Showing posts with label Outing. Show all posts
Showing posts with label Outing. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Pameran pengantin malaysia di SACC mall :)


Dapat gambar free. Hehe best. Pergi dengan anak anak :p

- Posted using BlogPress from my iPhone

Read more...

Wednesday, May 04, 2011

Galactic Laser di Mid Valley bestt!

Pernah dengar Galactic laser di Mid Valley tak??

agak baru lahh permainan ni.
lebih kurang paintball
main tembak tembak tapi tak sakit punnn
hahah
tu yang best ;p

tapi yang lelaki cakap tak bestt sebab takde nikmat kesakitan err.

nanti, setiap orang boleh pilih pistol masing masing yang telah pun ada nama kat pistol tu

nama rina : The Destroyer 
ganas tak? ganas tak? ;p

lepas tu, ada 3 session tauu
setiap session 10 minit

1st session : individual group = point collection by person
2nd session : Dual group = point collection by group (dibahagi kepada 2)
3rd session : 3 group = point collection by group (dibahagi kepada 3)

dalam tuu (tapak pertempuran) adalah gelap
dan penuh dengan tempat tempat persembunyian
agak besar lahh..3 tingkat

memang berpeluh giler main ni, siap tegolek golek.
tak larattt

bagi rina best jugak lahh.
rasa nak try sekali lagi tapi mahalllll
RM55 per person
untuk 30 minit jeee

kalau nak try sekali seumur hidup tu oklah kott
tapi korang bawak ramai ramaiii kawan
dalam  20 lahh

sebab kalau sikit, korang terpaksa lawan dengan strangers.
nasib tak baik lawan dengan budak kecik huhu

memang tak best kalau strangers. kalau kenal, boleh gelak gelak kan


kalau nak maklumat lanjut boleh klik SINI

selamat mencuba!
^__^



Read more...

Saturday, January 01, 2011

Line Clear ~

Cimon tanya, singgah nasi kandaq Line Clear tak?


Mestilahh singgah!

tapi kitorang tak makan pun
kitorang makan nasi kandaq tempat lain.

lagi gambar;



macho tak?


Read more...

Tuesday, December 28, 2010

Penang stories behind a picture


Credit to Pak Sab

hehehhee
sebenarnye malas nak bercerita dan upload gambar :p

so 1 gambar je dulu k~

ala..pegi penang je pon..bukan London :p

salam~


Read more...

Wednesday, December 22, 2010

Pasemboq, Nasik Kandaq, Char Kueh Teow yang sedap ;p



Video ni diambil masa malam terakhir kitorang di Penang sedang pekena Pasemboq + Char Kueh Teow baik punya ;p

Rina ingatkan nak tangkap gambar rupanya tengah rakam video.
haha!
malu jee


Read more...

Monday, December 20, 2010

Seminggu yang terbaik

Hari ni rina cuti, sebab baru pagi tadi sampai KL.
actually, last week rina ada kursus PEP 36 kat Ilsas, then terus shoot pergi Kedah with some friends from PEP 36 gak.

memang enjoyable week lahh hihi
malasss nak kerja esok. opsss :p

masa kursus, memang setiap malam keluar hee..

lama kot tak keluar malam malam ni..semenjak kerja, duk umah, rina adalah anak yang baik dan sopan :P

malam Isnin, pergi tengok Hantu Mak Limah dengan geng PEP 36
sangat tak best ok cerita tu. tapi ada lah lawak yang terkesan di hati ;p "Cecita cecita cecita" hahaha!

malam Selasa, teman kawan UNITEN untuk tengok Ngangkung dengan kawan UNITEN yang lain.
paham tak??
sebab rina malas nak pergi sebab dah tengok Ngangkung weekend lepas with a friend.
Tapi kawan punya pasal, I tengok dua kali okeyy..support industri tempatan kononnye :p
nasib baik best jugak!
hantu dia comel :p

malam Rabu, lepak lepak dengan geng PEP 36 again dekat Bukit Bintang.
gaji baru masuk, so kami makan Kenny Rogers *bajet mewah*

malam Khamis, pergi bershopping dengan kawan perempuan hihi.
best best.
rina beli 3 helai baju dan 1 beg baru ^o^
lepas tu teman kawan rina, makan malam dengan kawan dia.
huu...rina memang kawan yang baik kan? sudi menemani kawan dia kemana sahaja :p

malam Jumaat, just pergi pasar malam dan lepak di rumah kawan UNITEN yang ambil Master.
sementara menunggu pagi. nak pergi Kedah + Penang kan.

Sabtu sampai Isnin, berjalan jalan di Kedah + Penang.

kali ni just nak tunjuk Pics malam Rabu.

Lepaking di Bukit Bintang~

Punya jauh datang nak makan Kenny Rogers :p
 Aksi aksi orang di Bukit Bintang
 suka betull mamat Pink ni!
tu jelahh nak share haha sikit je.
lain lain, nak share gambar makanan

*Kenny Rogers*
(5 stars)

sila terliur sekarang.









Slurrrrrrpppppp!



Read more...

Thursday, December 09, 2010

Kuala Lumpur International Motor Show 2010

RM5 je for student on weekdays.
rina bukan student
tapi ada kawan rina student, so kira termasuklahhh haha.. :p

Best best!
rambang mata tengok.
boleh berangan banyak banyak.




rina nak beli ni..bawak tengah malam mesti cantik. banyak lampu

 takpun ni, putih itu suci
 yang ni pun ok, buatan Malaysia
 Vespa pun nak beli, senang nak pegi pasar
 kalau race pakai ni. baru lah cara
 ni plak guna pegi balik kampung. cepat sikit sampai
 nak dating ngan husband guna kereta ni. gelap. orang tak nampak
 kereta ni untuk vacuum rumah
 dan ini untuk bawak g kerja

Jom pergi kerja!



Read more...

Saturday, November 13, 2010

ATV Adventure Ride Kuala Lumpur best!

Last weekend, rina pegi main ATV dengan kawan kawan.

ATV ni stands for All-Terrain Vehicle

ni dia

hehehe..
nampak best tak??

hihi..
best tauu naik bende alah ni

mula mula tu takut gak.
jalan da la banyak lobang, batu, akar pokok
rasa cam ATV tu nak tegolek.

lama lama rasa enjoy dalam ketakutan :P

rasa nak tercabut tangan pegang handle takut diri sendiri tercampak hehe..

siapa nak naik jugak, bolehla survey di sini :

ada banyak package.
rina ambil package C :

1 1/2 - 2 hours offroad ride to Sofea Jane Waterfall
A very enjoyable and ideal ride for nature lovers... At the end of the journey, take a dip in the cold water.


kejap je mandi air terjun...30 minit je dia bagi, then dah kena balik.

balik tempat start ada kolam renang untuk mandi mandi dan berkelah.

so, kalau pergi sini, jangan lupa bawak bekalan makanan

BEST!

Read more...

Friday, October 22, 2010

Away for a week!

Ni bukan away dari blog.
sebab dah lama kot away dari blog hehe..

sangat busy lately ni..
kerja memang tak online la kan.
ni pon curi curi waktu rehat :D

balik kerja pulak, tidur awal.
tak pun, hang out ngan kawan kawan and family,
tak pun ada site malam.

so ruang ruang antara tu untuk facebook, YM dan tengok series

kesimpulannya, masa untuk blog adalah terhad :P

ok berbalik pada tajuk,
rina akan terasing dari dunia luar selama seminggu.
not just without internet, but also without handphone!

Esok rina akan ke Lumut, Perak untuk program OBM
dan insyaAllah akan pulang pada hari Jumaat.

ni adalah program wajib untuk eksekutif baru TNB.
senior kate best, hopefully bestlah

sebelum rina pergi, rina nak mohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap.
minta halalkan segalanya.

insyaAllah sekiranya dipanjangkan umur, kita berjumpa lagi!
^o^



Read more...

Thursday, August 26, 2010

Berbuka puasa di Village View

Semalam, rina dan kawan kawan rancang nak berbuka puasa bersama sama
tapi lambat sikitlah
after Terawikh (konon!)
padahal nak tunggu cukup korem, ada yang kerja kan

so, rina balik rumah dulu since jalan nak pergi Bangi after balik kerja dah tentu tentu jem.

Ingat taknak lah makan, tapi tak boleh tahan tengok sambal ikan bilis mak masak hihi

after Maghrib, rina pon bersiap siap nak pergi Bangi.

*teknik menyembunyikan pipi tembam*

rina bawak sekali Cheese Brownies yang tak habis semalam

 *blogger sejati memang macam ni, gambar brownies semalam pun nak ambik*

kami dah rancang nak berbuka di Village View.
Village View ni sebuah restoran kampung tak kampung sangat lah
yang terletak di Bangi (on the way nak pergi PKNS)

*kamera cikai harap maklum*

Village View memang glamour ketika rina zaman zaman foundation di UNITEN
sebab konon konon romantik dan mewah.
tapi lama lama, rina dah taknak pergi sini.
sebab harga sirap dia RM1.80 kot! tobat.

tapi sebab lama tak pegi, pegi jugaklah.
rina order ais limau

RM1.70 kot

dan fish & chip


RM13.80 kot

kuantiti sedikit tapi cukup cukup untuk rina. dan sedap :)

yang lain macam macam lah order, antara nya Lamb Chop

lupa harga.

eh, jangan salah anggap ek.
bukan Western Food je ada, semua pon ada.

tapi boringlah hari hari nasik. I orang London tak biasa you *sepak

tiba tiba ada kejutan budaya


Naza dan Adah datang bawak kek sambil menyanyikan lagu Happy Birthday ramai ramai
hihihi
tekezut saye. tak sangke.
yey!
dah tua tua pun ada yang sudi nyanyikan.
rasa nak nangis. TERIMA KASIH SAYANG KORANG!

tapi sebenarnya, bukan saje sambut birthday rina, tapi juga untuk meraikan rina, sarah dan erien yang baru sahaja dapat tawaran kerja.
SO SWEET kan??


tapi bagi rina, bukan untuk kami je, tapi untuk semua kawan kawan yang berjaya sambung Master, dapat biasiswa, dan berjaya dapat makwe. Ops! haha
tak lupa juga buat kawan kawan yang jauh, gie,miza dan elly. semua dah dapat kerja. Alhamdulillah~


muka muka kenyang dan kegirangan =_="

nampak tak geng tudung putih?
tu geng Master. hehehe!


ni pandangan dalam di Village View *tiba tiba masuk cerita ni balik*

*kelihatan saya begitu tinggi dan kurus, I like~ hahhaa*

lepas tu,

lepas tu next entry pulak ;p



p/s : rina nak pergi Medical Checkup ni, doakan rina sihat ye..malam ni rina blogwalking dan balas komen ^__^




Read more...

Tuesday, August 03, 2010

Belanja yang tersayang membawa kebahagiaan

 sambung entry semalam

tajuk mesti kena novel
baru mood menulis datang
kan kan?
hihi

pastuu

dorang ajak singgah pasar malam

rina pon decide nak belanja diorang makan makan

ehhh japp
rina belanja gak diorang benda lain
rina belanja deco wallpaper

yang ni untuk adah
ni untuk naza
ni untuk jem

ni untuk mun

(gie, miza, elly, erien pun boleh pilih nanti k, ade banyak lagi hehe)

ok sambung cerita pasar malam

apa yang rina banje dorang?

Yong Tau Foo jee
dengan air tebu
tapii tak sedap pulak :(

tapi still dorang makan jugak

hihi
suka tengok bila belanja orang makan sampai habis

tapi nak buat camne
tersalah beli yang tak sedap lak

selain itu (skema tak ingat)
rina belikan mak tersayang tudung

sebab tengok mak sekarang dah addicted dengan tudung
sikit sikit beli tudung sikit sikit beli tudung
so tengok yang ni macam lain je dari mak selalu beli, rina pon beli kan sehelai..

dah beli untuk orang, untuk diri sendiri sure ada
hahaha

rina beli t-shirt
biasa je la

tapi yang bestnye, RM5 JE :p
murahh sangat
kain bekualiti gak

ada yang lengan panjangg
tapi rina saje ambik lengan pendek
boleh pakai dengan cardigan :)

lepas pergi pasar malam, balik rumah bujang kembali
lepak lepak sekejap

pastu balik rumah sendiri

beshhhhh!
adah, naza, jem, mun, nanti nak menyemak lagi rumah korang ye!

Read more...

Monday, August 02, 2010

Lepak di rumah bujang

Sabtu, rina kan pergi Anugerah YTN tu

tapi sebelum tu rina singgah ke rumah kawan rina yang sambung master, jem, adah dan naza

diorang sekarang sewa luar dari UNITEN
kat flat, dekat dekat je ngan UNITEN
dalam RM500 ++ 
ok gak ada 3 bilik
kot kot ada yang berminat bleh la carik kat situ hehe

ok tak nak cerita pasal tu
lepas habis YTN, rina ajak dorang pegi Mines

rina beli untuk 6 bulan, then rina mintak free
dia pun suruh datang another week

so semalam rina pegi la
dia bagi 3 pasang contact lense free, tapi daily usage punye la
hehe

lepas tu, TERsinggah pulak kedai kasut Luccinni
TERbeli plak sepasang kasut
cantikkkk sangat!
ada 50% sale! hhehe

ni dia kasut tu

cantik tak cantik tak???
 RM33 je
lalala~

lepas tu, TERsinggah di Tewah plak
Tewah ni kedai kain
TERbeli lagi tudung ala ala ariani 2 helai (RM15)
rina nak beli sehelai yang kaler hitam je, nak pakai masa konvo nanti
tapi kalau beli sehelai RM10. baik beli 2 helai RM15 hehe!

then kitorang pun balik sambil menutup mata
sebab taknak tengok kedai lain dah :p

pastu..

pastu, rina sambung esok lah
hihi
nak buat kerja sikit :p

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top