Sunday, September 16, 2012

1 year already

Assalammualaikum :)

Dah setahun saat tu berlalu. Saat aku menjadi tunangan orang..eceh! Cam novel pulok.

Bila mengenangkan balik..macam kelakar jeee! Macam main main bertunang tu. sebabnya, baru je kenal berapa bulan then decide nak bertunang. Sumpah time tu takde pun perasaan cinta pada si dia yang sudah pun menjadi suami sekarang ni. Suami yang amat dicintai seikhlas hati, dunia akhirat..cinta sangat rasa nak mengalir air mata je time type ni lol emo.

Jodoh di tangan Allah, sudah pun ditetap di LohMahfuz lagi, sejak kita dilahirkan lagi. Rina sangat percaya yang itu. Sangat percaya pada takdir Allah & thats why i made the decision! Bertunang dengan mr zauj :)

Pada rina, tak semestinya hanya kerana cinta baru kita berkahwin dengan seseorang tu. yela..becinta sakan 4,5 tahon tapi kalau bukan jodoh & tak dapat bahagiakan kita macam mana nak kahwin kan?

Walaupun pada masa tu, feeling rina pada mr zauj biasa biasa saja tapi rina yakin perasaan cinta tu pasti akan timbul seandainya dia jodoh rina. Perasaan cinta itu kan datang dari Allah? Kalau mahu perasaan tu wujud jadi perlulah pilih pasangan itu kerana Allah juga.

Walaupun mr zauj bukan lah alim mana, bukan seorang ustaz atau imam muda ;p tapi entah kenapa rina rasa, kami boleh sama sama membimbing antara satu sama lain ke arah yang lebih baik.

Banyak sebab lagi kenapa rina memilih mr zauj..rina rasa serasi dengan dia as a friend. Rina suka cara dia approach rina (adalah caranya jengjeng!). Rina suka family dia walaupun hanya dengar dia cerita..rina nampak kelemahan dia..yelaa, kalau nampak kelebihan je tapi tak nampak kelemahan tak ke pelik? ;p semua manusia ada kekurangan yee..

Dan paling utama dia pun terus nak kahwin dengan rina time tu taknak couple couple dan sama sama percaya pada takdir Allah.

Isthikarah? Pastilah buat. Mimpi takde..tapi alhamdulillah, jalan buat kami jadi mudah sangat..

Bila dah bertunang, kami masing masing rasa pelik sangat. Macam cepat betul kami buat decision. Tak menyesal ke???

Dan kini genap setahun..jawapannya, TAK MENYESAL LANGSUNG. Hihi..:)

Semoga kebahagiaan dunia & akhirat menjadi milik kami berdua..amin..


- Posted using BlogPress from my iPhone

6 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

comeliness_zaty 16/9/12 10:29 PM  

happy for u..i hope my jodoh pn begitu :)

cimon 16/9/12 10:30 PM  

seriess...

moga kamu bahagia hingga ke Syurga.

(^_^)

Rina Lia (◕‿◕)✿ 17/9/12 12:53 AM  

Tq korg..smoga korg pun bahagia sentiasa :)

Terbang Bersamaku 17/9/12 9:44 PM  

semoga bahagia hingga akhir hayat..(^___^)

ellynadyra 27/9/12 3:27 PM  

semoga kekal bahagia sampai ke syurga....btw aku tgh entry ko pasal nsk selayang tu pi beli candy bagai...tq so much....sangat membantu! salam kenal!

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top