Showing posts with label OBM. Show all posts
Showing posts with label OBM. Show all posts

Saturday, November 06, 2010

Outward Bound Malaysia, OBM (Part 4)

Selasa 26 Oktober 2010
Forth Day


kenapa saya pakai glove??

hehe..ada orang tanye..
sebab senang..boleh capai semuanya dalam hutan.
boleh pegang pokok pokok berduri
boleh pegang tanah..
dan kawan lelaki boleh tolong tarikkan...huhu..bila terpaksa jelah..

so sambung kisah hari ke tiga..
after camping 1 malam, pagi pagi kami bangun masak nasi untuk bekalan..
pagi pagi tu terus berangkat pulang.

balik lagi best.
kami lalu path yang lebih dasyat.
ada 4 puncak.
turun naik, turun naik 

tapi at last, berjaya jugak.


bertolak pukul 7 pagi, sampai pukul 4 petang.
bayangkan =_="
balik balik bukan boleh rest..
kena bersihkan barang barang dulu

malam tu prepare untuk pegi kayak pulak!

Rabu 27 Oktober 2010
Fifth Day


 cacatness

itu rina dan my partner, zam!

overall, kayak memang best!
penat tu penat lah jugak..
dalam sejam nak pergi ke Pulau Pangkor.
ombak kuat..
plus partner rina tu boleh tahan baran dia.

ape lagi begaduh jela atas kayak tu hhaha

pape pun, still sampai dengan selamat.

malam tu camp macam biasa..
main teka teki, masak masak, borak borak dan sebagainya.
lebih relax and hepi dari camping masa hiking.
siap mandi laut lagi kali ni hehe.
n toilet pun ada!

Khamis 28 Oktober 2010
Sixth Day

Hari ni balik kembali ke pangkal jalan :P

lepas basuh kayak dan semua peralatan, kami balik ke dorm masing masing
dapat lah rehat kejap..
then ready untuk barbeque untuk malam tu.

setiap kumpulan wajib buat persembahan.
dan persembahan kumpulan rina paling mantop! hehehe
nyanyi je pon..tapi kalau dapat yang gile gile nyanyi, memang meriah lah kan

dan malam tu, kaki rina bengkak...
sebenarnya dari petang dah bengkak..tapi makin lama makin dasyat bengkak..
so malam tu, instructor bawak rina pergi hospital lumut..

nasib baik bestfriend rina ada sekali pegi OBM..
so ajak dia teman..
segan lah nak menyusahkan kawan yang baru kenal kan..

doktor cakap rina kena sengat dengan obor obor huhu
malam tu doktor inject, esok paginya dah ok sikit..^__^

tapi sakit giler rupanya bengkak obor obor ni..sengsara kejap


Jumaat 29 Oktober 2010
Last Day

yahoo!!
balik rumah!
sape tak suke kan?
semua orang bangun pagi hari ni hehe.

dah boleh collect handphone balik :)




snap snap before balik..

the experience was great!
this is one of the best memories that will remain in my mind forever!


OBM is AWESOME!



Read more...

Wednesday, November 03, 2010

Outward Bound Malaysia, OBM (Part 3)

Isnin 25 Oktober
Third Day

Hari yang dinanti nantikan telah tiba.
Nantikan lahh sangatt hehe

pagi pagi lagi, masing masing sibuk dengan bagpack.
nak susun barang.
testing testing bawak.

BERAT YANG AMAT!

macam manaa nak bawak g hiking ni???
*over*



seriously penat sangat sangat.
da lah curamm, bawak pulak beg berat giler.
ni paksa diri makan biskut gula untuk tenaga.


dalam 3 jam kot, sampai juga akhirnya~

heheh model tak begaji

lepas tu buat khemah.

rina dah pengsan. serahkan tugasan pada kaum lelaki je lah hihi...


baru rina perasan...rina lupa nak tangkap gambar khemah! =_="

khemah kitorang yang besar tu..
buat 2 khemah.
1 untuk perempuan, 1 lagi untuk lelaki.

lepas tu buat unggun api, masak masak.
minum petang kitorang buat air teh o cicah biskut.
malam pulak makan sambal sardin dengan telor dadar cendawan (resipi terbaru :P)

memang nikmat makan camni.
kalau tergigit batu pon anggap keropok jelahh haha..

cawan main share share je.
takde geli geli dah.
tibai je semua :D

malam tu borak borak, main teka teki semua, then tidooo

eh lupa nak cerita.
budak perempuan tak mandii pon.

takde toilet kot.
ada lombong je.
dapat buang air kecik je :P
buang air besar tak sanggup rasa, nak mencangkul buat lubang, baik tahannn :P

so masing masing busuk :D

bersambung lagi!


Read more...

Tuesday, November 02, 2010

Outward Bound Malaysia, OBM (Part 2)

Ahad 24 Oktober
Second Day

Sebelum subuh lagi rina dah terjaga heheh..
sebab tidur ramai ramai dalam dorm kan, bila sorang masuk toilet, bunyi air, bising bising, plus rina memang mudah terjaga...

tapi memang best tido..
sejuk jeeee
rumah kayu kan

ni dorm kitorang

cun kan?

kena naik 106 anak tangga  untuk sampai.
cuba bayangkannnn...lepas penat buat aktiviti, terpaksa naik tangga nak balik dorm!

ok, berbalik pada aktiviti hari kedua,

pukul 6.30 pagi bekumpul, nyanyi lagu Negaraku dan lagu TNB.
eh, lagu Singapura sekali since ada peserta dari Singapura jugak..

lepas tu jogging..
penattt, lama tak besukan.

lepas tu pergi jungle tracking, tapi sekejap je..
sekadar pendedahan..
sebab esoknya, kami nak pergi jungle tracking yang sebenar..

lepas tu, kami disuruh untuk buat rakit menggunakan bahan bahan yang disediakan,


dan berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian hehehe

dah malas nak bercerita sebenarnya,

jom layan gambar!

Pemandangan waktu senja~


Sebahagian member member bergambar :P


Sedang bersedia untuk Jungle Tracking dan Camping pada keesokan harinya


bersambung lagiiiii

bila nak habis niiiiiii

:P

*sori....sebab tak reply lagi comments....shout...rina masih dalam proses menyesuaikan diri untuk menjadi seorang yang busy ni hehe....*


Read more...

Sunday, October 31, 2010

Outward Bound Malaysia, OBM (Part 1)

Rina ada cerita kan rina pergi OBM selama seminggu iaitu dari 23 Okt - 29 Okt.
OBM ni macam aktiviti lasak lah..camping, kayak, jungle tracking...
wajib untuk eksekutif baru TNB.
untuk maklumat lebih lanjut tentang OBM boleh klik SINI.


Sabtu 23 Oktober
First Day

Seawal pukul 7 pagi rina dah berada di UNITEN. Ramai jugak yang dah sampai.
Cepat cepat kitorang cop bas.
Dalam 4 - 5 jam perjalanan, termasuk berhenti di tempat rehat, kami pon sampai ke tempat yang dituju.
Sangattt cantik lah tempat dia..



Excited memang excited tapi berdebar debar gak..
yela..sampai sampai je dah dibahagikan pada kumpulan...
kami semua ada 130 orang..
nanti akan dibahagikan kepada 9 watch (group)
lepas tu dibahagikan pula kepada 2 groups.

Ini adalah sebahagian dari watch rina - Watch Tahan (Sempena nama gunung)


dalam watch ni, ada la yang rina kenal..
yang pakai baju hijau tu.
dia satu tempat kerja dengan rina.
Geng Bas Sekolah rina tuu..

So hari tu, takde ape sangat..
just penyerahan HP, Duit, IC dan makanan kepada Instructor.
serius tauu
tak boleh bawak HP seminggu!

tapi rina tak kesah pon...
cuma sedih tak dapat contact parent je lah.

lepas tu, sesi bermain game dan berkenalan.




Baju biru tu instructor watch kami - Ali.
memang sempoi~

dan ini target kumpulan kami untuk seminggu,

 tercapai tak?
bolehlah~~

hihi..

bersambung....


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top