Arma Abd Rahman Wedding Couture : Sesi fitting baju
Assalammualaikum =)
penat ni..nak tidur je rasa..
buat entry ni dan scheduled supaya auto post pada 27/4 pagi hehe
semalam rina cuti as mention earlier
pagi pagi dah bangun buat assignment
lepas tu shoot ke UNITEN untuk submit dan kemudian ke Arma Couture untuk pilih baju
pada yang tak tahu rina menang baju sewa dari Arma =)
butik di Seri Kembangan
cantik butiknya, kelaasss gitu
baju apetah lagii

camera je huduh


baju dekat atas semuanya display sahaja...
so orang boleh pilih design untuk buat baru...
untuk sewa sangat limited.
sebab selalunya customer datang untuk buat baju baru guna kain mereka sendiri
berapa harga nya rina tak pasti..
mungkin bergantung pada design
tapi rina ada tanya baju kurung putih bunga hitam di atas
konon nak pakai baju raya hihi
upah jahit sahaja RM1000 ++ OMG!
belum masuk kain lagi hohoh
tunggu En Tunang jadi CEO TNB mungkin lahhh boleh upah diorang hee
so disebabkan limited choice, rina pun tibai jela ambik mana yang ada
tapiii still cantik dimata rina =)
maybe akan dibuat pakai time majlis tandang atau outdoor..
tengoklaahh nanti macam mana
ada rina fitting sehelai baju ni tapi segan nak tunjuk kat blog =P
nak tunjuk gambar dengan Arma & Syenell sahaja

sekian, timekasih kerana membaca =P
Read more...




>