Friday, August 24, 2018

Mattel Warehouse Clearance Sale 2018 memang berbaloi !

Assalammualaikum semua..

Dah lama berlalu tapi rina nak share juga di sini buat sesiapa yang mencari info berkaitan dengan Mattel Warehouse Clearance Sale ni.

Actually rina dah terjebak dengan sale ni semenjak ada anak lagi. dah 3,4 kali kot pergi sebelum ni. Sebelum ni, Warehouse dibuat di The School, Jaya One. tapi untuk tahun ini, depa buat di sebuah shopping mall baru, KL Getaway. I'm okay with both since dekat je. Both place parking okay. bukan macam Mid Valley hehe

Semua barang Mattel akan berada lah untuk sale ini. maksudnya toys, baju, kasut budak. tapi for this year, toys je ada.

untuk tahun ni, yang rina Nampak brand yang ada ialah Barbie (lotssss of it), Fisher Price, Hot Wheels, Thomas & Friends, Megablock, Pixels, Starwars, lain-lain rina tak ambil peduli haha.

since tahun lepas depa tak buat, so tahun ni bila rina Nampak banner dia, rina dah sangat excited & counting the days..siap apply cuti okay.

Hari 1st dalam pukul 9am rina dah start beratur seperti sebelum-sebelum ni juga. Alhamdulillah dapat jadi 1st batch to enter the warehouse. Best gila haha.

I'm not a personal shopper, sebab pregnant sekarang ni, tak mampu wei. so I'm only buying for myself je... tapi ada terambil lebih sebab tak boleh buat pilihan pada hari tersebut hehe

Ok jom layan gambar..

menyesal ambik 4 je hahaha

beli jugak ni, x bukak lagi. murah sangattt

untuk bakal baby pon ada hehe

beli, tapi dah letgo sebab budak2 ni tak berminat

dah beli dan letgo juga sebab terlebih budget

ni best sangat. anak2 memang suka sangat

ini beli dan letgo jugak sebab terlebih budget. now menyesal hahaha

dah beli, rambut semua dah mengerbang pon si nina tu buat..huhu..RM25 je ni..murah sangat nak banding kedai wei..

beli 4 je..2 ingat nak bagi birthday girl masa Gojes Family Day nanti...anak2 aku dapat tengok je haha

ni best giler. boleh buat railway sebesar alam. semak rumah jadik hhaha

tak beli langsung. tak minat. takde anak lelaki

ada 4 set loose item macam ni. tapi ku rembat 2 je..

ni best sangat. berbaloi

ni meja makan. kita simpan sampai Barbie punya rumah siap. ibu ingat nak DIY guna kotak kasut HAHA

buaian. ni comel n murah jugak. Chelsea murah2 je

banyak sangat jenis Chelsea, ibu ambik 2 ketul la simpan untuk masa depan haha

kasut wei..takkan tak beli. ni pon simpan sampai anak dah faham erti cermat haha

ni besar sangat. dah letgo jugak. ambik rm5 je upah. mampu? orang lain ambik puluh2 PS haha. sebab iols bukan PS. malas.

ni beli sebab ada Thomas. yey..start dah kumpul Thomas pulak. ada member ajar beli motorized Thomas, begerak guna battery, hahaha anak2 suka. ibu abah suka jugak.lol..ibu abah bejiwa kanak2 gini lah..

and the friends..

boleh main bubble sekali. ni simpan untuk reward bila2 perlu or hadiah birthday anak2. simpan2

loose item, baju, accessories Barbie murah murah. simpan sehingga rumah Barbie siap haha
 
 
sekian..
 
untung anak-anak dapat ibu suka toys ni haha..ibu memang suka, puas rasa, anak-anak happy, ibu join sekaki main, bonding time, quality time with them..ibu enjoy play together, seriously haha..
 
yang penting one toy at one time. simpan semula. jangan bagi hilang. sorting baik-baik.
Alhamdulillah, dah didik anak semenjak kecil. anak-anak dah terbiasa dengan rules ibu.
 
mula-mula memang tak akan dengar. tapi sampai satu masa, u will be very surprised, bila mereka buat tanpa disuruh..Alhamdulillah..

Read more...

Wednesday, August 15, 2018

Selamat ulangtahun yang ke -31

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah harini genaplah usiaku 31 tahun..
 
Syukur pada Allah dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, diberikan kehidupan yang bahagia, dipermudahkan segalanya..
 
tiada apa lagi ingin ku pinta melainkan kebahagiaan ini berkekalan selamanya..
 
tetapi kehidupan bukan suatu yang pasti. mungkin akan ada liku yang perlu aku lalui..
 
aku berharap agar waktu itu, aku kuat dan sentiasa redha pada ketentuan-Nya..
 
semoga aku menjadi seorang muslimah yang sentiasa ingat pada-Nya..
 
semoga orang disekeliling ku sentiasa dilindungi Allah selalu..
 
dekat sini, kompilasi gambar-gambar dalam handphone Redmi ku untuk kenangan masa depan..
 
tak banyak selfie, penuh gambar anak-anak je haha
 
 

 
anak sulung yang cantik. like ibu like daughter


 
rakan yang baik

 
bos yang memahami


tudung bokitta yang express. tiberr



 
anak-anak yang menghiburkan

 

 
keluarga yang bahagia

 
suami yang terbaik

 
pegi sunway lagoon

 
mak yang disayangi




 
saying mak walaupun asyik bergaduh

 
rezeki yang diluaskan

 
baby bump

 
selfie di klinik

 
gemuk dan selebet, takde hal, ibu malas bersiap pregnant kalini

 
thanks to 360 apps

 
kegembiraan

 
rezeki family mertua yang baik
 
Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Segala puji hanya untuk-Mu
Semoga aku sentiasa mengingati-Mu
Maafkan segala kelalaian dan dosa-dosa ku..
Pupuk kan rasa cinta ku pada Mu melebihi segalanya.
Ameeeenn.
 

Read more...

Tuesday, August 14, 2018

Review : Indoor Playground The Kids di The School Jaya One sangat menarik!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua,

Ini review tak berbayar ye. (macam ada orang nak bayar aku buat review kan! HAHA)

Rina memang rajin bawak bebudak ni pegi indoor playground sebab rasa lebih bersih dan selamat. So antara banyak-banyak indoor playground, rina palingg suka yang dekat The School Jaya One ni. baru je bukak sebenarnya.

Kenapa suka The Kids ni?

1. Lokasi di The School Jaya One, tak sesak, senang parking, ada parking khas untuk family, ladies.
2. Playground memang sangat besar. ada 5-6 ruang yang berbeza. memang luas tak crowded.
3. Ada free Massage chair untuk parents.
4. The school tak besar so tak perlu jalan jauh-jauh. surau dan toilet yang selesa.
5. kalau weekend selalunya ada banyak aktiviti untuk kids, macam free petting zoo, free pet exhibition. besttt

Cuma harga agak mahal la sikit. tapi berpatutan sebenarnya.



ok Jom layan gambar-gambar yang tak seberapa anak-anak rina ni
















free je tau massage chair ni
 


ni jenis kecik. banyak lah massage chair ni ada around 8 kot
 

segala game ni memang free je, tak payah coin
 





 FREE KORANG. MAINLAH BERAPA ROUND PUN









Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top