Showing posts with label Blogshop. Show all posts
Showing posts with label Blogshop. Show all posts

Sunday, November 11, 2012

Barang-barang bayi yang sudah dibeli (Gambar)

Hehe...sampai 2 updates sekaligus hari ni =P
bila lagi nak bukak laptop ye dak hihi..

ini adalah beberapa barang yang telah rina beli
rina tak record harga harga barang yang dibeli, sepatutnnya recordlah kan?? 
huhu tah mana letak resit, malas pulak nak cari balik =P

first barang yang rina beli adalah Manual Avent Breastpump. rina beli sebelum kahwin lagi.
masa tu rina ada jual barang baby di sini
sekarang stop kejap sebab malas. yesss why am I so lazy??
huhu..nak fokus pada family, kandungan, kerja & master..
tak mampu nak berbisnes lagi =(
bisnes jubah pon dah stop...tapi still ramai order & email..
nak start balik tapi tak start start lagi hehe...adoi!

lepas tu rina beli softbook, ada cerita sikit di sini
beli dari facebook Baby Geniuses
agak mahal rupanya kalau beli online.
tengok dekat Mydear wholesale & Expo PWTC, boleh dapat jauh lebih murah T__T
rina beli banyak, hampir RM200 habis huhu..

dah lama sikit, baru rina berani barang baby yang sebenar benarnya hehe..
rina beli dari kedai sendiri =P dari my stockist
beli dari Mydear Wholesale haritu
beli dari Expo Baby & Mother di PWTC haritu
dan di Mydin

Jom tengok sedikit sebanyak yang telah diborong~

baby carrier ni dibeli di Mydear wholesale. murah je kot dalam RM70 lebih.
Mr Zauj yang pilih dan beria nak. dia nak dukung baby pakai ni nanti hehehehe
mesti selesa baby duk atas perut abah kan nanti? empuk macam tilam hahaha =P jangan marah~ gurau je hihih

Baju newborn, stokin stokin dan pureen travelling set
beli di Mydin
Mak ikut time ni so banyak dia pilih dan belanja.


Beli di Mydin juga. 
mak beli nappy liners ni, pakai dengan cloth diaper katanya.
nak kurangkan kotoran di cloth diaper tu
pakai dengan lampin pon boleh
tapi rina macam tak kuasa je nak guna lampin. rajin pulak nak melipat lipat
lagipun macam bahaya je guna Pin.
sekarang kan dah ada cloth diaper, better guna cloth diaper, mudah dan comel =)

mak beli tikar getah, nak tukar baju time lepas mandi kot
tengah fikir fikir, patut beli 2 ke?
satu letak rumah mak, satu letak rumah sendiri??
sebab nanti baby ni mak yang akan jaga & akan dibantu oleh baby sitter ketika kami pegi kerja

lepas tu mak geram dengan set gift, jadi mak rina beli 1 set



baby bib aka sapu tangan hee, cloth diaper, towel
beli time expo pwtc. comel sesangat barang time expo ni,
rasa nak beli semuaa
baby diapers tu rina ada jumpa yang paling murah RM20 sehelai.
boleh adjust size dari newborn sampai muat lah
towel siap ada sarung kepala yang tebal ni, dalam RM30
baby bibs tak ingat. yang penting comel, ada grandma grandpa tuu
proses mengambil hati nenek & atok, semoga mereka senang hati nak jaga baby nanti hihih
untung untung dapat sponsorship dari dorang haha!


barang barang keperluan beli di Mydin
harga lupa la...tapi Mydin, mesti murah sikit heee taktahula  =P
masa di Mydin haritu, ada drypers & huggies je untuk newborn
Drypers murah sikit dari huggies.
tengok contoh tegantung, nampak tebal lagi. so rina beli Drypers



ni beli dekat Expo PWTC
comellll!
I love daddy tu jangan tanya la sapa beria nak kan.
sikit sikit I love daddy. mana I love mummy ni??



rina sukaaa yang ada kartun dekat montot!
comel sangat sangat!



salah satu softbook yang beli online
bedung modern untuk baby, beli di expo PWTC
ada jugak jual online di SINI. harga sama je. cuma takde kos penghantaran la
memang famous la bedung modern ni
memudahkan kerja. main zip zip je hehe
rina beli 2 je. walaupun moden, still percaya pada yang lama.
mak cakap dia dah tempah dekat kampung mana tah..
kita biarkan je grandma uruskan ye sayang..jimat sikit duet ibu hikhik

lepas tu beli spender nak support diapers kot. comel gambar bear tu, jadi TERpaksa beli =P



dan akhir sekali botol susu philips avent,
beli 1 kotak dah la..takut baby taknak pulak.
geram tengok botol susu ni. keluaran baru dari Avent
gemok gemok lebih comel =P
katanya bayi lebih suka sebab lebih menyerupai nipple ibu

lepas tu beli bantal baby clevamama, banyak gak review baik baik dari blogger lain

semuanya rina beli dari kedai diri sendiri =P
tapi buat masa ni rina tak ambil order ye..ampunn

dan yang besar tu besen mandikan baby beli di Mydear wholesale

oklah tu je..banyak dah tulis =)

ohh...mesti semua dapat teka my baby gender kan?
hee!
taknak announce lagi..baru 5 bulan lebih..
hanya Allah maha Mengetahui kan =)


Read more...

Saturday, February 25, 2012

Berpeluang untuk menang Clevamama Infant Formula Mixer dengan 3 simple steps !


CLICK SINI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT



Read more...

Monday, February 20, 2012

Barangan Bayi Murah Berkualiti

Baitul Mawaddah by Rina Stories ^__^

rina sekarang jual barang bayi tauu
hehe!

da lama, tapi baru nak tulis di blog
haha!
rina ingat nak buat banner sikit, tapi terlampau malas busy!
=P

Jomla add ramai ramai facebook





yang belum ada anak, belum kawin, add je awal awal dulu,
nanti boleh beli terus dari rina =)

kawan kawan rina, readers yang setia, PM me for best price =)

Terima kasih

Read more...

Monday, July 12, 2010

Beg baru yey!

Hehehe!

Rina baru beli beg baru
 2 bijik :p

sekali sekala kan berbelanja

lagi pun, rina beli secara bundle

rina ambil 2
1 mak ambik
1 bagi mak sedara yang susah sikit
yang lain jual kat sedara mara lain tanpa ambil untung

semua beg tu beg beg branded tapi replika punya

so murah jela
kualiti pon OK la~
untuk pakai tak sampai setahun kan 
alaa..perempuan..mane reti pakai barang yang sama lama lama
sure nanti tak tahan nak beli pattern lain pulak
hihihi!
kan kan?
ngaku jelah~
:p

Jom tengok gambar!

ni beg rina yang 1st


Brand Loewe (Loewe Drawstring)
Harga Cadangan : RM 48

Ini yang rina Google, pon yang replica
tapi rina pelik apsal orang tu jual sampai RM260?

replika jugak. maybe rina tersalah.
rina tak dapat nak letak link mana rina dapat harga ni
sebab taknak ruined business orang lain
korang tanya Mr. Google je la ek :)

ni 2nd handbag


Brand Guess (Guess Tyra)
Harga Cadangan : RM 32

Rina Google harga untuk yang original ialah RM 319


old fashioned sikit yang ni
tapi ape rina kisah
janji rina suka hihi

yang lain lain


ada lagi 
tapi tak sempat nak snap

dah selamat dah jadi hak milik mereka mereka hehe!

ada replika Loewe,Guess, LV
yang lain takde stock lagi
tak banyak pilihan pun sebenarnya
cepat habis

Emmmmmmmmm....

rina nak minta cadangan korang
patut tak rina jual beg-beg replika ini di RinaWardrobe?

harga yang dicadangkan adalah seperti yang rina tulis tadi (harga cadangan)

kalau korang rasa macam best je
dan akan ada orang beli

"Like" je post ni

kalau bagi comment lagi rina suka
hehehe

segala kerjasama semua kawan kawan
rina sangat hargai..

terima kasih
^_____^

Read more...

Friday, June 25, 2010

Rina Wardrobe berwajah baru *tajuk nak skema*

*Klik untuk gambaran yang lebih jelas*

Fuh bepeloh. akhirnya siap layout terbaru RinaWardrobe.

Padahal guna editor blogger yang terbaru ni.
senanggg je nak editedit kan.

tinggal buat header cantikcantik je

cantik tak header rina tu?
cantik kannnnnn???
*syok sendiri*

banner still banner yang biasa. malas nak tukar.
lain kali pulak lala~
rinawardrobe

alangalang, rina nak ajak la korang beli belah di blog rina.
ada clearance sale tau~
gaji dah dapat tu, setakat 30 hengget ape la sangat hihi

jom klik SINI

^__^

Read more...

Sunday, April 25, 2010

Ape nak buat hari ini??

sangat besh tengok ramai visitors tengok RinaWardrobe!
ramai gak yang interest, PM rina tanya2 hehe

ok. back to the point

hari ni nak pergi bank atm. buat cimbclick ngan maybank2u
lepas tu nak bawak mak beli barang sikit
and g beli Pizza Hut

mak ngidam Pizza
hahah
moden tau mak rina
suka sangat Pizza
^_^

babai all!
enjoy your sunday!

Read more...

Saturday, April 24, 2010

Mari2 lelong. Barang baik punya~ =P

ok nervous

Percubaan pertama Rina untuk buat Blogshop!

rasa nervous sangat nak bagitau haha
tapi macam x sabar :p

ok gtau kat sini dulu

rinawardrobe

sini intro dari rina
sini contest untuk korang.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top