Showing posts with label Idea. Show all posts
Showing posts with label Idea. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Idea : Majlis Pernikahan paling cantik !

Assalammualaikum semua,

rina tak dapat menahan diri rina untuk berulang kali tengok pasangan pengantin ni..
dari malam tadi asyik nak tengok..

I love the details..
baju..warna baju..pelamin..
pemakaian tudung yang SANGAT cantik!
dan paling penting pasangan pengantin tu sendiri..

sama cantik, sama padan.
mudah mudahan mereka bahagia hingga syurga..
sorry ye pengantin kalau tak suka, tapi rina nak letak jugak dekat sini

mana tahu boleh jadi inspirasi orang lain..
rina dah terlambat..
kalau tak, pasti rina tiru hihihi =P

ok jom tengok!




Ya Allah...cantiknya wanita ni..cantik sangat sangat..subhanallah..
baju pun sangat cantik
dan paling rina suka penggayaan tudung dia.
simple, kemas, ekslusif!
 

maybe guna inner dan selendang asing
 

guna detailing manik manik kecik.
mesti susah nak buat..
 

suka inai dia, simple sahaja...kasut pun simple.
sukaaaa!

dan pelamin, sangat suite dengan pengantin...
 

overall 100 bintang rina bagi!
semua sempurna..suka sangattt!

dan paling penting, cameraman yang pandai menaikkan seri pengantin =)

Credit to G.I Photoshoot


Read more...

Sunday, February 05, 2012

Idea : Kalau lah saya bukan budget bride to be

tapi bride to be yang kaya raya tak tahu nak buat apa dengan duit berjuta kat rumah =P

saya nak pelamin nikah saya macam ni


pelamin sanding pulak macam ni


deco dewan saya begini


baju kawin saya macam ni

versi tutup aurat lah hehe!

cincin kawin pulak nak yang ni

kasut kahwin mesti bling bling tak hengat


kek kahwin haruss special


flower girl confirm saya sponsor baju tercomel abad ini


untuk korang yang datang, saya bagi doorgift special punya, packaging custom made!


dalam tu ada macam macam termasuk biskut unik ni


kalau korang rasa tak cukup, ambik je la lagi dekat candy buffet saya ni


jemputlahh datang ke wedding saya 
waktu : malam malam
tempat : dalam mimpi 

terima kasih~


Read more...

Thursday, February 02, 2012

Idea : Dalam wedding cake ada ikan


hambik..
korang mampu?
haha!







Read more...

Thursday, January 12, 2012

Our future Baitul Mawaddah | Part 3 : Master Bedroom =P

Assalammualaikum semua =)

salah satunya, adalah cadar untuk bilik pengantin =)

mak yang pilih.
rina tak berapa minat...
tapi sebab mak yang sponsor =P
rina terima je lah..

cadar rina ialah satin + cotton..
comforter dibuat dari satin..

rina tak sukaaa
nanti rimass
satin kan macam licin licin dan panas kan??
tapi rina rasa haritu, tak berapa licin..cuma kesat..
still, sure panas punya..

harapan rina untuk dapat cadar fully cotton + english style
punah ~
huwaa!!!

tapi takpelah...dah mak belanja tu, ambik je..jangan cakap banyak huhu

so pilihan mak adalah yang berwarna merah + krim
ala ala Victoria style..(dia tulis, tapi rina tak paham style ape tu haha!)
murah je..dalam RM180 untuk king size
ke mahal?

sempena cadar merah krim..
jadi rina pun decide warna tema bedroom kami = MERAH + HITAM + KRIM
amacam?
comey tak? =P

rina sukaa yang ini! tapi mana hitamnya?

sooo sweeet!
again, mana hitamnya? =P


lawa jugak nii
aiseh...macam putih merah je lawa? tapi nak hitam..
sebab nak gelap gelap =P

maybe dinding merah dihias dengan corak warna cream
perabot pulak hitam~

rina nak katil macam ni

bolehh jadi stor =P

kalau macam ni lagi bagus

 hamik kau!
nak menyorok pon boleh ye !

lepas tu nak buat wardrobe attach to wall terus
nampak kemas dan boleh sorok banyak barang hihi
(barang ape laa banyak sangat nak dinyorokkan tu)


Sliding door yang glass macam ni cantikkann

then meja make up & lampu~

rina suka kalau bilik tidur tu lapang je
takde meja study, meja laptop atau TV

biar kosong..

bagi rina di bilik tidur lah tempat kita nak berehat, bersembang dan merapatkan hubungan dengan pasangan masing masing.
kalau ada benda lain, nanti masing masing asik busy hal lain kan?

so itu je lahh my idea~

citer pasal bedroom ni terus rasa nak tdo!
kbai!


Read more...

Friday, December 30, 2011

17 Perkahwinan Selebriti Malaysia Paling Popular 2011

1. Nurul Syuhada dan Raja Amir – wanita idaman jejaka satu Malaysia akhirnya telah selamat bergelar isteri kepada Raja Amir sekitar bulan Julai 2011. Wajah kedua-dua pasangan pengantin ini memang seiras. Semoga jodoh dipanjangkan sehingga ke akhir usia.
kahwin selebriti

2. Ayu Raudhah dan Zaquanramai wanita yang patah hati apabila si kacak Zaquan berkahwin dengan Ayu Raudhah. Namun tak dapat dinafikan lagi pasangan ini memang secocok sungguh. Tak gitu?

kahwin selebriti

3. Tomok dan Ayubercinta hampir 8 tahun, akhirnya Ayu sah menjadi isteri Tomok. Kini Ayu dikhabarkan sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Abang Nara doakan agar kebahagiaan rumah tangga Tomok dan Ayu semakin erat dengan kehadiran insan baru kelak.
kahwin selebriti

4. Noh Hujan dan Mizz Ninasalah satu perkahwinan yang membabitkan 2 insan seni di Malaysia. Semoga perkahwinan ini berkekalan forever and ever.
mizz nina noh hujan
5. Nabil Raja Lawak dan Ziraselepas pelbagai kontroversi membabitkan wanita di tahun 2010, Nabil mengambil keputusan untuk menyunting Zira sebagai isterinya. Majlis resepsi yang dijalankan di ICT memang tersangat meriah.
kahwin selebriti

6. Shuib Sepah dan Siti Sarah - percintaan yang dirahsiakan daripada pihak media akhirnya menjadi kenyatan apabila disahkan melalui pernikahan. Kini sudah pun bergelar ayah dan ibu, Abang Nara doakan kebahagiaan anda berkekalan selamanya.
shuib
7. Chef Riz dan Ana Dahliakalau dah jodoh tak ke mana. Walaupun Ana Dahlia sudah gagal sebanyak 2 kali dalam perkahwinan , Chef Riz tetap memilih Ana Dahlia sebagai isterinya. Ternyata suatu pilihan yang tepat dengan kecantikan wajah Ana Dahlia memukau para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.
ana dahlia

8. Ashraf Muslim dan Dayana - memilih 1 Syawal sebagai tarikh bersejarah pernikahan mereka, ramai wanita-wanita di luar sana yang kecewa kerana tidak dapat menjadi surirumah kepada Ashraf Muslim. Kini Ashraf Muslim dilihat lebih menghabiskan masa dengan menjalankan perubatan Islamik yang dimiliki oleh ayah Dayana.
ashraf muslim
9. Zahiril Adzim dan Shera Ayob - memang sama cantik dan sama padan sungguh pasangan mempelai ini. Tak gitu?
kahwin selebriti

10. Dira Abu Zahar dan Helmimemilih Helmi untuk menamatkan zaman jandanya, Dira kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta. Majlis resepsi yang dijalankan pun lain daripada yang lain apabila menggunakan motosikal berkuasa besar

dira abu zahar

11. Eira Syazira dan Azadkemelut percintaan yang membabitkan Azad dan Faezah Elai tidak langsung membantutkan kemeriah majlis perkahwinannya dengan si manis Eira Syazira. Siap buat style anak mami lagi.
eira

12. Faezah Elai dan Heykal Hanafiah – penafian Faezah Elai tentang dirinya yang menjadi punca penceraian kepada perkahwinan Heykal Hanafiah sebelum ini tidak langsung menghilangkan kemeriahan perkahwinan merpati dua sejoli ini.
faezah elai

13. Farah AF2 dan Johanpengantin perempuan memang nampak sangat manis menawan dengn busana pengantinnya. Pengantin lelaki tidak kurang machonya. Kesimpulannya kedua-duanya memang sama cantik sama padan.
farah
14. Yasmin Hani dan Sha’arin - akhirnya pengacara program Wachaa, Yasmin Hani telah selamat menjadi isteri kepada bekas suami Ida Nerina, Sha’arin. Kedua-dua pengantin nampak sangat putih berseri di hari bahagia mereka.
kahwin selebriti

15. Marion Caunter dan SM Nasarudinsalah seorang pemilik Naza ini akhirnya sah menjadi suami kepada Marion Caunter. Marion Caunter yang memeluk Islam telah pun memilih nama Marion Rose Caunter Abdullah.
marion caunter

16. Michelle Melodi dan Deqwan - akhirnya si comel Michelle yang sering menerjah para artis di rancangan Melodi telah pun selamat bergelar isteri kepada Deqwan. Michelle telah memilih nama Islam Dalili Michelle Abdullah Wee.
kahwin selebriti

17. Memey Suhaiza dan Norman Hakimdigelar “wedding of the year” oleh sesetengah pihak, perkahwinan yang ditunggu sekian lama oleh mereka yang mengikuti perkembangan kekasih ini akhirnya menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan gaun Vera Wang dan sponsorship daripada Rafflesia, perkahwinan mereka berdua sememangnya gah tak ingat.
kahwin selebriti 


Rina paling suka perkahwinan Ashraff Muslim & Nabil ;p
rasa macam comel dan meriahh je ^_^
korang suka yang mana?
source : BeautifulNara





Read more...

Tuesday, December 27, 2011

Idea : Baju Bersanding untuk Pengantin Perempuan that inspired me the most!

Assalammualaikum semua =)

Entry waktu lunch hehe!

Macam yang pernah rina cerita dalam entry INI,
rina akan buat sepasang baju baru dengan Nurin Makeover

so..puaslah rina mencari design yang berkenan di hati
dan asyiklah di reject oleh En Tunang
haha..
kalau boleh dia nak tengok rina pakai jubah je =)
jadi, rina pun berusahalah mencari design baju yang cantik di mata rina
dan dipersetujui oleh En Tunang secara terpaksa =P

InsyaAllah masih menutupi aurat, nanti masa fitting perlu minta longgar sikit..
dan rina perlu kurusss..zzz

okeh, back to the story

kali ni, rina nak share dengan korang,
semua baju baju yang rina jumpa dan jadikan inspiration 
banyak kott
rina jumpa je, rina save!

sebelum delete, rina nak tayang dekat sini dulu =)

(1)

 (2)

 (3)

 (4)

 (5)

(6)

 (7)

 (8)

 (9)

(10)

(11)

(12)

(13)

 (14)

 (15)

 (16)

(17)

 (18)

 (19)

 (20)

(21)

(22)

 (23)

(24)

(25)

 (26)


banyak kan? haha

cuba teka mana satu paling hampir menyerupai baju rina?
dan
yang mana satu palingg korang suka?


Notakaki : oleh sebab terlalu banyak..rina tak ingat untuk credit satu satu..maafla ye..bukan nak tiru..just for inspiration only =)


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top