptionist "resort ni tepi pantai ke?"
sebab rina tak nampak pun pantai haha..macam Thistle dan Admiral Avillion masuk masuk terus nampak pantai

then receptionist kata, memang tepi pantai, boleh mandi mandi.

so tanya harga pulak dan charge if late check out
for deluxe room - twin bed : RM220
add on - sea view : RM40 (saje ambil, takde la mak bosan nanti duduk dalam bilik)
late check out : RM90

ok la kan?

Keadaan bersih..toilet pun bersih..cuma TV pesen lama sikit


Sea view dari bilik hotel..takde lah sea sangat..tapi nasib baik tak menghadap matahari..

Petang tu jalan jalan dengan mak




Swimming pool tepi laut

tak ramai pun..maybe bukan cuti sekolah kot

menikmati sunset bersama yang tersayang


hotel yang berkonsepkan minang kabau




indah sungguh ciptaan Allah..
ALLAHHUAKBAR!


mak baru belajar ambik gambar guna phone baru beliau hehehe!

Pagi ahad tu dapat breakfast free!


Besttt breakfast dia walaupun sedikit masin hehe
tapi puas hati




dapat roti bakar dan jem, butter..dapat air panas, air jus..memang kenyang la..

dan akhir sekali, rina pun pergi kursus dengan kenyang perut


dalam pukul 4 petang, habisss

terusss balik ke Kuala Lumpur~


sekian


Read more...

Thursday, November 24, 2011

Itinerary, Budget, Hotel, Restoran, Shopping Trip Bandung & other stuff




Assalammualaikum semua :)

Tadi ada kawan duk tanya pasal Bandung.. dan rina pun share la serba sedikit apa yang rina tahu..
rina pernah ke Bandung bulan April lalu
for the first time with my parent

belanja mereka sempena rina dah bekerja sekarang..
alhamdulillah..
salah satu dari azam rina tercapai



happy yang tak terkata bila lihat mereka happy..
mak abah.. I LOVE YOU SO MUCH!
Ya Allah..please..please love them more than they love me..please..T__T

lepas ni, rina nak bawa mereka jalan jalan tempat best best lagi tapi kali ni taknak bertiga.
nak ber-5
baru lahh meriah lagii
sape lagi 2 orang?
menantu dan cucu mereka lahh
hihihi :p

ok sambung balik to the main point.

rina pernah pergi tapi tak pernah Update sebab masa tu, mood ber blogging kurang :P

so, rasanya, macam dah basi..

tapi still, rina nak share my Itinerary dan some notes hasil dari research :p 

tapi tak proper, malas nak edit bagi kemas..
mahap la kalau comot hihi
just copy dan paste ape yang ada :p
TAPI
masa dekat sana, banyak yang berubah hehe!
lagi lagi, Pasar Baru tu..
memang seharian pun tak cukup!

dakwat merah : rina comment sikit 

Selamat bershoping di Bandung!
for me, murah murah pun, beribu gak habis huhu

*********************************************************
Jadual
3 April (Ahad)
11.00 am
Arrival
11.30 am
Check in  + Solat
12.30 pm
Angkutan rute Kalapa-Dago
12.45 pm
Lunch @ Riau food junction tak pegi pun
1.30 pm
Shopping at FOs (Riau)
5.30 pm
Dinner @ Burger di Jalan dago tak pegi pun
7.00 pm
Sambung balik FOs (Dago)
9.00 pm
tidor

4 April (Isnin)
5.00
Bangun + Solat
6.00
Breakfast
7.00
Ke Tangkuban perahu best!
9.00
Arrival
11.00
Balik
1.00
Lunch @ Kg Daun + solat best!
2.30
Toko Toga + Riau stock mall (jeans murah) best!
6.00
PVJ (Jln Skajadi) tak sempat
7.30
Dinner at Simpang Raya - Minang best!
9.00
Solat + tidor

5 April (Selasa)
5.00
Bangun + solat
6.00
Breakfast
7.00
rute Cicadas-Elang  àPasar baru naik teksi
12.00
nasi ayam penyet kat Pak Chi Met (tgkt 7/8) best!
2.00
solat
3.00
Rumah mode (Setiabudi Area)
5.00
Amanda + Kartika Sari + eskem best!
7.30
Dapur Sangkuriang best!
9.00
Solat + packing + tdor

6 April (Rabu)
4.30 am
Bangun + Solat
5.15 am
Ke airport
6.10 am
depart






Important things
-          Airport Tax Rp 75k/person masa nak balik, akan dimintak huhu
-          Tiket itinerary print pergi dan balik
-          Tangkuban : Rp50k per pax/ 15k per car
-          Bawa baju sejuk
-          bwk minyak angin n koyok
-          *102*6--------------------

Embassy of Malaysia at Jakarta Indonesia

Jl. H.R. Rasuna Said Kav. X-6 No. 1-3
Kuningan, Jakarta Selatan 12950
Tel (62-21) 522-4947
Fax (62-21) 522-4974
Email mwjkarta@indosat.net.id
Office Hours: Work day: Monday - Friday 0800 – 1600
 Visa Hours - 0830 - 1230 & 1430 - 1600
Holiday : Saturday & Sunday               

Kak Lina orang yang banyak tahu pasal bandung dan willing to help..jumpa di forum Cari
teh_cumi@yahoo.co.uk
tel: 0172262458

Budget
Hotel : rm400 (Hotel Dago 2)
Makan : rm300
Tambang :rm 300
Tax : rp75k per person (rm30)
Tangkuban perah rp 50k per person

Makan sebijik ikut menu ni..memang terbaikk
·         Dapur Sangkuriang (Makanan Jawa Sunda)
o   Gurame Bakar (kaloi)
o   Tempe goring sedap
o   Jus alpukat
o   Tomyam sunda
o   Pisang cheese

·         Kg. Daun mahal..tapi wajib pergi sebab cantik
o   Air cendol
o   Kupiyur (air bandung + kelapa + natadecoco
o   Sate
o   Ayam Bakar Bumbu Bali

·         Riau food junction tak sempat
o   nasi lengkong, mee koclok n nasi timbel
o   Belgian Waffle Durian

·         Simpang raya (masakan padang)
·         Pakchi met (seafood) ayam penyet sedap
Restaurant Bumbu Desa (Rumah Mode)
-          Karamba cafe : alpukat juice +
-          Nasi Timbel Complit
-          Brekfas disediakan

Shopping
·         Pasar Baru best giler
o   Lantai 3 : Kedai Saroja (Kebaya Sulam) sila beli banyak banyak!
o   Lantai 3 : Vogue (Cotton)
o   Lantai 6 : Kedai makan Kalimantan (Kek lapis) – sebut bella for diskaun mahal dan tak sedap!
o   Kerepek tempe murah
o   Kuih misao
o   Toko laris – kak aina
o   Citra – French lace
o   Lantai 6 : beg murah
o   Lantai 1 : toko laris(telekung) – kak lina, nanang  & endah malaysia lagi murah..rina kene tipu..dekat Pasar Baru kene hati hati..banyak kene tipu.. T__T

·         FO Jalan Dago
o   FO DSE – beli simcard
·         Toko tiga : jual jeans n tshirt murah MURAH GILER
·         Sahar muslimah
·         Secret bju budk2
·         Rumah tas : beg mahal
·         Heritage fo : oklahh..murah bestt
·         Cascade pun best
·         Summit xbest
·         For men : branded dan murah utk lelaki
·         FO Secret & Sahara: bj bdk3
·         FO Donatello kasut+perfume-gucci  flora
·         Kartika sari – brownies, kerepek tempe goring, aiskim durian better beli ni dari kek lapis kat pasar baru!!
·         Amanda – brownies kukus (lg sdp)

Solat (untuk April 2011)
Date
Imsyak
Shubuh
Syuruq
Dzuhr
Asr
Maghrib
Isha
01
04:29:19
04:35:22
05:52:42
11:54:08
15:09:22
17:55:07
19:04:24
02
04:29:10
04:35:13
05:52:35
11:53:50
15:09:24
17:54:38
19:03:56
03
04:29:02
04:35:05
05:52:28
11:53:32
15:09:25
17:54:09
19:03:29
04
04:28:53
04:34:56
05:52:22
11:53:15
15:09:25
17:53:41
19:03:03
05
04:28:44
04:34:47
05:52:16
11:52:57
15:09:25
7:53:12
19:02:36
06
04:28:35
04:34:38
05:52:09
11:52:39
15:09:25
17:52:44
19:02



Map



Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top