Showing posts with label Pelamin. Show all posts
Showing posts with label Pelamin. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Review Wedding Rina : Pelamin dewan murah hehe

Assalammualaikum semua =)

nak review tentang pelamin rina pulak =)
pelamin rina ambil dari Make up by Fiza jugak
rina memang cari pelamin paling murah yang rina boleh dapat
yela..pelamin dewan, mana ada yang murah huhu
lagipun rina bukan nak tepung tawar, just nak bergambar je..
mula mula dulu siap taknak ada pelamin lagi
tapi memandangankan teringin =P cari la juga pelamin hihi
rina pernah buat entry tentang hasil pencariaan rina tentang pelamin murah di sini
antaranya dari kak fiza
dalam RM1000 dah boleh dapat pelamin dewan

oleh sebab make up nak ambil dari kak Fiza, 
lepas tu yakin boleh dipercayai,
jadi rina terus deal dengan kak fiza

rina pilih terus dari album kak fiza
taknak la custom made bagai, nanti kena tambah duit lagi hehe

ini gambar dari album kak fiza yang rina berkenan



dan ini pula pelamin rina


hehe..rina request ada love dekat tengah tengah =)
so far rina SANGAT puas hati
the dais is soooooo me!

orang yang pasang pelamin pun sampai sangat awal
tak tunggu kami datang dewan, dia dah masuk dulu dan pasang =)
in real, rina sangat terpegun dengan hasilnya
tak sangka budget ciput dapat menghasilkan pelamin secomel ini
nasib baik dewan kecik, jadi pelamin ni elok elok je dengan keluasan dewan 
rina bagi 5 out 5 stars berpadanan dengan harga dan servis =)

kalau berminat boleh contact kak fiza
https://www.facebook.com/makeup.byfiza

ok bye!

Updated : 

Lupa nak cakap..rina dapat 8 walkway & pintu gerbang yang comel juga!

ini gambar walkway

hahahah tetiba ada muka aini, my bestfriend ;p single lagi uols, doktor ok!

dan gambar pintu gerbang


yang kat belakang tuuu nampak tak? nampak kan?
hihihi
inteprem gambar john, capal & nasir ^o^

ok bai

Read more...

Saturday, May 19, 2012

Review & Contest : Qarmasutra Weddings & Events

*Sticky entry, please scroll down for new entry ^__^*

UPDATE:
FRIENDS, PLEASE LIKE QARMASUTRA'S STATUS HERE
AND LIKE THEIR PAGE TOO.
Thank you very much. Really appreciate it =)


Qarmasutra Wedding & Events ni merupakan Wedding Planner yang menjanjikan sesuatu luar biasa & terbaik mengikut bajet kita.
Sebelum rina cerita lebih lanjut, baik rina perkenalkan dulu 2 orang founder dari Qarmasutra.
Diorang ni jejaka yang masihh muda! Mungkin sebab tu, idea yang dilahirkan memang kreatif, unik dan fresh sekali!
Mereka berdua ialah Ben & Anuar




Kedua duanya ada Bach ( Hons ) Interior Architecture of School of Architecture , UiTM Shah Alam Malaysia. Lepas tu masing masing ada experience yang banyak dalam bidang decorator, designer dan seangkatan dengannya. Hebat tak hebat? 
Memang bukan calang calang orang yang decorate wedding uolss nanti okey! =P


Pelamin

Pelamin & deco dari Qarmasutra ni memang lain dari yang lain. Tak akan sama dengan vendor luar yang lain punya lah.
Sangat unik dan kreatif.
Rina pun masa first time tengok rasa macam woww! tak pernah terfikir untuk ada pelamin sebegini.
Mari kita lihat beberapa koleksi pelamin by Qarmasutra;


Amacam? rasa pelik tak pelamin pelamin dia??
kerusi kerusi yang digunakan berbeza dari pelamin biasa
deco simple sahaja tapi menarik, betol takk?
dan pelamin yang palinggggggg rina suka adalah ini
WAAA sukanyaa suka sangat sangat!
comel je kan kerusi lelaki, dengan kerusi perempuan hihi
macam dekat rumah jee
sure masuk gambar cunnnn
dan ini  pemandangan waktu malam

Lagiii cantik kan?
mesti tetamu yang datang tak henti henti cerita pasal pelamin ni
lepas tu sure ramai datang ambil gambar pengantin hee boleh feeling artis
itulah gunanya pelamin yang unik =P

Photobooth & Candy Buffet

Sebagai wedding planner, bukan pelamin je Qarmasutra buat tau,
photobooth, candy buffet, deco dewan, semua lah berkaitan wedding diorang yang buat

ini contoh photobooth yang awesome
 Ghost Chair! lawa kannn?? tepi tepi tu candy buffet!
semua props pun dia buatkan
 tak payah nak fikir banyak, nak DIY bagai, tak payah
ni satu lagi photobooth yang boleh buat pengantin budget seperti rina menangis =P


Hantaran

Macam rina cakap tadi, bukan pelamin je yang diorang buat.
as a wedding planner, hantaran pun termasuk dalam pakej diorang

hantaaran terbaikkk
crystal clear~
confirm barang tak akan dicuri sebab mesti ramai yang memerhati hantaran ni haha..
terlalu cantik!

Events

Selain wedding, Qarmasutra juga adalah event planner.
macam macam lah event yang pernah di deco oleh Qarmasutra

event pun comell
kalau nak buat majlis berendoi ke, birthday party ke, engagement of course, tak kisahlah any events
boleh je hire Qarmasutra ni

What I like the mosttt pasal Qarmasutra ni ialah mereka akan come out with proposals dulu
untuk customer boleh tengok dan menilai

kalau nak tukar tukar atau tak puas hati lagi, boleh lah ubah =)

Apa yang rina tunjuk di sini hanyalah sebahagian sahaja dari hasil kerja mereka
kalau uols nak tengok lagi (mesti kena tengok, since setiap hasil mereka lain lain!)
sila lah ke website mereka

WWW.QARMASUTRA.COM
(please follow them ^__^)

atau facebook mereka


QARMASUTRA WEDDINGS & EVENTS
(and Like them ^__^)
dan boleh contact mereka melalui facebook,
Email : qarmasutra@gmail.com
No phone : +60173056449/ +60127603812

jangan malu malu atau takut nak contact mereka
diorang ni TAK sombong pun atau memilih customer
rina yang nobody ni pun diorang layan mesra =)
jadi kalau uols artis ke, anak datuk ke, cucu datuk sekalipun
akan dilayan sama rata hehe
jadi jangan hesitate nak minta quotation dari mereka tau
propose budget sekali, mereka ni boleh dibawa berbincang =) 




kepada yang bukan bloggers, sila register di blogspot sekarang!!!

Kepada BLOGGERS yang bakal berkahwin pada JULY - DECEMBER
tahun ini!
ada berita baikkkkk buat semua!
Qarmasutra ada anjurkan contest untuk uols!
mudah je contest dia, tapi hadiah memang terbaik =)

Hello Darling ♥
To bride to be blogger . This is for you !

Qarmasutra appreciate your kind interest towards our work . Honestly , we have read all you review and we cant agreed more , you guys are the best ! 

So , this is the catch . 

1) Write an ENTRY about Qarmasutra Weddings & Events . 
2) Tell us your Favourite Dais from Qarmasutra previous works and why ?
3) Ask your friend to LIKE qarmasutra and to FOLLOW our blog
4) Publish your Entry in Facebook
5) And hey ! ask your bestie and friend to like the entry .It so easy darling ♥ 


And Qarmasutra will not let you down , so this is the return for your wonderful effort :

The Grand Price : A Mini Dais for your solemnization or engagement worth for RM 3000 . 

First runner up : A photobooth worth for RM1500

Second runner up : 5 dulang hantaran with fully decorate with fresh flowers . Each worth for RM200 per tray .

Consolation price : A Qarmasutra discount voucher worth for RM200 .


Rules and regulation

1. Dont forget to attach together QARMASUTRA BLOGGER PROJECT banner into your blog and make it as your header and cover for you Facebook profile . its Compulsory !

2.Once you have write your entry , let us know , kindly link it here and email us at qarmasutra@gmail.com . Then we will inform you the next stage .

3. This project is open for those who will get marry from JULY to DECEMBER 2012 . We are pack on june , sorry dear.

4. There will be a transportation and labour charge for the grand price and first runner up . For the second runner up , it is a self pick up from our place.

5. Tarikh tutup is on end of MAY 2012

Thats it ! Sounds good darling ? So start to write your entry and impress us with your words . Good Luck Sayang ! ♥

This QARMASUTRA BLOGGER PROJECT bride to be edition is another side project from Qarmasutra with ♥
best tak??
kenapa korang perlu join contest ini?
1) Sebab contest ini anjuran Qarmasutra itself, dari pengalaman rina, better join contest dari vendor itself dari join contest dengan mana mana platform pameran pengantin huhu, senang terus direct!
2) Hadiah memang grand habis, syarat pulak mudah jee
3) TAK BANYAK SAINGAN. yeah! berapa sangat lah Bloggers yang kahwin dari JULY-DEC?? jadi mereka yang bertuah tu, kenapa perlu lepaskan peluang ini?? aduss..kalau rina, tak pikir panjang dah..confirm join hee

Jadi apa perlu tunggu lagi kawan kawan?
Spread the news =)


P/s : Contest sudah ditutup, pemenangnya ialah Azreen. Tahniah!

Read more...

Wednesday, December 28, 2011

Make Up by Fiza & Tempahan Baju Pengantin : Booked!

Assalammualaikum semua ~

Hari ini rina nak cerita tentang one of my vendor untuk Make Up nikah, Pelamin Sanding, dan Baju Tandang 
heheh..
semua untuk lain majlis kan?
sangat tak terurus =p

jangan tiru rina..
rasanya, if rina jumpa this vendor lebih awal..for sure, rina stick to her only..

Diperkenalkan~

Kak Fiza!!
the owner of Make Up by Fiza & Tempahan Baju Pengantin

Rina pernah perkenalkan dalam entry 7 Vendor Pelamin Dewan termurah di KL
dalam banyak banyak vendor,
akhirnya rina pilih kak fiza sebab :

a) She is my cousin's friend
b) Make up my cousin & has a good review (cantik giler makeup nye)
c) Pelamin cantik untuk budget macam rina
d) Baju pun cantik, banyak pilihan dan up to date
e) Good public relation, mudah bawa bincang
f) Area KL-Sri Damansara
g) paling penting, murah! 

banyakkan sebab? hihi..
rina harap hasilnya pun menariklah..nanti after kenduri, rina pasti akan buat review =)

rina memang rekemen kan Kak fiza ni tapi rina tak berani rekemen lebih lebih..
takut jadi macam Indahkarya..
ramai booked after rina rekemen but then, Indahkarya buat hal..
seriously..I feel guilty =(

tapi rina rasa Kak Fiza OK since my cousin pernah ambil make up dengan dia ^__~

jom tengok make up kak fiza ni






cantik kan??
rina sukaa make up macam ni!
nampak natural & sweet..
murah je tau make up dia!

rina booked kak fiza hanya untuk nikah..
sebab majlis sanding rina dah booked Kak Nurin
kalau belum booked Kak Nurin mesti rina dah book kak fiza ni, sebab murah lagi haha..
tapi takpelah, dah booked pun.
lagi pun memang sebelum bertunang lagi rina adore Nurin Makeover =)

nak booked untuk Majlis Tandang, jauh sangat pulak..nanti transportation fee mahal~

lepas tu nak tunjuk korang PELAMIN by kak fiza
rasanya dia ada join venture dengan orang lain tapi tak tahu siapa.

pelamin pelamin dari kak fiza seriously murah!
dah lah cantik cantikk





cuba teka mana satu rina punya?? =P
sape yang kenal rina mestii tahu my taste hihi..

and last but not least baju baju dari kak Fiza~

Rina hanya sewa je baju dari Kak Fiza
untuk majlis bertandang.
simple je but nice =)
my mother choice~
sopan sikit hihi..

pilihan baju memang banyakkk
masuk je bilik baju, terus peningg
semua cantik, semua lawa

kalau korang nak buat baju baru pun boleh
dekat Tempahan Baju Pengantin
HARGA adalah sangat berpatutan

tak percaya, boleh tanya =)

Contact Kak Fiza di 019-6649422
atau
di Facebook beliau di SINI


gambar masa berjumpa dengan kak fiza hehe..
En Tunang memakai tengkolok (how to spell?)
*hint warna untuk majlis tandang =)*

Ok bai!

P/s : Time minta quotation, jangan lupa mention my name tau ^__^



Read more...

Saturday, December 03, 2011

7 Vendor Pelamin Dewan paling murah area KL


Assalammualaikum semua :)


FUH FUH letih oo wat survey pelamin ni.
rasa nak muntah pelamin je :p

sampaikan ada orang tegur, banyak betul add bridal
hihi..

nak buat camne..
pengantin budget..memang lah macam ni..
lain lah kalau ade duit jatuh dari langit 18 ratus ribu ringgit
memang lah rina terus design satu pelamin khas macam kat kayangan lepas tu wat announcement "sape boleh buat pelamin ni untuk saya, saya bagi anda 8 ratus ribu ringgit tunaii"
sah?
tak sah.

ok merapu.

di sini rina nak senaraikan 7 bridal yang menawarkan pelamin paling murah
paling murah ye
tak murah pun
tapi paling murah
paling murah antara yang termahal
hahah..T___T
range harga untuk set pelamin dewan bawah RM2000

TETAPI
sila aware dengan pelamin bagaimana yang akan anda dapat.
perlu tanya vendor, macam mana bentuk pelamin yang akan mereka beri.
murah kan..nanti diorang bagi kotak panel ngan pasu tanpa bunga je hehe!

ni just bridal yang rina survey lah ye..
maybe bejuta lagi kat luar yang murah yang korang tahu huhu (bagitau rina bagitau rina!! hee)
gambar yang rina paparkan, mungkin lebih mahal dari RM2000, please ask the vendor first.

Nora Bridal
Port Dickson
Link : Here

Haslina Rusli
Kuala Lumpur
Link : Here

 Surizlan Bridal House
Subang
Link : Here

Irdina Bridal
Rawang
Link : Here

Shayana Creation
Klang
Link : Here

Butik Rampai Seri
Klang
 Link : Here

Make Up by Fiza
Petaling Jaya

Link : Here

rina ada plan nak ambil salah satu dari pelamin ni..
yang mana satu?
jeng jeng jeng :p

mestilah yang paling berpatutan dan sedap mata memandang.
dah ada 1 in mind ^_^

so sesapa yang datang ke majlis rina nanti, insyaAllah
jangan tengok pelamin rina, tengok pengantin ngan makan senyap senyap sudah hehe

kalau ada sape sape yang pernah dengar tentang salah satu vendor ni please share with me :)


Baibai!

Read more...

Sunday, November 06, 2011

Pelamin Idaman ku musnah

Assalammualaikum semua :)

Ini adalah scheduled post, rina auto post ke hari ni hee

lately ni, rina sibuk cari pelamin..
macam dah semua vendor pelamin kat KL ni rina jumpa pastu message minta quotation harga
haha~

tapi kebanyakannya menggerunkan hati ini..
yang semestinya untuk pelamin dewan kalau tak RM1000 ke atas memang tak sah..

menyesal pulak buat kat dewan..
tapi kalau tak buat kat dewan, mana muat pasang khemah dekat umah rina ni
sobsob..

oleh sebab rina hanya mahukan pelamin sekadar cukup syarat..
sebenarnya tak mahu langsung, tapi ini bukan majlis rina saja..
ni majlis family rina jugak..
so..paham paham jela..I'm the only child in the family..
huhu

walaupun nak pelamin cukup syarat, tapi rina taknak lah letak kerusi pastu kotak 4 segi kat belakang
haha..macam sedih pulak..

jadi rina sekarang ni sedang betul betul survey harga pelamin..
sibuk mencari vendor mana yang boleh beri harga yang sangat berpatutan..

after some surveys I come cross several vendor yang mempunyai design pelamin yang tersangat indah
rasa macam nak guling guling atas lantai sambil menangis "nak ni jugak! nak ni jugak!"
hehe

tapi memandangkan harga yang melebihi sebulan gaji rina,
takpelah..kita lupakan saja sobsob..

nak share pelamin idaman ku...yang sudah musnah :p






cantik sesangat...nak pitam


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top