Showing posts with label Engagement. Show all posts
Showing posts with label Engagement. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Bertunang secara pukal

Alhamdulillah
ramai pulak kawan kawan rina yang bertunang tahun ni..
kawan kawan PEP 36 ada 4 orang camtu (ke lebih?)
kawan opis ada sorang
bestfren uniten ada 2 orang (lagi sorang (ke lebih?) bakal menyusul)

ramaikan??
plan ke ape ni?
hehe..


antaranya erien dan jem!
subhanallah..cantik betul kawan kawan rina ni :')

congrates kepada semua..

semoga Allah permudahkan kita semua..
semoga kita dipertemukan jodoh dengan pasangan masing masing
semoga kita dimurahkan rezeki..
semoga kita diperlihara dari perkara yang tidak baik..


amin..



Read more...

Sunday, October 02, 2011

Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan

towerbridge.jpg
“Kasihan Ziad tu mak. Dah pening-pening tu, nak kahwin sangat nampaknya”, saya berbual dengan emak.
Jam sudah lewat 12 malam di kota London. Emak tentu sahaja baru lepas bersarapan pagi di rumah.
“Ye la, dah sampai masanya. Habis kamu pula macam mana?”, tanya emak.
YESS! Umpan saya mengena.

Saya memang telah awal-awal meminta izin daripada sepupu saya untuk ‘memperalatkannya’ bagi membuka bicara kepada emak tentang hasrat hati saya untuk berumahtangga. Strategi saya berhasil apabila emak bertanya begitu.
“Aha, ada la emak. Insya Allah sampai Malaysia nanti Rizal cerita ya”, saya memberitahu.
Tidak mudah untuk seorang anak bongsu seperti saya memberanikan diri untuk memberitahu emak tentang hasrat hati untuk berumahtangga. Anak bongsu, biar pun sudah berjanggut sekali pun, masih anak bongsu buat seorang emak.
Alhamdulillah, daripada reaksi emak tadi, saya faham yang emak terbuka dengan hal ini. Usia saya pun sudah mencecah 24 tahun ketika itu.

Tetapi, apa yang lebih penting untuk saya fikirkan ialah perasaan seorang ibu melepaskan anaknya. Fikiran saya melayang mengimbau hari pertama saya berpisah dengan emak. Mendaftarkan diri sebagai pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama penuh, adalah titik penting yang menjadikan saya terlepas ke dunia lain, tidak lagi di bawah jagaan emak dan abah. Seawal usia 12 tahun, saya sudah mula berdikari.
Pengajian di SMA Izzuddin Shah tidaklah terlalu menjadikan saya jauh dari emak dan abah. Sekolah hanya setengah jam perjalanan dari rumah. Dan saya juga sering balik ke kampung tanpa perlu menunggu cuti sekolah yang panjang. Begitu juga semasa di SMAP Labu, Negeri Sembilan. Mujurlah saya tidak lama di sana. Selepas kira-kira empat bulan di Tingkatan 4 di sana, saya kembali semula ke SMA Izzuddin Shah hingga selesai SPM.

Perpisahan yang hakiki berlaku antara saya dan abah, apabila kejadian yang tidak disangka-sangka menduga saya sekeluarga. Abah kembali ke rahmatullah pada tahun 1992 dan perginya tidak kembali. Ketika itu, hanya salah seorang sahaja daripada abang saya yang baru bertunang. Belum pun sempat abah menyambut menantu pertamanya, Allah memanggil abah pulang.
Ketika kubur abah pun masih merah, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Keputusan yang amat berat untuk dilakukan. Meninggalkan emak di kampung halaman yang masih belum berupaya menyesuaikan diri dengan kehilangan suaminya. Emak melepaskan saya dengan derai air mata di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, pada 15 September 1993.
scan0018j.jpg
Selepas lama merantau, bersambung pula ke UK, tentu sahaja emak akan terasa bagai kehilangan anaknya ketika saya memberitahu hasrat hati untuk berumahtangga. Saya menyimpan misi untuk mententeramkan hati emak sebaik tiba di Malaysia dari kota London.


DI MALAYSIA
“Tak adakah gambarnya?”, tanya emak kepada saya.
“Emm.. tak sampai lagi emak. Muna kata dia akan pos dalam sehari dua ni dari Ireland. Insya Allah sebelum Rizal balik ke UK, adalah gamaknya”, saya memberitahu.
Saya lihat wajah emak bercampur antara suka dan gelisah.
“Alhamdulillah emak, kampung dia pun dekat sahaja. Seberang sungai sana aje, di Manjoi. Tak risaulah sangat terpaksa jauh ke mana-mana”, saya cuba meyakinkan emak.
“Emak bukan tak setuju, tapi rasa macam tak puas lagi emak membesarkan kamu. Dah nak jadi suami orang!”, kata emak.
“Rizal faham. Insya Allah emak tidak akan kehilangan Rizal malah menambah ahli keluarga kita sebenarnya. Insya Allah”, saya memujuk emak.
Naluri biasa seorang ibu. Titis air matanya bukan titis duka, tetapi titis yang datang dari perasaan tersedar bahawa anak bongsunya sudah dewasa.


BERTUNANG
Saya bersembunyi di dalam kereta.
Adat Melayu tidak mengizinkan orang yang bertunang hadir sama dalam majlis meminang. Entah apa yang nak mereka umpatkan.
pinang.jpg
“Depa berpantun-pantun pula”, kata sepupu saya Ziad yang berada di dalam majlis, melalui sms.
Selesai majlis bertunang, saya dipanggil masuk. Ini memandangkan keadaan kami berdua yang tinggal di luar negara. Maka di dalam majlis ini sahajalah peluang untuk kami berdua ditemui oleh kedua-dua keluarga.
Tempoh pertunangan selama 2 tahun telah ditetapkan. Insya Allah kami akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2001. Saya dan bakal isteri, berusia 26 tahun ketika itu nanti.


CABARAN BERTUNANG
Selama dua tahun tempoh kami bertunang, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh. Namun jarak yang memisahkan saya dan bakal isteri, sedikit sebanyak membantu kami untuk bersederhana dalam berhubung.
“Ahlan wa sahlan ustaz”, kata Yurzi dan Nik Azuan semasa menyambut saya di stesyen bas Galway.
“Terima kasih sudi jemput ana”, saya membalas salam.
Mereka berdua adalah pelajar perubatan di National University of Ireland, Galway.
“Program ceramahnya start pukul berapa ya?”, saya bertanya.
“Rasanya lepas Isyak, Ustaz. Mungkin dalam pukul 6″, Yurzi memberitahu.
galway.jpg
Saya menumpang di rumah Yurzi dan Nik Azuan semasa kunjungan pertama saya ke Galway, tempat tunang saya belajar. Rumah mereka berdua ini agak pelik kerana ia terletak di sebuah selekoh tajam yang menggerunkan. Terbayang-bayang saya adanya kereta terbabas. Naudhubillah.

“Ustaz, Kak Muna ada hantarkan lauk untuk makan tengah hari kita”, kata Yurzi memberitahu saya.
“Alhamdulillah”, saya tersenyum sendirian. Melihat ayam masak kicap pun boleh tersenyum simpul.
Malam itu saya menyampaikan ceramah di Clinical Science Building. Semasa berceramah, saya dapat melihat tunang saya berada jauh di belakang bersama rakan-rakan sepengajiannya.
Sesi ceramah berjalan lancar. Soal jawab juga agak memberangsangkan. Saya berkenalan dengan ramai sahabat baru. Pastinya, Galway agak berlainan dari Dublin dan Belfast kerana watak pelajarnya lebih menampakkan kesan Irish. Mungkin hasil tiupan Lautan Atlantik barangkali. Ceramah di dalam Bahasa Inggeris juga nampaknya lebih mendapat sambutan berbanding Bahasa Malaysia!
“Selama beberapa hari di Galway, saya hanya menegur tunang saya sekali semasa kami menghadiri jamuan makan yang diadakan oleh PPIMG.
jamuangalway.jpg
“Ukhti sihat?”, saya bertanya.
“Alhamdulillah. Macam biasa”, beliau menjawab.
“Study semua ok ke? Sekarang ni buat attachment di mana pula?”, saya bertanya lagi.
“Study berat sikit dah hujung-hujung ini. Sekarang ana attachment di Galway tapi Insya Allah bulan depan kena pergi ke Sligo”, tunang saya menjawab.
“Semoga semuanya berjalan lancar ya. Terima kasih lauk hari tu”, saya tersenyum.
“Tak ada apa-apa. Biasa sahaja”, tunang saya membalas.
Tidak banyak yang kami perkatakan. Sekadar bertanya khabar.


BARU TAHU
Selepas selesai jamuan, saya kembali semula ke rumah Yurzi dan Nik Azuan.
“Ustaz, maaf saya tanya sikit boleh tak?”, soal Yurzi kepada saya sebelum kami melelapkan mata. Jam baru pukul 9 malam tetapi sudah begitu larut rasanya.
“Silakan”, saya membetulkan duduk.
“Apa hubungan ustaz dengan Kak Muna ya?”, tanya Yurzi bersungguh-sungguh.
“Laaa… anta tak tahu ke? Patutlah pelik semacam aje. Kak Muna tu tunang ustaz”, saya sendiri pun terkejut dengan soalan Yurzi.
“Laaa… ye ke? Patutlah!”, kata Yurzi sambil menepuk dahi.
“Patutlah apa?”, saya bimbang juga dengan andaian beliau.
“Tak ada apa-apa. Patutlah Kak Muna bagi lauk dan suruh saya dan Nik Azuan jaga ustaz elok-elok”, jelas Yurzi.
“Oh, arahan tu sebab Kak Muna Ketua Muslimat, kot!”, saya ketawa.
Kami ketawa bersama. Saya meminta izin untuk ke bilik dan melelapkan mata kerana awal pagi esok saya akan kembali semula ke Belfast.


BATAS HUBUNGAN SEMASA BERTUNANG
Biar pun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau -apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.

Saya bersyukur kerana jarak 8 jam perjalanan dengan bas itu bermanfaat untuk kami saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya khabar dan berbincang tentang perancangan-perancangan… namun kami mencuba sedaya upaya untuk tidak berlebih-lebihan.
Ada panggilan telefon mungkin sekadar beberapa minit.
Ada panggilan telefon mungkin perlu hingga satu jam.
Tetapi bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah, maka selesaikan perbincangan dengan cara baik agar tidak berlebih-lebihan dan mencetus dosa.

Selama pertunangan kami, saya dan dia sering bersama tetapi tidak berjumpa. Kami sering hadir ke program-program seminar, ceramah, perhimpunan musim sejuk dan sebagainya, tetapi tidak berjumpa. Apabila saya mengimamkan Qiamullail di Masjid Clonskeagh, saya tahu yang tunang saya turut bersama, dan itu sudah cukup lagi memadai.

RAHSIA PERTUNANGAN
Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.
Lucu juga saya apabila ditanya oleh Yurzi yang kehairanan melihat saya yang datang pertama kali ke Galway, tetapi mengenali seorang muslimah di situ.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.
Terima kasih kepada bekas tunang saya yang bersama-sama saling berusaha menjaga diri selama tempoh kami diikat dengan janji. Kepada bekas tunang saya yang kini telah pun menjadi isteri… dan dengan tiga cahaya mata kurniaan Allah, semoga Allah mengekalkan rumahtangga kita dalam redha dan bahagia, hingga ke akhir usia, ameen.

 ***********************************************************************
Petikan dari blog SaifulIslam

Best kan?? Selama rina tulis blog, rina tak pernah baca blog ni..agaknya sebab macam Islamic sangat...rina yang jahil ni malas nak baca..astaghfirullahalzim..

sehinggalah bila En Tunang belikan buku ini sebagai hantaran


baca baca, macam best pulak. rupanya buku ni adalah kompilasi kisah kisah yang pernah ditulis dalam blog SaifulIslam.

rina baru baca sikit. sampai part Pertunangan Dalam Kesederhanaan ni..

sedikit sebanyak memberi keinsafan buat rina..tapi rina ni, punya iman yang pasang surut..erghhh..geram dengan diri sendiri yang suka ikutkan nafsu dan perasaan..

ya Allah bantu lah hamba Mu ini..tolong ingatkan aku selalu.. T__T

Alhamdulillah..rina bersyukur kerana dipertemukan dengan En Tunang..sentiasa bersabar dan tidak putus asa dengan rina..

semoga kita berdua dapat perbaiki diri dari hari ke hari..dimasukkan dalam golongan orang yang beriman dan insyaAllah terpilih untuk ke syurga Allah..

Aminnn..

 Bertunang tak bermakna kami diberi lesen untuk keluar berdua...please remember that..rina...

Read more...

Wednesday, September 28, 2011

Kepada yang bakal bertunang..ketahui lah yang kita sebenarnya sudah pun bertunang..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. 

Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." Ibu angguk perlahan. Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang...

As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. "Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?" Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga. "Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. "Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. "Bila enti menikah?" Aku tiada jawapan khusus. "Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. "Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah. "Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri.

Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. "Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..." Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu... "Usah berlebihan ya..." Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. "Insyirah, jom makan!" Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. "Tafaddal, ana puasa." Sahabiah juga semakin galak mengusik. "Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi." Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..." "Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar." "Ya Allah, tenangnya..." "Moga Allah memberkatinya...." Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar... Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. "Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... "Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?" Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." "Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. "Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis...

Khalilah tak tahu mak cik." "Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..." Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu. "Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**



~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~ Insyirah Soleha, 19 Januari 2010 Baiti



Kepada yang bakal bertunang...ketahuilah yang kita sebenarnya sudah pun bertunang..
kita bertunang dengan 'kematian'
wallahhualam..

Read more...

Pertunangan Budget Murah :p

Kali ni rina nak share budget pertunangan rina
takde niat nak menunjuk nunjuk
hanya sekadar berkongsi

sebab rina tahu, orang nak bertunang mesti sibuk google google baca orang punya
kalau boleh nak yang paling murah tapi paling cantik =_="
betul tak? hee

rina punya, paling murah belanja
tapi tak cantik
walaupun begitu (skema),
sangat meriah :)

rina sangat sangat berpuas hati dengan majlis.
kalau difikirkan memang bagi rina tiada kelemahan pun..Alhamdulillah
family happy, rina happy :)

ok mari teruskan~

Catering


Oleh sebab pihak lelaki datang ramai (dalam 45 orang) tambah pula family rina pun ramai dan masing masing pun kuat makan hehe
jadi, memang makanan yang banyakk dan sedap perlu disediakan :p

alhamdulillah, mak sedara rina memang ada bisnes catering.
oleh sebab family rapat, so dapat lah harga yang sangat rendah
kira bantu bantu la

dapat RM7 per person (untuk 100 orang)
nasi putih + sambal udang + masak lemak ikan masin nenas + ayam goreng berempah
mi jawa (kuah)
kuih muih 4 jenis (tak silap) - ni ada sedara lain sponsor
buah buahan
air kordial sejuk
air teh o panas

 semuanya sedap nyumm
maybe kalau orang luar RM9 kot per person..

khemah ambil 1, - RM250 (kot)
cantik khemah, tapi tak amik gambar pun ceh!

Total : RM950


sepersalinan baju

rina dah cerita dekat entry ni : Baju Tunang Baru!



haha..simple je kan..
kalau orang lain, buat pergi makan kenduri je :p

Total : RM281

Hantaran :


Hiasan hantaran cousin rina yang buatkan.
rina bagi dia pilih color tema sebab nak mudahkan dia cari barang
so tema hantaran rina : biru

Upah rasanya RM100 je kot (termasuk dia belikan manik,bunga reben haha..)
lapik nye rina belikan..
RM12 sehelai..beli 11 helai
untuk kahwin sekali :p

dulang pula, pinjam yang cousin punya.

Barang barang hantaran :

(1) baju nikah sepersalinan : rahsia haha
(2) buku agama : RM55
(3) Dipped Apple from Gorgeous Chocolate


cantikkan?
tapi harga RM75 T_T

(4) Oreo Chocolate : RM32 (kot)

takde gambar
tapi lebih kurang macam ni :
Credit : Google

(5) Kek dari Baker Cottage
tak ambil gambar pun hee
RM50 je sebab selebihnya cousin belanja :p

(6) buah buahan
budget tak tahu

(7) sampin : rahsia
beli lahh dekat kelantan..murah sangat..
kalau kenal tokei kedai tu lagi dapat murah ;)

photographer :
F.O.C
khidmat family :p

make up :
F.O.C
khidmat family :p

pelamin :

takde.
duduk atas bantal besar warna kuning (tengok SINI)
pinjam sedara punya

ambil gambar atas kerusi putih yang dicat bertungkus lumus oleh en Tunang hehe
kerusi, adalah kerusi kepunyaan sedara rina :p



ape lagi ye...

haa..bunga tangan tu..harganye, RM20 haha..


tu je lah kot.
kebanyakannya last minute plan tau.
bantal tu, last minute plan nak duduk bawah je.
kek pun last minute beli
buah buahan pun last minute
lapik dulang hantaran pun last minute
make up pun last minute minta cousin make up kan. ingatkan nak pakai bedak je :p
bunga tangan pun last minute beli
deco pelamin : bantal, pasu bunga, lampu semuanyaa last minute

choi! memang lahh banyak last minute. pengsan. hee

kesimpulannya, sedara mara rina memang terbaik lahh
tanpa mereka, memang hancur lahh majlis ku :p
sayanggg mereka!


Sebenarnya, bukan kos sesuatu majlis yang penting..
ape yang penting ialah kegembiraan tetamu yang hadir, dan kegembiraan organizer.

alhamdulillah, rina gembira.
dengar dengar pihak 1 lagi pun berpuas hati.
harap begitulah..

kepada yang bakal bertunang, jangan pening pening sangat..
simpan pening anda untuk persediaan kahwin pulak

kahwin lagi pening!!
apsal semua pon main ribu riban ni?
huwaaa :(




Read more...

Saturday, September 24, 2011

16 September 2011 - Engagement Day

Bersamaan dengan Hari Malaysia :p

tarikh kami bertunang..

Sebenarnya bagi rina, takde ape pun tunang ni..
Cuma macam pihak lelaki cop pihak perempuan ni
yang lain jangan nak kacau!
haa..begitu
hehe!

lagipun kalau bertunang, lebih nampak objektif nak kahwin
kalau couple macam tak nampak..
couple hanya lah membuang masa dan penambah dosa..
rina pernah couple..dan rina menyesal..
aiyak..couple dengan orang lain, tunang ngan orang lain =_=
kalau tahu takyah couple..
agaknye berapa banyak lah dosa yang telah rina tanggung sepanjang tempoh couple
huwaa
*mode insaf*

okeh, kembali kepada cerita asal..

macam mana kami boleh bertunang?
biarlah rahsia..
takde kisah menarik pun, tapi tak perlu kot nak cerita pada 1 dunia hee

majlis pertunangan ini juga merupakan majlis merisik
dan buat pertama kali nya, rina  berjumpa dengan family En Tunang rina

yess!
1st time!

tak pernah berjumpa sebelum ini
tapi family En Tunang mudah saja bersetuju
alhamdulillah..
sangat bersyukur :)

keputusan bertunang juga adalah last minut, so, rina hanya merancang majlis makan makan je 
tak mahu lah meriah meriah..
lagipun nak simpan duit untuk kahwin :)

nanti rina share budget pertunangan rina
seriously,  Bloggers Bride to Be (B2B) yang paling banyak membantu rina

mane lahh rina tahu ape yang perlu ada masa majlis pertunangan..
dari pembacaan entries bloggers baru lahh rina kumpul sikit demi sdikit maklumat

thank you all!

ok, pictures sharing time!
 (maaflah tak ikut turutan :p)


 sebelah kiri ibu bapa pihak lelaki
sebelah kanan ibu bapa rina
 ini satu satunya gambar yang rina share di facebook :p
 saat yang mendebarkan

serius berdebar
tangan sejuk tak yah cerita laa hehe

masa nak keluar tu rina pegang tangan anak sedara rina, keluar sama sama (yang pakai baju biru tu)
gelabah sangat sangat!


tu je la gambar hehe!

cameraman ialah abang kepada En Tunang, Abg Yie
dia bukan photographer pun tapi dia ada DSLR
teruslah kami lantik beliau sebagai main photographer
haha
jimat.. :p




Read more...

Friday, September 23, 2011

Ini lah tunang saya ~

Oleh sebab ramai nak tahu siapa tunang rina..
biarlah rina reveal kan disini
tunang saya yang hensem dan macho


1



2




3


tenenettt


teng 

tengggg


ayomattt









gesetttt












gooo!





booomm



















kebaboomm!










hahaha


















di mana diaa
























en tunang saya?




















dipersembahkan~~


























ekslusif kepada anda :p







































tadaa!!







hihihihi

hensem x? :p








Read more...

Saturday, September 17, 2011

Alhamdulillah

selesai sudah..
kini sudah menjadi tunangan orang..
betul ke banyak rintangan?

rina harap Allah permudahkan segalanya..
amin..

letih..
mau tito..

^___^


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top