Sunday, February 08, 2015

Percutian ke Shanghai

Assalammualaikum... macam biasa lamaa tak tulis blog hehe tapi rina rasa rina perlu jugak catatkan sedikit kenangan mengenai percutian rina ke Shanghai, China pada hujung januari lalu.

Alhamdulillah, rina diberi rezeki untuk menjejakkkan kaki ke sebuah negara lagi. Sebenarnya mengikut mr zauj bekerja di sana. Company tempatnye bekerja (malas sebut haha) hantar dia ke Shanghai selama 2 minggu lebih. Tapi rina join masa hujung hujung nak habis tu. So pergi sendiri tapi balik sama-sama. Mula-mula nak bawak Dareesa sekali tapi atas beberapa faktor rina dan mr zauj decide untuk tinggal Dareesa di Kelantan. Antara faktor2nya - nak wean off susu ibu (will story more about this later), musim sejuk dan keadaan Shanghai yang tidak sesuai untuk bayi, supaya rina dapat berehat secukupnya sebelum menjadi ibu kepada 2 anak tak lama lagi..
Kenapa sampai hantar kelantan kenapa tak tinggal aje di KL? Sebab rina tahu Dareesa mesti lagi happy di Kelantan dan pastinya dia takkan ingat ibu dia bila dekat sana :') biar ibu je rindu k..

Selasa 27 Jan 2015

Pagi-pagi rina dan dareesa dah di airport subang nak hantar dareesa ke kelantan. Gigih tak nak hantar anak? Lepas tu malam dalam jam 8 malam flight ke klia..sebab flight ke shanghai adalah pada pukul 1 pagi 28 jan. Rupanya sangat menyedihkan nak berpisah jauh dengan anak. Sangat. Will not do it again. Ever. Never and ever ever unless terpaksa hahaha..tapi hari pertama jela..hari seterusnya rina ok. Dan nampak hikmahnya :')

Rabu 28 Jan 2015

Rina naik Mas. Flight jam 1 pagi. Sampai dalam 6 pagi. Flight tak ramai orang so boleh tidur baring sebab takde orang sebelah. Ngantokk! Dapatlaa tidur 2 jam. Dalam risau risau naik kapal terbang, rina redha pada ketentuan Ilahi. Ajal maut ditanganNya. Sampai-sampai terus ke imigresen. Senang je nak lepas. Owh, China ada visa ye. Atleast seminggu sebelum pegi la buat. 4 hari berkerja baru siap. Kalau nak ekspress kena bayar mahal gila. Rina punya Visa, mr zauj yang setelkan.

Masa sampai rina terserempak dengan Sheila Hamzah hahahah 1 flight ghopenye. Nak ambik gambar tapi dia lembab. Rina dah penat so ikut je mr zauj balik. Mr zauj jemput naik teksi...sampaisampai hotel rehat jap then mr zauj bawak jalan jalan sekeliling hotel which is dekat dengan YuYuan Garden dan sebuah mall.

Lepas tu after lunch dia terpaksa pergi kerja. Malam balik dia bawak rina pergi makan di sebuah restoran halal berdekatan makan mi tarik. Ampunnn tak masuk selera langsung. Pengsan! No more mi tarik for me huhuhu.

Alaa..baru hari pertama..penat dah taip..terpaksa buat by part le gini huhu entah bil nak sambung...so jom layan gambar pulak..

Hotel..hotel free sebab mr zauj kerja kan hehe..siap dapat family room lagi ada ruang tamu. Tak mintak pon tapi memang kontraktor yang beri. Alhamdulillah rezeki. Nama hotel lupa. Lols.

Mi tarik yang buat ku mual pening kepala erghhh tak sedapp


Yuyuan garden waktu siang

Yuyuan garden waktu malam


Yuyuan garden. K tu je malas dah upload. Susah updet pakai phone. Bai bai bai

1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Dewi Aja 16/5/15 8:44 PM  

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top