Saturday, December 03, 2016

Day 7 - Dunedin Holiday Park, Cadbury World, Baldwin Street, Moeraki Boulders, Oamaru Public Garden

Assalammualaikum,

Harini lewat sikit bangun. jam 7 pagi baru bangun. bangun-bangun terus siap-siapkan diri dan anak- anak. mr zauj pula uruskan hal motorhome & mendobi. lepas bersiap rina bawa dareesa & deenina ke playground berdekatan.

Dekat holiday park yang lain memang tak sempat langsung nak explore kemudahan yang ada. so dekat Dunedin kami decide untuk bagi can dekat anak-anak untuk bermain. Lagipun Dunedin Holiday Park ni memang terkenal dengan design yang menarik untuk kanak-kanak.


seronok ye depa dapat bergerak bebas. nampak cerah panas tapi hakikatnya sejuk jugak.



comel je ada bus stop untuk budak-budak


lompat sampai letih-letih. tak breakfast lagi time ni.





takut dengan patung tu. banyak patung patung macam ni dekat holiday park tu. tengok sekali nampak unik. tapi bila dah banyak tu, rasa seram pula kui2


prepare makanan untuk harini. rempah perapan bawa siap siap dari Malaysia

Lepas dah breakfast dan siapkan makanan untuk sehari, kami pun gerak ke destinasi seterusnya pada jam 10 pagi.

Actually kami dah beli tiket ke Cadbury World pada jam 9 pagi. tapi dah terlewat. harap-harap masih boleh masuk. rina baca kena beli siap siap sebab kadang-kadang slot timing yang kita nak penuh, nanti buang masa nak tunggu.

harga agak mahal tapi boleh diskaun. nanti rina share cara-cara nak dapat diskaun hehe


daripada luar nampak dah. nak parking paling senang parking dekat supermarket seberang. lupa pula namanya huhu. tapi hanya boleh 90 minit katanya.



Alhamdulillah boleh masuk. kami sampai dalam jam 11 pagi, dan kami diberi slot jam 11.30 pagi. sementara tu kami round pameran yang dekat luar. kalau korang taknak masuk kilang, boleh je tengok pameran ni je. bayar 5NZD je untuk tour dekat luar..

tapi kami masuk, sebab teringin hehehe. almaklumlah peminat cadbury =P


Nina tidor pulak.



boleh conteng conteng. nama ibu tulis. muka hantu tu dareesa lukis haha


bebudak tu takut dengan puppet kat belakang tu


masih takut..


dah habisss tour dalam kilang, masa tour dalam kilang kami tak dibenarkan ambil gambar. semua gadget dan beg perlu disimpan dalam locker. baby macam deenina perlu naik baby carrier macam dalam gambar diatas. pihak cadbury ada sediakan.

Rina recommend korang pakai je baby carrier yang cadbury berikan. sebab nanti mesti kotor dengan coklat huhu

tour dalam kilang banyak lah penerangan mengenai history cadbury, proses pembuatan, bisnes dan jenis jenis coklat. tapi kami tak dapat masuk tempat pemprosesan coklat yang sebenar.

sepanjang tour memang banyak gila dapat coklat. sorang 1 akan dapat 1 plastik coklat. so kami berempat memang penuh. ada juga part untuk kami buat coklat sendiri...muak kejap.anak anak pun comot dengan coklat. thats why pakai je baby carrier dorang bagi ehhe

so far tour okaylah untuk pengalaman sekali seumur hidup. untuk repeat memang tak. baik pergi tempat lain pulak kan


makan kejap dekat cafe cadbury dekat luar. then ada kedai souvenir cadbury.


lepas je habis tour dalam sejam kami cepat-cepat ke kereta. takut pula kena saman kalau lebih 90 minit. macam mana tah dorang tahu, tiket pun takde..

tapi kami tak terus gerak. rina panaskan lauk untuk suap dareesa & deenina dalam perjalanan. Mr zauj pula lari masuk supermarket kejap untuk topup apa apa yang patut.


Kami lalu je dekat Dunedin Railway station. tak turun pun..bagi kami biasa biasa je..

bandar dunedin


comel sekolah derang..


atas ni adalah Baldwin Street, Worlds steepest Street. tapi rasanya kebanyakan jalan dekat sini pun curam-curam. kami tak turun pun. lalu je..sebab anak anak dah tertidur...malas nak kejut pula..



dah kelihatan pantai...

kami singgah ke Moeraki Boulders. ada batu unik macam dalam gambar. mr zauj je turun...rina tak turun sebab malas nak angkut anak-anak.

then kami singgah di Oamaru Public Garden sebelum meneruskan perjalanan ke Christchurch.

semua takut dengan humpty dumpty




aman je rasa playground dekat sini...


longkang pun jernih




macam biasa, itik di mana sahaja di NZ hee

Our Lunch



setakat itu sahaja untuk harini =)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top