Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, November 05, 2011

Classic Chicken Mcdeluxe nyummy!


semalam singgah mc donald..ingatkan nak beli french fries je
tapi terbeli Classic Chicken Mcdeluxe hee :p

sedappp sesangatt
bila gigit je bunyi krup krup
crunchyyy
nyummmeh!

besama dengan mayonis dan sayur dan tomato
combination yang sedapp

tahap sedap same je la dengan Mcdeluxe baru tapi rasa berbeza

ok. telan liur

sape yang Puasa Arafah pada hari ini mahap lah ye. hihi
anggap jelah ini ujian :p

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Credit : AwanPagi

ape sangat lah ujian ini kalau nak dibandingkan dengan ganjaran yang bakal kita dapat. insyaAllah.
selamat berpuasa semua!
puasa makan
puasa minum
dan juga puasa dari dosa..




Read more...

Sunday, October 02, 2011

Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan

towerbridge.jpg
“Kasihan Ziad tu mak. Dah pening-pening tu, nak kahwin sangat nampaknya”, saya berbual dengan emak.
Jam sudah lewat 12 malam di kota London. Emak tentu sahaja baru lepas bersarapan pagi di rumah.
“Ye la, dah sampai masanya. Habis kamu pula macam mana?”, tanya emak.
YESS! Umpan saya mengena.

Saya memang telah awal-awal meminta izin daripada sepupu saya untuk ‘memperalatkannya’ bagi membuka bicara kepada emak tentang hasrat hati saya untuk berumahtangga. Strategi saya berhasil apabila emak bertanya begitu.
“Aha, ada la emak. Insya Allah sampai Malaysia nanti Rizal cerita ya”, saya memberitahu.
Tidak mudah untuk seorang anak bongsu seperti saya memberanikan diri untuk memberitahu emak tentang hasrat hati untuk berumahtangga. Anak bongsu, biar pun sudah berjanggut sekali pun, masih anak bongsu buat seorang emak.
Alhamdulillah, daripada reaksi emak tadi, saya faham yang emak terbuka dengan hal ini. Usia saya pun sudah mencecah 24 tahun ketika itu.

Tetapi, apa yang lebih penting untuk saya fikirkan ialah perasaan seorang ibu melepaskan anaknya. Fikiran saya melayang mengimbau hari pertama saya berpisah dengan emak. Mendaftarkan diri sebagai pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama penuh, adalah titik penting yang menjadikan saya terlepas ke dunia lain, tidak lagi di bawah jagaan emak dan abah. Seawal usia 12 tahun, saya sudah mula berdikari.
Pengajian di SMA Izzuddin Shah tidaklah terlalu menjadikan saya jauh dari emak dan abah. Sekolah hanya setengah jam perjalanan dari rumah. Dan saya juga sering balik ke kampung tanpa perlu menunggu cuti sekolah yang panjang. Begitu juga semasa di SMAP Labu, Negeri Sembilan. Mujurlah saya tidak lama di sana. Selepas kira-kira empat bulan di Tingkatan 4 di sana, saya kembali semula ke SMA Izzuddin Shah hingga selesai SPM.

Perpisahan yang hakiki berlaku antara saya dan abah, apabila kejadian yang tidak disangka-sangka menduga saya sekeluarga. Abah kembali ke rahmatullah pada tahun 1992 dan perginya tidak kembali. Ketika itu, hanya salah seorang sahaja daripada abang saya yang baru bertunang. Belum pun sempat abah menyambut menantu pertamanya, Allah memanggil abah pulang.
Ketika kubur abah pun masih merah, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Keputusan yang amat berat untuk dilakukan. Meninggalkan emak di kampung halaman yang masih belum berupaya menyesuaikan diri dengan kehilangan suaminya. Emak melepaskan saya dengan derai air mata di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, pada 15 September 1993.
scan0018j.jpg
Selepas lama merantau, bersambung pula ke UK, tentu sahaja emak akan terasa bagai kehilangan anaknya ketika saya memberitahu hasrat hati untuk berumahtangga. Saya menyimpan misi untuk mententeramkan hati emak sebaik tiba di Malaysia dari kota London.


DI MALAYSIA
“Tak adakah gambarnya?”, tanya emak kepada saya.
“Emm.. tak sampai lagi emak. Muna kata dia akan pos dalam sehari dua ni dari Ireland. Insya Allah sebelum Rizal balik ke UK, adalah gamaknya”, saya memberitahu.
Saya lihat wajah emak bercampur antara suka dan gelisah.
“Alhamdulillah emak, kampung dia pun dekat sahaja. Seberang sungai sana aje, di Manjoi. Tak risaulah sangat terpaksa jauh ke mana-mana”, saya cuba meyakinkan emak.
“Emak bukan tak setuju, tapi rasa macam tak puas lagi emak membesarkan kamu. Dah nak jadi suami orang!”, kata emak.
“Rizal faham. Insya Allah emak tidak akan kehilangan Rizal malah menambah ahli keluarga kita sebenarnya. Insya Allah”, saya memujuk emak.
Naluri biasa seorang ibu. Titis air matanya bukan titis duka, tetapi titis yang datang dari perasaan tersedar bahawa anak bongsunya sudah dewasa.


BERTUNANG
Saya bersembunyi di dalam kereta.
Adat Melayu tidak mengizinkan orang yang bertunang hadir sama dalam majlis meminang. Entah apa yang nak mereka umpatkan.
pinang.jpg
“Depa berpantun-pantun pula”, kata sepupu saya Ziad yang berada di dalam majlis, melalui sms.
Selesai majlis bertunang, saya dipanggil masuk. Ini memandangkan keadaan kami berdua yang tinggal di luar negara. Maka di dalam majlis ini sahajalah peluang untuk kami berdua ditemui oleh kedua-dua keluarga.
Tempoh pertunangan selama 2 tahun telah ditetapkan. Insya Allah kami akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2001. Saya dan bakal isteri, berusia 26 tahun ketika itu nanti.


CABARAN BERTUNANG
Selama dua tahun tempoh kami bertunang, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh. Namun jarak yang memisahkan saya dan bakal isteri, sedikit sebanyak membantu kami untuk bersederhana dalam berhubung.
“Ahlan wa sahlan ustaz”, kata Yurzi dan Nik Azuan semasa menyambut saya di stesyen bas Galway.
“Terima kasih sudi jemput ana”, saya membalas salam.
Mereka berdua adalah pelajar perubatan di National University of Ireland, Galway.
“Program ceramahnya start pukul berapa ya?”, saya bertanya.
“Rasanya lepas Isyak, Ustaz. Mungkin dalam pukul 6″, Yurzi memberitahu.
galway.jpg
Saya menumpang di rumah Yurzi dan Nik Azuan semasa kunjungan pertama saya ke Galway, tempat tunang saya belajar. Rumah mereka berdua ini agak pelik kerana ia terletak di sebuah selekoh tajam yang menggerunkan. Terbayang-bayang saya adanya kereta terbabas. Naudhubillah.

“Ustaz, Kak Muna ada hantarkan lauk untuk makan tengah hari kita”, kata Yurzi memberitahu saya.
“Alhamdulillah”, saya tersenyum sendirian. Melihat ayam masak kicap pun boleh tersenyum simpul.
Malam itu saya menyampaikan ceramah di Clinical Science Building. Semasa berceramah, saya dapat melihat tunang saya berada jauh di belakang bersama rakan-rakan sepengajiannya.
Sesi ceramah berjalan lancar. Soal jawab juga agak memberangsangkan. Saya berkenalan dengan ramai sahabat baru. Pastinya, Galway agak berlainan dari Dublin dan Belfast kerana watak pelajarnya lebih menampakkan kesan Irish. Mungkin hasil tiupan Lautan Atlantik barangkali. Ceramah di dalam Bahasa Inggeris juga nampaknya lebih mendapat sambutan berbanding Bahasa Malaysia!
“Selama beberapa hari di Galway, saya hanya menegur tunang saya sekali semasa kami menghadiri jamuan makan yang diadakan oleh PPIMG.
jamuangalway.jpg
“Ukhti sihat?”, saya bertanya.
“Alhamdulillah. Macam biasa”, beliau menjawab.
Study semua ok ke? Sekarang ni buat attachment di mana pula?”, saya bertanya lagi.
Study berat sikit dah hujung-hujung ini. Sekarang ana attachment di Galway tapi Insya Allah bulan depan kena pergi ke Sligo”, tunang saya menjawab.
“Semoga semuanya berjalan lancar ya. Terima kasih lauk hari tu”, saya tersenyum.
“Tak ada apa-apa. Biasa sahaja”, tunang saya membalas.
Tidak banyak yang kami perkatakan. Sekadar bertanya khabar.


BARU TAHU
Selepas selesai jamuan, saya kembali semula ke rumah Yurzi dan Nik Azuan.
“Ustaz, maaf saya tanya sikit boleh tak?”, soal Yurzi kepada saya sebelum kami melelapkan mata. Jam baru pukul 9 malam tetapi sudah begitu larut rasanya.
“Silakan”, saya membetulkan duduk.
“Apa hubungan ustaz dengan Kak Muna ya?”, tanya Yurzi bersungguh-sungguh.
“Laaa… anta tak tahu ke? Patutlah pelik semacam aje. Kak Muna tu tunang ustaz”, saya sendiri pun terkejut dengan soalan Yurzi.
“Laaa… ye ke? Patutlah!”, kata Yurzi sambil menepuk dahi.
“Patutlah apa?”, saya bimbang juga dengan andaian beliau.
“Tak ada apa-apa. Patutlah Kak Muna bagi lauk dan suruh saya dan Nik Azuan jaga ustaz elok-elok”, jelas Yurzi.
“Oh, arahan tu sebab Kak Muna Ketua Muslimat, kot!”, saya ketawa.
Kami ketawa bersama. Saya meminta izin untuk ke bilik dan melelapkan mata kerana awal pagi esok saya akan kembali semula ke Belfast.


BATAS HUBUNGAN SEMASA BERTUNANG
Biar pun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau -apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.

Saya bersyukur kerana jarak 8 jam perjalanan dengan bas itu bermanfaat untuk kami saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya khabar dan berbincang tentang perancangan-perancangan… namun kami mencuba sedaya upaya untuk tidak berlebih-lebihan.
Ada panggilan telefon mungkin sekadar beberapa minit.
Ada panggilan telefon mungkin perlu hingga satu jam.
Tetapi bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah, maka selesaikan perbincangan dengan cara baik agar tidak berlebih-lebihan dan mencetus dosa.

Selama pertunangan kami, saya dan dia sering bersama tetapi tidak berjumpa. Kami sering hadir ke program-program seminar, ceramah, perhimpunan musim sejuk dan sebagainya, tetapi tidak berjumpa. Apabila saya mengimamkan Qiamullail di Masjid Clonskeagh, saya tahu yang tunang saya turut bersama, dan itu sudah cukup lagi memadai.

RAHSIA PERTUNANGAN
Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.
Lucu juga saya apabila ditanya oleh Yurzi yang kehairanan melihat saya yang datang pertama kali ke Galway, tetapi mengenali seorang muslimah di situ.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.
Terima kasih kepada bekas tunang saya yang bersama-sama saling berusaha menjaga diri selama tempoh kami diikat dengan janji. Kepada bekas tunang saya yang kini telah pun menjadi isteri… dan dengan tiga cahaya mata kurniaan Allah, semoga Allah mengekalkan rumahtangga kita dalam redha dan bahagia, hingga ke akhir usia, ameen.

 ***********************************************************************
Petikan dari blog SaifulIslam

Best kan?? Selama rina tulis blog, rina tak pernah baca blog ni..agaknya sebab macam Islamic sangat...rina yang jahil ni malas nak baca..astaghfirullahalzim..

sehinggalah bila En Tunang belikan buku ini sebagai hantaran


baca baca, macam best pulak. rupanya buku ni adalah kompilasi kisah kisah yang pernah ditulis dalam blog SaifulIslam.

rina baru baca sikit. sampai part Pertunangan Dalam Kesederhanaan ni..

sedikit sebanyak memberi keinsafan buat rina..tapi rina ni, punya iman yang pasang surut..erghhh..geram dengan diri sendiri yang suka ikutkan nafsu dan perasaan..

ya Allah bantu lah hamba Mu ini..tolong ingatkan aku selalu.. T__T

Alhamdulillah..rina bersyukur kerana dipertemukan dengan En Tunang..sentiasa bersabar dan tidak putus asa dengan rina..

semoga kita berdua dapat perbaiki diri dari hari ke hari..dimasukkan dalam golongan orang yang beriman dan insyaAllah terpilih untuk ke syurga Allah..

Aminnn..

 Bertunang tak bermakna kami diberi lesen untuk keluar berdua...please remember that..rina...

Read more...

Sunday, May 01, 2011

Tips dapat lelaki yang baik hehe

Rina ada sorang cousin yang alim jugak lahh study medic di Mesir..
semalam chat dengan dia, dan dia share 1 tips..

so rina nak share tips ni dengan kawan kawan semua hee

iz_udin(05/01/2011 12:02:32 AM) : care nak dapat laki yg baik ko tahu tak cane?
iz_udin(05/01/2011 12:08:12 AM) : satu tips la
iz_udin(05/01/2011 12:08:16 AM) : aku nak bagi kat ko
iz_udin(05/01/2011 12:08:44 AM) : kalau ko nak laki yang penyabar ko dulu kene jadi penyabar
iz_udin(05/01/2011 12:09:08 AM) : kalau ko nak dapat laki yang rajin bangun subuh
iz_udin(05/01/2011 12:09:14 AM) : ko dulu kene rajin
iz_udin(05/01/2011 12:09:34 AM) : sebab ALLAH firman dlm quran
iz_udin(05/01/2011 12:09:37 AM) : laki yang baik
iz_udin(05/01/2011 12:09:48 AM) : untuk perempuan yang baik
iz_udin(05/01/2011 12:09:49 AM) : so
iz_udin(05/01/2011 12:10:00 AM) : daripada ayat di atas
iz_udin(05/01/2011 12:10:11 AM) : ALLAH ajar kite satu formula
iz_udin(05/01/2011 12:10:23 AM) : buat baik dapat baik
iz_udin(05/01/2011 12:10:30 AM) : nak laki yang rajin qiam
iz_udin(05/01/2011 12:10:37 AM) : ko dulu kene qiam
iz_udin(05/01/2011 12:10:45 AM) : dapat tak?

Read more...

Friday, April 29, 2011

To all my girlfriends, let's pray together!

Ya Allah..Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang berimandan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah

Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa..

Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!

Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..



Read more...

Thursday, December 30, 2010

When you feel all alone in this world :: Allah knows





When you feel all alone in this world,
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows
When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows
No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows
When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows
When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows
When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows


By :  Zain Bhikhas


Read more...

Sunday, October 03, 2010

Uwais Qarni


Uwais Qarni nama diberi,
Sempena Wali Allah yang disanjungi,
Moga sifat dapat diwarisi,
Tak banyak, sikit pun jadi.

Hehehehehehehehhe!

tiba tiba rina berpantun, terasa skema plak :P
ni bahang MC majlis hari raya tak habis lagi la ni :P

Uwais Qarni ni merupakan baby kepada salah seorang cousin yang rapat dengan rina, iaitu Kak Dayah


Kecittttt je.
takut nak pegang.

baru seminggu kan.
tapi kecit betol lah!

tapi ape ape pon, alhamdulillah sebab dilahirkan sempurna..
dan comel jugak!


Sempena nama dia, Uwais Qarni ni,
rina nak cerita sikit tentang seorang wali Allah yang bernama Uwais AlQarni.

artikel ini sedikit panjang
tapi cuba lah baca sampai habis
memang best kisah hidup Uwais AlQarni ni
^__^




Ada seorang pemuda bermata biru, berambut keperangan, bahunya lebar dan berpenampilan cukup tampan, hidup pada zaman Rasulullah SAW. Beliau yang berkulit kemerah-merahan selalu menundukkan dagunya memerhatikan tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang yang mahir membaca al-Quran dan selalu menangis. Pakaiannya hanya dua helai yang sudah kusut. Satu untuk menutup badan dan yang satu lagi sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, dan tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Tetapi seandainya dia berdoa, pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil dan disuruh masuk ke syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepada untuk memberi syafa’at sejumlah kabilah Rabi’ah dan kabilah Mudhar.Semua akan dimasukkan ke syurga tanpa seorangpun yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal kebanyakan orang, ia juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai pengemis, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk bersamanya, cuba memberinya hadiah dua helai pakaian, tetapi tidak berbaloi kerana hadiah pakaian tadi diterimanya tetapi dikembalikan olehnya seraya berkata: “Aku khuatir, nanti ada orang menuduhku, dari mana aku dapatkan pakaian itu, kalau bukan dari mengemis pasti dari hasil curian”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai keluarga, kecuali hanya ibunya yang telah terlalu tua dan lumpuh. Penglihatannya pula sudah kabur. Untuk mencukupi kehidupan sehariannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehari bersama si ibu. Bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika ia pergi, tiada orang yang akan menjaganya.

Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi SAW dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman, "Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Ia akhirnyam, dengan terpaksa memohon keizinan kepada Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu.

Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sebok mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar Sayyidina Ali mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali . memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar lagi beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. "Waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu." Ujar lelaki tersebut

“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!” Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini dibadai angin dan dihentam ombak ?”  tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !““Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!” katanya. Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di situ. Pada ketika itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal dan segala muatannya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,"Tak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ?" Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya."Ya,” jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada seorangpun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita bahawa Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut rebut untuk mengusungnya. 
 
Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,“Ketika aku ikut serta mengurus jenazahnya sehingga aku pulang dari mengantar jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat perkuburannya tetapi ternyata tanda pada kuburannya sudah hilang sehingga tak terlihat ada bekas kuburannya." (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya." Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.
 


Read more...

Tuesday, September 21, 2010

Entry khas buat kaum Hawa

Khusus renungan buat kaum hawa....hayatilah...
Semoga Allah meletakkan secebis hidayahNya ke dalam hati kita....

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka?

Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam, bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara,
kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya,
Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya
dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai hawa,
tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia,
sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah,
kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.

Tapi hawa,
Jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan hawa,
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.. takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga lebih bahagia.

Hawa,
ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menghayun buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
Justeru itu tepuklah dada, tanyalah Iman, sama-sama kita muhasabah diri...Insya'ALLAH pasti ada jalan melalui kasih sayangNya...

*****************************************************************************

Entry ini di ambil dari blog Indahnya Kemanisan Iman
Terima kasih kepada penulis, Kak AisyaHumaira..
Semoga ada manfaat buat kita semua, InsyaAllah..


Read more...

Friday, September 17, 2010

Kisah mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut

Raya Raya jugak..Muhasabah diri perlu diteruskan hehe...matang tak? matang tak? :p

Ni cerita yang rina pernah tulis di blog lama..besttt~

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama-sama sahabat-sahabatnya, Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan Ali k.w., bertamu ke rumah Ali k.w. Di rumah Ali k.w. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha., putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu bakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Usman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber’amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

‘Ali k.w. berkata, "Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "Seseorang yang mendapat taufiq untuk ber’amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber’amal dengan ‘amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat ‘amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Muhasabah diri, lihatlah bagaimana Rasulullah SAW terus sahaja mengajak sahabatnya membuat perbandingan yang cenderung kepada mentauhidkan ALLAH, sedangkan kita lebih cenderung mencerca makanan bilamana terdapat rambut pada makanan kita.


Read more...

Sunday, August 29, 2010

Hati ini milik Ilahi


Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,

Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,


Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?


Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. 
Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.
Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. 
Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.
(Riwayat Tirmizi)


Wahai saudara-saudaraku, ingatlah....


 Apabila ALLAH cepat memakbulkan doamu,
maka Dia menyayangimu. 
Namun bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
dan apabila Dia tidak memakbulkan doamu,
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu
kerana kasih sayang ALLAH melebihi kemurkaanNya

Jadi.. YAKIN DAN PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH menyayangimu...


so, takmau sedih sedih kalau terasa susah sebab Allah ada~
^___^


P/S : Entry semenjak dua menjak ni, banyak yang insaf insaf..hehe...terasa diri ini jahat giler sebenarnya...huhu....T__T...mahu jadi baik..tolong tolong




Read more...

Saturday, August 28, 2010

Seuntai Doa..

Ketika kumohon kepada Allah kekuatan
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat

Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan
Allah memberiku masalah untuk di pecahkan

Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan
Allah memberiku akal untuk berfikir

Ketika kumohon kepada Allah keberanian
Allah memberiku bahaya untuk kuatasi

Ketika kumohon Allah sebuah cinta
Allah memberiku orang orang bermasalah untuk ku tolong

Ketika ku mohon kepada Allah bantuan
Allah memberikanku kesempatan

Aku tak pernah menerima apa yang kupinta,
tetapi aku menerima segala yang ku perlu
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka
tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu
yang tertutup sehingga tidak melihat pintu
yang di bukakan bagi kita

orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki
hal hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan
yang terbaik dari setiap hal yang
hadir dalam hidupnya.

mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterima kasih atas karuniaNya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang orang di sekeliling’
kamu tersenyum, jalanilah hidupmu sehingga pada
waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang orang di sekelilingmu menangis.


 *Muhasabah diri mode : Ramadhan semakin berakhir, jangan dipersiakan lagi!

Read more...

Sunday, August 22, 2010

Church plans Quran - burning event ??

kurang asam punya orang sesuka hati nak burn Al-Quran!
sesuka hati nak cakap Islam is "a religion of of the devil"

ape kau ingat kau baik sangat?
kenapa Islam menjadi mangsa?
sedangkan kezaliman dilakukan oleh orang lain?




By Lauren Russell, CNN
July 31, 2010 -- Updated 0450 GMT (1250 HKT)



(CNN) -- In protest of what it calls a religion "of the devil," a nondenominational church in Gainesville, Florida, plans to host an "International Burn a Quran Day" on the ninth anniversary of the September 11, 2001, attacks.

The Dove World Outreach Center says it is hosting the event to remember 9/11 victims and take a stand against Islam. With promotions on its website and Facebook page, it invites Christians to burn the Muslim holy book at the church from 6 p.m. to 9 p.m.

"We believe that Islam is of the devil, that it's causing billions of people to go to hell, it is a deceptive religion, it is a violent religion and that is proven many, many times," Pastor Terry Jones told CNN's Rick Sanchez earlier this week.

Jones wrote a book titled "Islam is of the Devil," and the church sells coffee mugs and shirts featuring the phrase.

Muslims and many other Christians -- including some evangelicals -- are fighting the initiative.

The church launched a YouTube channel to disseminate its messages.

"I mean ask yourself, have you ever really seen a really happy Muslim? As they're on the way to Mecca? As they gather together in the mosque on the floor? Does it look like a real religion of joy?" Jones asks in one of his YouTube posts.

"No, to me it looks like a religion of the devil."

The Islamic advocacy group Council on American-Islamic Relations called on Muslims and others to host "Share the Quran" dinners to educate the public during the monthlong fast of Ramadan beginning in August. In a news release, the group announced a campaign to give out 100,000 copies of the Quran to local, state and national leaders.

"American Muslims and other people of conscience should support positive educational efforts to prevent the spread of Islamophobia," said CAIR spokesman Ibrahim Hooper in the release.

The National Association of Evangelicals, the nation's largest umbrella evangelical group, issued a statement urging the church to cancel the event, warning it could cause worldwide tension between the two religions.

"The NAE calls on its members to cultivate relationships of trust and respect with our neighbors of other faiths. God created human beings in his image, and therefore all should be treated with dignity and respect," it said in the statement.

Dove's Facebook page, set up for the September event, has more than 1,600 fans.

"Eternal fire is the only destination the Quran can lead people to, so we want to put the Quran in it's [sic] place -- the fire!" the page says.

But another Facebook group with more than 3,100 fans says it stands "against the disrespect and intolerance that these people have for the Muslim people" and encourages people to report Dove's page to Facebook.

Targeting another group it calls "godless," the Dove center is also hosting a protest against Gainesville Mayor Craig Lowe, who is openly gay, on Monday at Gainesville's City Hall. The group previously fought -- unsuccessfully -- to derail Lowe's election campaign.

"We protest sexual perversion because the Bible protests it. ... What is acceptable to today's leadership becomes acceptable to tomorrow's society," the church says in its blog entry about the event.

Lowe and other government figures and media outlets received e-mails from the church about the event, The Gainesville Sun reported. Lowe isn't concerned with Monday's event.

"I've got other things to do," he said, The Sun reports.

On the outreach center's front lawn, alongside a sign reading "Aug. 2 Protest, No Homo Mayor, City Hall," stands not just one, but three signs bearing the slogan "Islam is of the Devil."

One of the signs -- one reading "Islam" on one side, "Devil" on the other -- was vandalized. On its blog last week, the church said the sign will be replaced.


"This is private property and vandalism is a crime here in America," the blog says. "In Islam, many actions that we consider to be crimes are encouraged, condoned or sheltered under Islamic teaching and practice, though. Another reason to burn a Quran."



Source : Here

*thanks to shag*


I republished one of my entry that related to this phenomena. Let's take a look.



Huhuhu!
Bagaimana Islam mahu menjadi kuat sedangkan umatnya sekarang semakin lemah?
Bangkitlah sahabat ku!
termasuk rina sendiri..
T___T

Read more...

Saturday, August 21, 2010

Ustaz Kazim - Besttt..kelakar tapi banyak manfaat

Read more...

Friday, August 20, 2010

KITA BERTANYA "Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam idamkan?"

AL-QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

So, jangan bersangka buruk pada Allah dan sentiasa percaya ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.



Read more...

Monday, August 16, 2010

Dosa 24 jam



ALAMAK! TAK BOLEH TIBA TIBA! NANTI RINA CARI SOLUTION DIA K!

sangat menakutkan video ni..
menakutkan bagi orang orang macam saye T___T
dah lah memang banyak dosa...
lagi nak generate dosa 24 jam through facebook..

huhuhu..
nak nangis..

pasni nak bergambar kena berhati hati..


rina dah delete gambar yang rasa rasa tak patut ditontonkan di khalayak
lagi lagi gambar individual..
kalau ada yang terlepas, sila bagitau ye..kadang2 kita rasa biasa je gambar tu..huhu
*gambar di blog belum lagi. tapi tak banyak rasanya*

gambar yang orang tag tu, memang susah korang nak halang kan?
tapi rina ada solution

Di facebook tu

pergi dekat Account --> Privacy Settings --> Customize Settings

dekat bahagian Things others share --> Photo and Videos I'm Tagged in
set kan jadi Only Me

faham tak?
kalau ada yang tak faham, tanya ok?

Renung renungkan dan selamat beramal! hihi :p

Read more...

Friday, August 13, 2010

Pesanan buat dia yang menjalinkan hubungan sejenis (Gay)

Rina tak tahu, dia akan baca atau tidak..
tapi rina tak tahu macam mana nak menegur dia..

dia..kawan rina masa sekolah menengah rendah
dulu..dia memang jenis lelaki yang agak lembut..
tapi dia baik..dan best untuk dibuat kawan

tapi rina takdela rapat sangat sangat, cuma kami satu Keluarga Pelajar selama 3 tahun

Baru baru ni, rina tengok di facebook, lain macam je..

macam dia menaruh perasaan dengan kaum sejenis..
buat status married dengan kaum sejenis..
gambar gambar dengan pasangan dia pun macam pasangan bahagia..

*Gambar sekadar Hiasan*

kalau dia baca, dia kena tahu, rina tak berniat nak memalu kan dia
kalau itu niat rina, sure rina letak je nama dia kat sini kan?

cuma rina nak beri sedikit peringatan buat dia yang pernah menjadi kawan rina

yer..rina tau rina tak layak nak beri dia peringatan
dan mesti dah ramai yang menasihati dia kot
tapi, rina tengok, ada je kawan kawan dia yang beri sokongan
kawan kawan perempuan yang bertudung pula tu

tapi sedar tak dia, apa yang dia lakukan sangat sangat menakutkan?
sangat sangat dimurkai Allah?

rina pasti dia ada asas ilmu agama
dia puasa, dia solat

Emm..maybe susah kot kalau memang naluri dah macam tu..
tapi cuba anggap tu macam ujian dari Allah..
macam orang buta, papa kedana, kudung, sakit kanser
pun susah jugak kan?

tapi itu semua ujian dari Allah

cuba berusaha, jumpa pakar psikologi ke? jumpa ustaz ke?
solat kusyuk kusyuk minta petunjuk Allah ke?

jangan ikutkan nafsu tu..

Ingat, kehidupan di dunia ni sementara je
akhirat yang selama nya

cuba bayangkan neraka yang menanti

*Gambar sekadar Hiasan*

sure rasa takut gila nak beraja kan nafsu kan?

Chaiyo Chaiyo!
Rina doakan dia akan berubah sebelum terlambat
Semoga Allah beri petunjuk dan hidayahNya kepada dia, rina dan para sahabat sekalian
Aminnnnnn

Nabi Muhammad S.A.W bersabda, maksudnya : "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth."
- Hadith Riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim

Source :Cahaya Cinta


P/s : Tiba tiba rina plak rasa takut T___T

Read more...

Wednesday, August 04, 2010

The Barber and The Client

sekali lagi flash presentation
semoga kita sama sama mendapat pengajaran
^__^


Read more...

Monday, August 02, 2010

Hannah's Lesson

best plak flash flash ni hehe
rina share lagi
hope sedikit sebanyak memberi manfaat kepada readers and of course for myself too
insyaAllah



Read more...

Sunday, August 01, 2010

Because he is a Muslim...



Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top