Monday, November 28, 2016

Trip ke Sydney - New Zealand bersama anak-anak kecil - Day 6 - Milford Sound Cruise, Mirror Lake, ke Dunedin Holiday Park

Assalammualaikum,

Lama sangat ni baru nak update huhu...maaflah sebab terlalu busy...busy tengok cerita K-Drama Scarlet Heart. best tapi lama sangat satu satu episod...rabak mata stay up tengah tengah malam hihi..

ok jom sambung kisah New Zealand bersama anak anak kecil.

Bangun tidur, hujan masih membasahi bumi. tapi kami teruskan juga niat nak ke Milford Sound. Tiket pun dah beli secara online. Bangun-bangun terus gerak. anak-anak pun masih tidur. terus gerak ke tempat semalam. jalan masih belum dibuka tapi dah ada kereta bantuan. banyak juga motorhome, caravan yang menunggu. nak ke milford sounds juga tu.

sambil menunggu sempat saya goreng ubi kentang & sediakan sedikit bekalan untuk breakfast di atas cruise nanti.

Dalam jam 8am jalan dibuka. perjalanan ke Milford Sound dihiasi dengan pemandangan gunung ganang yang cukup indah. air terjun yang beku membasahi gunung ganang tersebut. apetah nama saintifik. rina pun tak hafal haha.




terowong ni hanya boleh dilalui sehala sahaja. kena beratur. pukul 8 malam akan ditutup.

feri yang kami naiki - go orange
 sebenarnya banyak je syarikat lain yang membuat perkhidmatan feri ni. tapi paling murah Go Orange sebab paling kecil dan paling sekejap. cruise hanya 1 jam 45 minit je. cukuplah kot. tu pun rasa dah lama.harga 55 NZD. tapi rina dapat diskaun hanya perlu bayar 35 NZD sahaja. nanti rina akan share cara-cara nak dapat murah ya di entry budget.



sarapan disediakan. tapi kami request for veggie. dapatla roti +cheese sahaja haha..tapi sedap je. roti tu panas n lembut. bekal pun ada dibawa.





Penuh air terjun macam ni jela sebenarnya. memang cantik tapi terasa bosan dan lama pula 1 jam 45 minit tu hehehe.
ada sea lion
dia je la paling happy



dah habis. jom balik. rina bagi 4 bintang. rina recommend untuk pergi tapi sekali pergi seumur hidup dah cukup :)



mirror lake yang tak berapa mirror sebab banyak itik..air pun bergolak


budak budak ni takut sebab lembu tu macam nak terkam haha


Perjalanan yang agak lama nak ke destinasi seterusnya iaitu : Dunedin.






Sampai pun dah malam. jom recharge tenaga untuk hari seterusnya~!

Read more...

Saturday, November 05, 2016

Trip ke Sydney - New Zealand bersama anak-anak kecil - Day 5 - Skyline Luge & Gondola Queenstown, DF Souvenir, Lake Wakatipu, Te Anau ke Milford Sound Lodge Motel

Assalammualaikum..

Hari ini bangun pagi dan masak breakfast untuk dibawa bekal. sebab ada aktiviti untuk pagi ni yang dijangka makan masa sehingga tengahari. Wajib bawa bekal sebab anak-anak ni mana nak makan pagi-pagi buta.



Hari ni kami akan menaiki Gondola & Luge di Skyline Queenstown. dekaaat je dengan Campsite ni. 5 minit dah sampai. Ada parking untuk motorhome disediakan. Actually dekat Queenstown ni memang banyakk aktiviti yang best-best dan adventurous ditawarkan. contoh macam stargazing, skydiving, water sports, buggy jumping...banyak gila. cuma kena sediakan duit je. tapi i think memang worth it. Cuma aktiviti yang boleh dibuat bersama anak kecil memang terhad lah.

So kepada sesiapa yang bawa anak kecil memang wajib naik gondola & luge ni. WAJIB. haa capslock ok hehehe. ini bukan sekadar naik cable car. sebab view dia memang super. Subhanallah 100kali pun tak cukup. nak gambarkan cantiknya ciptaan Allah ni. Allahuakbar.

Luge pulak macam ala-ala go-kart tapi lagi best. nanti rina cuba upload video kalau boleh. yang bestnya, baby lebih 1 tahun dah boleh naik Luge ni. so Deenina pun bolehlah join. tak perlu ibu dan abah gilir-gilir.


beg biru tu penuh bekalan, pampers & baju salin.

love all of you so much

lawa gila ok view from above


main dalam replika gondola
stunning view from above. kena view sendiri, baru terasa kerdil dengan kebesaran Tuhan

if only i live here...fall in love 


weols nak migrate sini can we?

laluan cabel car


suri hati mr engineer


10 juta gambar macam ni je


naik atas lagi

another family potrait

kakak takut jelly belly...tak bagi adik dekat..

susah le nak begambar pun

ada mainan masuk duit syiling leh angkut pasir

mr engineer. mandi tak ni bahaha

bersiap-siap naik LUGE. warna topi ikut size. kuning paling kecil. nampak tak chairlift tu. kena naik setiap kali naik Luge

pakai baby carier nak naik chair lift. risau ok, takde seat belt. pakai ni selamat sikit



cuba upload video pendek Luge..playla mana mana 1 kot dapat tengok..kalau tak dapat juga.. maaf ye...






Naik chairlift around 2 minutes..naik Luge dalam 5 minit.. kami dah beli siap-siap dari Malaysia. pakej gondola & 5 kali Luge. dapat harga diskaun. nak tahu macam mana? rina share dalam entry budget nanti ye.

Best gila naik Luge ni. laju dan view dia lain macam dari kita selalu naik (selalu kee). tapi tangan kena control so untuk rina yang lemah lembut ni (read:lembik) 2 kali naik terus give up haha.

so rina bagi je 3 round lagi dekat mr zauj. biar dia naik dengan Dareesa. seronok le dareesa, 8 kali kot naik Luge. Luge ni ada 2 track. satu scenic track & 1 lagi adventure punya. dareesa hanya boleh naik scenic track dengan ditemani org dewasa. kalau anak korang dah 4 5 tahun boleh dah naik sendiri sebenarnya. rmai je anak mat salleh main. rilek je tengok derang lepaskan anak derang ehe.

Deenina pulak sekali je main. sebab kesian plak dekat dia, helmet sampai tertutup2 mata dia hahah. omey sangat. so rina duduk jela tunggu mr zauj & dareesa habis main. nasib ada internet laju.


habis main mintak makan aiskrim. lapar le tu. tadi tak ingat nak makan
jom turun

 Lepas turun kami terus ke DF Souvenir untuk shoping souvenir. dekat aje. parking pun senang. ada parking side yang kosong tapi terhad sejam je. DF Souvenir ni adala tempat shoping paling murahhh di New Zealand. so korang datang sini, korang shoping sini cukup-cukup k. kang menyesal hehe

gambar takde sebab rushing. lepas membeli belah, kami kembali ke motorhome dan sempattt panaskan lauk untuk lunch semasa perjalanan hehe.

jalan macam ni tak boleh laju

tidor nganga nganga mulut haa

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Milford Sound. agak terlambat sebenarnya daripada plan.

wow...ada aeroplane on the lake lah ibu
stop kejap dekat Te Anau untuk tukar pampers dan baju budak2 sambil panaskan lauk.

hasil borongan biri-biri di DF Souvenir

nasi lemak takde santan hehe

semua gunung dekat je


Allah...sampai sini dalam pukul 5 petang tetiba tertulis jalan tutup pulak...katanya ada tanah runtuh..tapi sebenarnya ada dahan-dahan pokok yang patah dan mengganggu jalanraya akibat hujan.

Van Live Jucy yang depan ni dah tunggu dari pukul 4 petang...depa tu orang malaysia juga berbangsa cina...perempuan 3 orang...derang baru sahaja lepas jungle tracking so nak balik ke Milford Sound Campsite...tapi stuck di sini..

So rina nak suggest uols tak perlulah tidur di Milford Sound Campsite sebab takut jadi macam ni..lama juga kami tunggu sampai dalam jam 8 malam juga..hari hampir gelap...line takde..last-last member chinese tu ajak kami ke campsite di Hollyford..mereka pernah ke sana. so kami pun follow mereka...jalan nak ke situ agak teruk..dengan motorhome kami yang besar...risau juga



ini lah perjalanan kami untuk harini..instead of terus ke Milford Sound, kami ke Gunns Campsite
Takdela jauh mana campsite tu cuma tak boleh bawa laju..sampai sana ingatkan murah je..tapi agak mahal..30NZD per motorhome...takde power pulak tu..sedih..tak boleh nak caj handphone..mujur ada battery bank..

tapi takpela..dari tidur tepi jalan baik tidur di campsite..lebih selamat...

malam itu kami tidur dengan penuh harapan supaya cuaca cerah esok...tapi semua ketentuan Allah jua...hujan masih berterusan sehingga ke pagi...

Bersambung...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top