Friday, May 16, 2014

Persediaan dan checklist sebelum pergi menunaikan Umrah

Assalammualaikum. Nampak gayanya saya semakin rajin berblogging hehe..yang masih belum rajin, tulis thesis dan online bisnes hmmppph. Ok takpe. Harini saya just nak cerita tentang persediaan kami sebelum ke Tanah Suci Madinah & Makkah. Jadi hanya lah entry ringkas sahajalah. KOT? =P

Selain dari survey dan booking pakej, kami perlu buat visa & passport juga. Ye lah bukan selalu ke over the sea jadi passport pun dah berkulat dan expired hihi. Kami buat di UTC dekat Puduraya dekat dekat stesen bas pudu. Tempat baru. Agak selesa tempatnya tapi masih ramai orang. Tapi disebabkan ada Infant & Warga emas kami dapat Kaunter Ekspress. Yay, laju lah sikit. Dekat UTC ni semua ada, nak renew IC ke, lessen ke ape ke memang ada. Nak ambil gambar passport dan Visa Umrah pun ada. Make sure pakai tudung hitam ye, kalau tak kena tukar tudung warna hitam huhu…prosedur baru passport kot.




Pengisian borang dan dokumen dokumen lain memang Mr Zauj yang uruskan. I follow aje. Lepas tu kami ke PKNS Shah Alam untuk shopping time! Beli lah Seluar dalam panjang yang berpoket. Senang nanti pakai dengan jubbah. Boleh sorok Handphone & duit dalam tu. Sebab saya dengar ramai juga penyeluk poket. Huhu dekat tanah suci pun ada yang nak mencuri ye. Alhamdulillah sepanjang kami disana tak adelah kena curi pape…pernah tecicir kasut & wang tapi tiada sapa yang ambil dan kami jumpa semula.

Selain itu, saya beli stoking berwuduk. TAPI menyesal sangat sebab bila solat, akan terbuka tau. Nampak lah sikit kaki kita. Kalau Tawaf lagi bahaya, berjalan jalan buatnya terbuka aurat tak pasal kena buat semula. Nak kata kaki saya besar, size 5 je kot…entah lah..Kalau pakai dengan kasut memang tak ada masalah. So saya rasa tak perlu kot membeli stoking begitu. Beli stoking sukan warna hitam sudah. Tebal, panjang dan tak jarang.Handsock pun belilah yang betul betul menutupi aurat. Jubah pun banyak jual disitu. Harga boleh tahan mahal tapi pilihan memang banyak.

Kami juga ke Mydin Subang Jaya. Lebih murah juga lebih lebih lagi stokin dan stongan. Baju dalam dan seluar dalam berpoket pun banyak dijual untuk lelaki dan perempuan.

Untuk persediaan diri sendiri, saya juga ada membeli beberapa helai jubbah dari kedai online dan juga di jalan tar. Mungkin untuk orang lelaki atau perempuan yang tak menyusu & mempunyai size standard (body model =P) tak perlu lah membawa banyak jubbah ke sana. Sebab di sana terdapat banyak pilihan jubbah yang cantik cantik dan murah. Tapi saya tak yakin ada banyak untuk saya sebab saya memerlukan jubbah berbutang sebab nak menyusu. Lagipun saya ni kan rendang rendang si comel =P of course lah jubbah nanti meleret.

Jangkaan saya tepat. Nasib baik saya bawak baju yang banyak. Sebab hanya sehelai jubbah je yang saya rasa cantik, tak labuh dan berbutang tengah. Lagi 3 helai saya beli ianya hanya berzip sebelah..boleh laa separa BF friendly konsepnya hehe.. Labuh ok kot. Kalau size S, muat jelah badan rendang rendang macam kita ni, eh saya je kot hehe.


Bawa 2 skirt ni dan baju baju BF Friendly hehe

Haa lagi satu, sila bawa sepasang kasut yang sangat selesa untuk berjalan jauh! Saya beli di bata sahaja. Yang ada tulis COMFIT tu. Ringan dan selesa. Dekat Madinah juga ada banyak jual kasut yang selesa dan murah, boleh lah beli untuk spare if terhilang kasut ke?.

Korang juga boleh bawa spek mata hitam kalau datang pada musim panas. Sebab silaunya MasyaAllah..tak boleh buka mata tau..sepet sepet je kalau takde spek hitam…

Eh banyak pulak saya nak cerita satu persatu. Ok, mari saya share checklist saya untuk diri sendiri dan anak.

Barang kami (saya dan Mr Zauj)

1. Telekung (kain bawa sehelai je, muka bawa 3 helai)

2. Stoking (5 pasang)

3. Stongan (2 pasang)

4. Anak tudung (3 helai)

5. Anak anak hiks

6. Toiletries

7. Ubatan termasuk lip balm, sun protection, minyak luka, plaster, panaflex (koyok) dan strepsil

8. Kasut

9. Pengetip kuku dan gunting kecil

10. Pad & panty liner

11. Baju tidur

12. Baju jalan jalan

13. Bantal leher dalam flight

14. Botol air

15. Charger handphone

16. Tudung instant – saya memilih jenis Syria

17. Keronsang

18. Tupperware (tak guna pun)

19. Spek mata

20. Uncang selipar – sebab nak masuk masjid kena bawa selipar sekali..takut hilang atau misplaced.

21. Botol spray - untuk ambil wudu'  & basuh baby bila terdesak

22. sabun dan berus baju - penting! beli sabun serbuk Daia je yang kecik kecik tu

23. hanger & hanger payung

24. tag beg - mudah nak cari beg kita..ikat dengan reben besar besar

25. monopod =P

26. dettol sanitizer 


Barang Dareesa

1. Pampers seluar

2. Biskut dan nestum (biskut, kurma dan kismis berguna untuk dia makan (leka kan dia) time kita solat di masjid)

3. Slow cooker (tak guna ponnnn..sebab makanan hotel dah mencukupi..lagipun serius tak cukup masa…masa terluang memang untuk tidur sebab letih…lagipun tak jumpa pulak pasar jual bahan mentah huhu)

4. Tupperware (berguna masa nak buat oat)

5. Plastic zip (konon nak beli sayur sayur or daging..so tak guna)

6. Botol susu (berguna sangat)

7. Pam – charge full sebab malas bawak charger (bergunaaa)

8. Mainan – buku, ball, tulistulis..BANYAK ye saya bawak tapi saya rasa tak berguna. Dia lebih suka main MINYAK TELON atau PURSE SAYA dari semua tu huhuhu…if you know what I mean hehe…

9. Iphone Dareesa– sangat bergunaa..saya pasang masa solat tapi tak bunyi..dia layan je

10. Baju tidur

11. Baju lubang if demam

12. Baju jalan – semua jenis seluar je

13. Towel besar dan kecik

14. Selimut (berguna nak lapik dalam masjid)

15. Wet tissue

16. Botol air dareesa

17. Sabun basuh botol

18. Topi

19. Stroller dan baby carrier (keduanya berguna)

20. Toiletries - beli sun protection brand Buds & losyen butter brand palmers untuk elak kulit kering

21. kasut

22. plastik extra if nak buang pampers/asing baju kotor

21. Beras (tak guna langsung)


Itu je lah checklist...memang menyesal lah bawa slow cook haha..buat berat beg je...tapi sesiapa yang betul jaga pemakanan bayi, bawak je lah ye...saya pun jaga sebenarnya tapi tu lah memang tak sempat dan rajin =p ok je kot..Dareesa makan buah pisang, epal, orange, yogurt, koko crunch, bubur nasi, sup, fries...yang disediakan di hotel...kalau takde yang sesuai, saya beri oat brand nestle tu..ok je kot...insyaAllah takde ape..bila balik semula ke Malaysia, dia kembali makan bubur nasi yang kita masak tanpa garam, dia takde pula memilih..budak kecil lagi kan..mana lah tahu merasa sangat..tapi rasanya ada je yang pandai memilih dari kecil lagi...

mungkin sekiranya anda pergi waktu musim sejuk boleh tambah pakaian tebal seperti sweater dan sebagainya. saya pergi kesana pada musim panas iaitu suhu sekitar 40 darjah celcius huhu..

oklah tu aje untuk kali ini..wassalam

KLIK SINI UNTUK MEMBACA SEMUA KISAH BERKAITAN UMRAH 2014


Read more...

Thursday, May 15, 2014

Umrah bersama Tabung Haji Travel Pakej Topaz

Assalammualaikum semua..

Lamaaaaaanyaaaaaa tak berblogging! hampir sebulan! sebelum saya ke umrah lagi dan alhamdulillah sudah kembali dengan selamat dan hampir-hampir lupa dah pengalaman saya di sana. Biasa lah...semenjak ada anak ni, urat banyak putus hehehe!

Sumpah saya malas sangat sekarang ni. Mungkin sebab makin gemuk jadi makin malas. sobsob :(
Saya malas nak kerja..malas nak tulis thesis..malas nak uruskan bisnes online..malas nak berblogging..

Yang paling rajin ialah melayan anak saya, Zuha Dareesa yang dah berusia setahun 2 bulan hehe..comel sangat dia sekarang..makin manja..makin mengada-ngada...saya suka je..anak saya kan..kalau anak orang lain mungkin kena cubit sebab mengada sangat hahaha :p takdela. gurau je..

ok..sebelum saya penat menaip lepas tu jadi malas, baik saya start cerita sekarang...mungkin entry ini akan bersambung sambung ye..

Terdetik untuk menjadi tetamu Allah

Alhamdulillah..saya dijemput untuk menjadi tetamu Allah dalam usia yang masih muda. (27 tahun muda tak =P)..Sebenarnya sudah lama saya dan Mr Zauj berkeinginan nak menunaikan umrah..niat dipendamkan sebab duit masih belum cukup..sikit sikit kami simpan dalam tabung haji..dan berazam nak menunaikan umrah pada tahun 2014, iaitu tahun ini.

Jadi, bila masuk je tahun ni, terusss saya minta Mr Zauj survey pakej mana dan cepat-cepat book. Saya takut kalau dilengah-lengahkan, ada aje halangan. Yelah..nak membuat amalan kan, pasti musuh kita iaitu Syaitannirojimm sibuk membisikkan bisikan jahat supaya kita tak jadi...Memang saya akui bukan mudah untuk membuat keputusan walaupun niat tu dah lama...halangan pertama ialah kewangan..kami cukup dah simpanan tapi memang cukup-cukup..kalau pegi memang pokai lah terus..barang pula banyak lagi nak beli..hehe..barang apa? jangan ditanya..ada je lah benda nak beli =P Halangan kedua pula ialah kami mempunyai anak yang masih kecil...setahun 2 bulan..boleh ke nak bawa kesana...atau sanggup ke saya nak berpisah dengannya?

Survey punya survey, Mr Zauj propose dekat saya Tabung Haji Travel...Sebab utama katanya dipercayai dan terbaik...tapi saya menolak sekeras-kerasnya sebab agak mahal...Bilik untuk 2 orang hampir RM8k seorang! Uishhh macam nak pegi haji dah ni..mahal mahal..

Dalam masa yang sama, saya dengan tiba-tiba rasa nak bawa anak kami..Dareesa..sebab tak sanggup rasanya saya nak berjauhan dengan dia..tambahan pula dia masih menyusu saya...malam malam dia pasti cari saya kalau tak meraung raung...saya fikir,, nanti kalau kami berpisah macam mana tidurnya? lena ke? bagaimana pula tidur saya? confirm tak lena hehe...silap-silap demam rindu saya dibuatnya. lagipun leceh pulak nak pump kerap kerap di sana...dah la kena rajin pump, susu pula kena buang..yelah..bukan boleh bawak balik malaysia pun stok tu...tambahhh lagi..stok pada masa tu memang kurang..nak tak nak, sekiranya saya tinggalkan Dareesa, dia terpaksa minum susu formula juga...Jadi saya bersungguh nak bawak dia sekali...kemudian mungkin petunjuk dari Allah, ramai pula rakan saya yang membawa anak mereka menunaikan umrah dan juga saya berjumpa dengan kenalan blog baru yang juga berkongsi pengalamannya membawa anak ke umrah (saya akan perkenalkan dia kepada anda semua nanti). Dr Harlina pun bawa juga tau anak dia ke umrah. OK SAYA TEKAD NAK BAWA ANAK SAYA KE UMRAH! siap saya janji  saya sanggup tangguh penat lelah ketika menunaikan umrah tanpa sebarang rungutan =P akhirnya, mr zauj termakan dengan kata-kata saya hehe Yay!

Bila kami berdua dah bertekad nak bawa Dareesa sekali, jadi Mr Zauj pun memujuk saya untuk menggunakan khidmat Tabung Haji Travel kerana katanya lebih selesa dan hotel di Madinah dan Mekah sangat dekat. Lebih-lebih lagi di Mekah...hotelnya hanya 50-80m sahaja dari MasjidilHaram..
Sekarang kan, bukan mudah nak dapat hotel yang dekat...semuanya jauh belaka 600m dan ke atas...nampak dekat aje 600m, tapi percaya lah ia sangat memenatkan! dengan suasana yang berhabuk disebabkan construction sana sini, tambah musim panas terik (waktu saya pergi) memang mendugakan. Ramai yang jatuh sakit akibat dari habuk habuk construction..tapi alhamdulillah kami sekeluarga takde yang batuk ataupun sakit tekak ketika disana.

Ramai juga yang suggest untuk membawa "rakan wanita" untuk menemani saya. sebab sekarang di masjid (di Madinah & Mekah) dah asing lelaki dan wanita. Mungkin dulu boleh duduk bersama keluarga. tapi sekarang dah asing. memang berjauhan dan bersenderian kalau anda pergi suami isteri..tak boleh duduk bersama.jadi kalau saya bawa Dareesa, susah jugak tu nak handle dia sesorang di Masjid..

Oleh itu, pada mulanya mr zauj nak ajak salah seorang adik dia..tapi adik-adik lain jeles pulak haha..Kemudian, umi & abah pula nak ikut (ibu bapa mertua saya) tapi entah kenapa, tak jadi pula last minute...Di saat akhir, 2 bulan sebelum tarikh pilihan kami, Mak pula rasa nak ikut. Mak saya dah pernah ke sana 2x...abah saya pula belum pernah..Saya pun jadi excited nak ajak abah saya..dan pastinya mak saya sebab saya memerlukan "rakan wanita"..tapi malangnya duit mereka tak mencukupi..akhirnya selepas kira-kira, cukuplah saya untuk menampung separuh perbelanjaan mereka untuk ke sana. Alhamdulillah Mr Zauj juga banyak membantu dari pelbagai segi..Tanpa dirancang, akhirnya, Mak, Abah, Mr Zauj, Dareesa dan saya telah terpilih untuk menjadi TETAMU ALLAH! Syukur ya Allah..Syukur Alhamdulillah..
Saya mendoakan, dalam masa terdekat, adik-beradik ipar saya dan ibu bapa mertua saya pula dapat menjejakkan kaki ke TANAH SUCI dan waktu tu saya dan Mr Zauj dapat ikut sekali lagi, AMIN.

aiseh..panjangnya karangan saya..bersungguh pulak saya cerita satu persatu hehe...tapi sayang pulak kalau tak diceritakan..sebab ia sebahagian dari kenangan manis saya..terlalu manis aturan ALLAH..saya dapat ke tanah suci bersama orang-orang yang paling saya sayangi..alangkah baiknya andai keluarga Mr Zauj juga ada. Mesti perasaan lebih bahagia =)

Review Khidmat Tabung Haji Travel Pakej Topaz

Ok, kemudian dah 4 orang kan ikut..eh 5 orang termasuk Zuha Dareesa.
Untuk Tabung Haji Travel Pakej Topaz, 1 Bilik 4 orang, Harganya dalam RM7000 seorang. Murah lah sikit kan dari 1 Bilik 2 orang huhu...
Ada juga pakej Aqiq..murah RM1000 tak silap. tapi hotel di Mekah terletak kira-kira 600m dari MasjidilHaram.
Ada lagi pakej yang lebih UP dari Pakej Topaz hehe..boleh la anda tanya Tabung Haji Travel untuk maklumat lanjut.
Untuk Zuha Dareesa harga hanyalah RM1500...mungkin untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah..tak pastilahh..sorry huhu..

Tapi kan, kami dapat diskaun RM100 seorang sebab pergi Matta Fair, then minta diskaun hehe...haa kalau korang beli masa Matta fair dapat lebih murah..kami dah booked dah sebelum ke matta fair tak dapatlah murah..cuma ada manager dia kat situ beri kami diskaun..syukur..jimat RM400..

Hotel kami di Madinah dan Mekah, kedua-duanya bernama MOVENPICK Hotel. 5 star katanya. Ni gambar hotel di Madinah..di Mekah pun lebih kurang cuma luas sedikit kecil


Alhamdulillah, hotelnya cukup selesa dan bersih dan lengkap. segala kemudahan ada. Heater, aircond, TV, Iron, Fridge, Thermalpot, pantry. Makanannya pula sangat sedap dan terbaik lah. Macam makan di hotel 5 star Malaysia...Buffet. Ada bahagian Sup sup, roti roti, Dessert, air, kuih, nasi putih, nasi beriyani/arab...macam macam la..ada masakan malaysia..ada masakan arab..ada je ikan goreng, udang tepung, kambing tu wajib..macam macam la..memang kenyang sangat. Dan paling penting ada juga makan untuk dareesa seperti bubur nasi, koko crunch, buah-buahan, telur goreng/rebus, roti, potato, yogurt, sup...Alhamdulillah...takdela kelaparan dia hehe..cuma segala gula, garam dan ajinamoto memang terpaksalah...huhu..nasib baik bila balik Malaysia, makan balik bubur tawar dia suka je hihi..Good Girl..

Service hotel-hotel ni pun sangat bagus..walaupun sentiasa ramai orang mereka masih menjaga kualitinya. Dan yang paling penting adalah jarak dengan masjid. di Madinah, memang turun je hotel terus masuk pagar kawasan Masjid Nabawi...Manakala di Mekah, hotel ini terletak dalam Bangunan Menara Jam..


Keluar aje menara jam ni, jalan terus 5 minit terus masuk Masjidil Haram terus nampak Kaabah =) Nak balik pula, keluar masjidil Haram, cari saja menara jam..masuk terus naik lift ke hotel. sangat mudah..memang memudahkan untuk yang bawa anak..tak perlu jalan jauh, tak perlu melalui habuk construction, tak perlu berada di bawah terik matahari dengan lama...
Kalau nak ke masjid seorang diri pun takde masalah...Mr Zauj, abah, mak dan saya sendiri pernah ke masjid seorang diri..sebab kadang-kadang saya bergilir dengan mak/Mr Zauj jaga dareesa di hotel..kadang-kadang abah rasa nak beriktikaf di masjid jadi dia kesana lebih awal..kadang-kadang kalau letih atau nak ke tandas, Mr Zauj balik dulu hotel..memang senang dan amat memudahkan..InsyaAllah tak akan sesat dengan Izin Allah..

Di bawah hotel pula, iaitu dalam menara jam ini terdapatnya Shopping mall..banyak sangat kedai-kedai branded dan juga kedai kecil-kecil jual jubah, kedai makan, fastfood, semuanya ada..farmasi ada, pasaraya pun ada..semua terletak berdekatan..ada 1 pasaraya Dawood di bahagian kiri menara jam...hampir dengan Hilton Hotel..bestt..banyak makanan arab..ada coklat sedap! Flutes namanya!




ok, selain hotelnya terbaik, Tabung Haji juga bagus dari segi pengurusan jemaah..mutawif juga sangat baik dan membantu..bas yang disediakan juga sangat selesa.




Mutawif kami orang indon tapi fasih berbahasa melayu..beliau menetap di Mekah..Hensem ehehe..tapi Mr Zauj 10kali ganda lagi hensem lah =)

Tabung Haji Travel beri juga beg besar warna hijau..besar..muat semua hasil borongan seberat 30kg hehe..Dareesa pun dapat beg, so kami bawa 5 beg =P lagi, kami dapat beg galas yang boleh tarik dan juga beg sling kecil untuk dibawa kemana-mana. Dapat telekung bagi wanita dan tshirt bagi lelaki.

Oh ye! flight yang kami naiki ialah Saudi Air..Alhamdulillah, saya dapat Bassinet untuk pergi dan balik. ini dia bassinet tu :



Hehe..untungla...dia sorang aje dapat baring baring dalam Flight 8 jam tu! best tau tempat duduk bahagian ni..sebab ruang kaki lebih luas..boleh lurus-luruskan kaki...Toilet dalam flight ni lengkap walaupun sangat kecil. mungkin susah sikit bagi mereka yang berbadan besar,,so far untuk saya ok lah..ada juga salin pampers Dareesa sebab dia macam rimas. Makanan pula 2 kali dan boleh tahan...tak selera sangat sebab letih kan..

Apa lagi ye..itu je kot untuk buat masa ni..nanti kalau ada lagi saya akan tambah di entry lain..letih pulak menulis...

overall saya tidak menyesal untuk membayar lebih. khidmat yang diberikan oleh TH Travel saya sangat puas hati..InsyaAllah ada rezeki lagi pasti saya akan menggunakan khidmat TH Travel sekali lagi dan semestinya Pakej Topaz...Bagi saya, badan perlu sihat dan tak letih baru lah kita selesa dan kusyuk dalam menunaikan ibadat...=)

Next entry saya akan cerita pengalaman saya dari hari ke hari..dan juga cabaran membawa Zuha Dareesa! =P

KLIK SINI UNTUK MEMBACA SEMUA KISAH BERKAITAN UMRAH 2014

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top