Tuesday, September 11, 2012

Trimester ke-2

Salam..adoi..saya tak paham apesal saya malas nak tulis blog, malas berbisnes dan malas buat research for master.

Adekah pembawakan anak atau sememangnya saya ni pemalas?? Ataupun bejangkit dengan suami haha! Ampunn banggg gurau jek ;p

Tapi hari ni nak update sikitlah. Alhamdulillah..rina da masuk trimester kedua. Dah 14 minggu kot? Ke 15 minggu? Lupo. Awal lagi la.. Tapi rasa masa cepat betul berlalu! Jap lagi 20 minggu. Lepas tu 30 minggu. Pastu beranak! Pitam *_* kuikui. Nervous!

Harap harap semuanya ok ok sahaja..semoga Allah selamatkan kandungan ini sehingga dia dilahirkan, lepas tu membesar menjadi manusia yang berguna pada agama dan negara :)

So far, trimester kedua..muntah muntah masih ada tapi jarang jarang. Sekali muntah mau 1 baldi yuck!

Selalu gak perut masuk angin..tekak rasa loya. Tapiii selera makan sudah ada! Yay! Cuma tak boleh nak makan banyak banyak sangat nanti loya tak hengat.

Alhamdulillah. Berat dah naik kembali walaupun 1 kg, rina bersyukur dari terus turun :)

Perut dah muncittt! Rasanya lemak je yang lebih, baby nye baru size sebiji epal je kot. Tapi perut da besar macam betik! Hahah.

Jerawat ke jeragat tahhh mula memenuhi muka..semua pon tegor! Adess..

Kadang kadang rasa perut sengal sengal.. Serius tak selesa..harap takde pape lah..

Kerap nak ke tandas. Malam malam boleh lak terjaga nak pegi tandas. Minum tak banyak ponn..mane datang air taktau

Malam cepat mengantuk. Lepas isyak pukol 8.30 terusss landing dan tidur. Nanti pukol 10 malam tetiba ada orang kacau kacau sampai tejaga ceit saje jeles orang nak rehat..

Asyik kena bebel aka dinasihati oleh mak dan para makcik tentang pantang larang semasa mengandung memandangkan rina still beraksi macam orang tak mengandung hihih. Jangan melompat! Jangan duduk macam tu! Jangan makan ni! Jangan minum tu! Jangan keluar senja! Jangan tengok kartun! Baik madam!

Haritukannn masa ke Bali. Adalah rina melawat ke satu temple ni..Bali kan famouss dengan temple cantik cantik. Tapi kami balik masa waktu senja..terlewat pulak. Tetiba jeee dalam kereta rasa seram sejuk dan rasa nak menangis sangat sangat. Rasa lemahh je. Terus peluk mr zauj bgitahu dia! Dia pandang takut dah. Terus bukak iphone suruh baca yassin. Dia pulak berzikir zikir. Alhamdulillah after a while perasaan tu hilang..adoi! Bahaya betul...

Nanti pasal honeymoon ke bali bila rajin rina cerita day by day ok? Taktaulaa bila rajin hihi...tapi BEST sangatsangat! Sangat romantik awww & relaxingg~

Ape lagi yee? Haa..in case la ada orang tahu...& nak share pengalaman, rina rancang nak bersalin di hospital pantai, kl dengan Dr. Idora. If sesape pernah terdengar tentang beliau please do share with me :)

Akhir kata, tq for reading! :)




- Posted using BlogPress from my iPhone

2 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

NuNU EeRa 11/9/12 4:28 PM  

congratz ya....
tu la kan.. i pun slal ttny2... mna dtg air byk2 yg asyik nk tkencing tu.. minum xla byk pun..

MyHaPpInEsS 12/9/12 10:45 PM  

sabar ya rina...tue semua ujian nanti dah ader ader penyeri disebaliknyer..kuatkan semangat k...

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top