Sunday, December 15, 2019

Tempat sesuai untuk family day di Melaka - 12 bilik, private swimming pool, BBQ, tepi pantai

Assalammualaikum semua..

Panjang tajuk. Senang orang nak search hehehe..

Di mana kah tempat itu?

D'chalet Ombak Biru, Pengkalan Balak, Melaka


Apa yang tertulis dan tergambar dalam facebook, memang itu lah kita dapat



Ada kemudahan bbq untuk disewa


Kemudahan khemah kami ambil dari catering


Ada banyak gazebo


Ada dapur dekat tengah2


Lepak pagi petang siang malam


Paling best untuk budak2 ada swimming pool lah



Ada 2 bilik family (2 katil queen-RM200) dan 10 bilik deluxe (1 katil queen-RM150).
Boleh rent toto sekiranya perlu. Bawak dari rumah pon boleh. Ruangnya luas, cukup untuk 1/2 orang tidur bawah..

Selain tu :

- bersih dan baru sahaja renovate
- ada mini bar
- mengadap laut, walking distance dengan pantai
- swimming pool pun memang bersih
- tak dalam. Sesuai untuk budak2

Alhamdulillah.. Memang recommended.



Sekian, terima kasih. 


Read more...

Wednesday, December 11, 2019

Review Hotel : Valya Hotel Kuala Terengganu - murah dan lengkap

Assalammualaikum semua..





*Review Hotel*
1. Location : kuala terengganu
2. Hotel Name : Valya Hotel
3. Rating ⭐ : 5/5
4. Price Range : RM100-RM150
5. Breakfast : No
6. Pros : murah, bersih, dekat dengan kedai2, butik2, restoran, spa, sebelah ada mydin mall besar.  Ada lift. Walaupun just a shop lot, tapi deko cun macam hotel 4stars.
7. Cons : parking sendiri2

Selama ni selalu duduk primula beach hotel atau TH hotel.. Tapi ada kawan recommend hotel ni. Try lah. Sekaliii memang terbaik. Cantik dan lebih baru dari primula. Dan walking distance dengan mall dan kedai kedai. Sangat memudahkan. Lepas ni, memang akan duduk sini jelah 👍👍

Read more...

Saturday, November 23, 2019

Review Frozen 2 : Sesuai ke untuk anak kecil usia 6 tahun dan ke bawah?

Salam semua :)

Setelah sekian lama, akhirnya Frozen 2 yang ditunggu tunggu dah pun keluar. Anak anak pulak memang hantu frozen (1). 100x ulang pun takkan jemu. Sebagai ibu yang hover (haha), rina siap belikan derang costume frozen.

So untuk mengekalkan status ibu yang hover, bila keluar je tiket untuk frozen 2, rina antara yamg pertama beli. Seminggu awal ye! Siap beli tumbler frozen hehe.


Mula mula harusla bergambar dulu



Beli set popcorn tumbler dapat susu jugak
Vanilla tu sedapp

Tumbler. Bebudak suka

Review ikhlas :
Sangat best!! 
Better than Frozen 1!!
Graphic kebabomm
Jalan cerita bestt
Penuh dengan laguu
Ada kelakarr yang betul kelakar (bukan lawak bodoh cam kartun melayu, sorry) 
Ada sedihh
Especially part ibu ayah dan sisterhood
Paling penting anak2 rina seronok sangat. Dareesa (6tahun) dan nina(4tahun) fokus tengok siap ketawa dan nangis bila part sedih hehe. 

So sila lahh tengok. 
abaikan je review orang kata tak sesuai untuk kanak2. 
Cerita ni sesuai tapi perlukan pengawasan sahaja. 
Semua cerita perlukan pengawasan kan hehe

Serious rasa nak tengok lagi sekali. Tak puas dengar lagu huhu

Sekian #mypersonalreview


Read more...

Tuesday, May 21, 2019

KLINIK DR HAZWAN KAJANG : Proses Cair dan Sedut Kahak Bayi Batuk

Salam semua. Lama kan rina tak tulis blog. Tapi rina nak tulis sikit berkaitan dengan klinik ni..

Nak dijadikan cerita, anak rina, zafeef yang berusia baru 5 bulan, batuk berjangkit kakak2 nya.. Batuk baru seminggu dan TAK DEMAM. fully breasfeed dan feeding normal.

Tapi disebabkan bunyi kahak membuatkan hati rina runsing, rina pon google2. Pendek cerita jumpa lah klinik Dr Hazwan yang kononnya recommended ni

Sampai2 ada sorang patient. So kejap je tunggu. Counter orgnye indon baik. Doktor pun baik. Dia educate kami suami isteri tentang batuk dan tanya history batuk zafeef.

Tiada family member masalah athma or ezema
Tidak demam dan aktif seperti biasa
Batuk baru seminggu
Saje datang nak cek takut lebih teruk..

So, dia cek katanya lung clear. Tapi dia ajak neb dan kemudian sedut kahak. Pertama kali pengalaman buat kami. Sebab kakak2 nya tak pernah lagi sis bawak sedut.



Prosedurnya menyakitkan. Sebab zafeef hanya akan menangis kalau dia sakit sahaja! Bayangkan masuk tiub sampai hampir ke perut. Dengar pun rasa perit. Lama pulak tu. Huwaaa seriously rina menyesal. Video dan gambar takde.

Kemudian setelah clear kahak, dia terangkan dia akan bagi ubat bersesuaian dengan umur bayi.

Sesungguhnya rina taknak ubat tetapi tidak terungkap. Mulut macam terkunci haha.

Ketika ambil ubat, sempat jaga counter promote product2 nya.

Ubat yang rina dapat memang banyak. Ubat batuk, selsema, radang dan antibiotik. Semuanya katanya sesuai dengan bayi umur 5 bulan..









Hambik.. Ubat2 ni memang baru buat rina.. Tak pernah nampak. Maklumla, anak2 before ni mana pernah makan ubat before 2y..bila rina rujuk beberapa kenalan doktor dan juga kenalan yang biasa dengan ubat2an ni semua macam terkejut dan advice jangan bagi.. Sebab zafeef bukan demam or batuk yang teruk.. Tambahan dia kecik lagi..

Semua sekali rawatan dan ubat2 harganya RM275. Fuhh berpeluh jugak nak bayar walaupun boleh claim..

Okaylah tu je nak cerita. Bukan untuk memburukkan klinik sebab doktornya baik. Hanya untuk rujukan para ibubapa yang buat google search tentang rawatan ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Sejujurnya rina takkan buat neb lagi.. Apetah lagi sedut kahak tu.. Rina akan teruskan dengan spray sterimar nasal spray dan sedut secara manual. Kalau demam tinggi, rina akan rujuk hosptal terus.

Ok bye

Read more...

Tuesday, December 11, 2018

Pengalaman melahirkan anak ketiga yang diberi nama Muhammad Zafeef

Assalammualaikum & Hi all,

Alhamdulillah hari ini dah hari ke-14, cahaya mataku yang ke tiga hidup di muka bumi Allah ini. Semuanya baik baik sahaja. Cuma ibu perlu kuat semangat menghadapi cabaran pantang hehe..

Ingin rina coretkan sedikit kisah tentang kelahiran Muhammad Zafeef (yang terpuji, yang pantas) dari sebelum mengandung sehinggalah proses kelahiran Muhammad Zafeef yang ditunggu tunggu ini.

Sebelum Mengandung

Zuha Dareesa sudah berusia 5 tahun dan Zuha Deenina berusia 3 tahun. Alhamdulillah puteri puteri yang mudah dijaga, pandai bawa diri walaupun agak manja. Oleh itu, kami decided, eh saya decided 😜 sudah tiba masa nya untuk kita cuba zuriat yang ketiga. Pastinya kali ini kami inginkan zuriat lelaki. Pelbagai tips termasuk cara pemakanan dan juga kiriman doa ke mekah dibuat semasa proses usaha mendapatkan zuriat.

Semasa Mengandung

Pendek cerita, Rezeki Allah murahkan dan permudahkan, rina disahkan mengandungkan anak lelaki, perasaan of course excited dan penuh harapan. Proses Mengandung dirasakan terlalu lama sebab awal sangat tahu kot? counting days. berat memang naik 10 kg sahaja tapi sebab awal dah gemuk maka berat kalini mencecah 71 kg iaitu berat paling berat dalam sejarah rina hahaha. 😆

Sangat letih membawa perut yang berbentuk bujur ke hadapan. Kurang selera makan. suka makanan manis. Nothing special. Sehingga minggu ke 38 saya diberi MC untuk berehat di rumah.

pada mulanya nak bersalin di kelantan tetapi atas sebab sebab tertentu rina rina mengambil keputusan untuk bersalin di Hospital Pantai KL sahaja.

Proses Kelahiran 

(perenggan ini dah dikarang dari day 1 bersalin sedikit demi sedikit sehingga hari hari ini)

Ahamdulillah..tepat 40minggu, hari due date iaitu 28/11/2018 jam 3:40am, rina selamat melahirkan bayi yang ke 3 yang diberi nama Muhammad Zafeef yang membawa maksud yang terpuji yang pantas.. Seberat 3.44kg,  secara normal tanpa induce dan epidural!☠️

Walaupun dah baby yang ketiga tapi ini kali pertama rina bersalin tanpa epidural! 😂

Allahuakbar  luar biasa sakitnya..hanya Allah yang tahu..😫😫


27 November (sehari sebelum)

Pagi tu rina bawak Dareesa & Deenina untuk join sebuah kelas playgroup di area rumah Bandar Saujana Putra. Lepas tu, sempat lagi singgah Star Grocer area rumah untuk beli air kelapa dan aiskrim. Mr Zauj pergi bekerja.

Balik rumah dah terasa seperti contraction..sakit cramp di bahagian bawah perut dan pangkal paha secara berkala..tapi tak pasti berapa minit sekali. Sebab terlalu sibuk handle bebudak tu, suap makanlah, nak aiskrim lah, sibuk kemas dapur bersih bersih. Lepas solat zohor baru ada masa cek interval..10minit sekali..sakit datang dalam 50s. tak terlalu sakit. Terus minta husband balik kerja bawak ke hospital or rumah mak yang lebih hampir dengan hospital..

Pendek cerita sampai rumah mak dah azan asar..so decided nak solat dulu..contraction yang tadi setiap 7 minit jadi 10 minit semula .dan masih bearable..so tggu solat maghrib dan seterusnya isya pulak….

lepas isya contraction still sama..every 10 minit dan tak sakit mana..so kita tdor dulula..paksa anak anak tdor awal..dalam pukul 9 semua dah tidor..rina pon sama..

Jam 11 malam terjaga, rasa contraction yang makin sakit. cek interval still setiap 10 minit. Tak turun tanda tapi macam tak sedap hati. Kejut mr zauj ajak ke hospital. Dalam 12 lebih, kami ke hospital..

28 November (Rabu, Due date)

Sampai sampai terus ke Labour room dan cek ctg & bukaan.  masa ni interval dah setiap 4 minit. Entah bila dari 10 turun ke 4 minit, tak terkira dah.

Tengok tengok dah 5cm bukaan. Terus rasa takut sangat 😅..mintak epidural. Nurse kata boleh tapi perlu registration and takes time. Maybe tak sempat. Kami mintak proceed jugak.

After setengah jam nurse datang cek bukaan dah 7cm. ketuban belum pecah. Nurse kata dia nak cek dengan doc boleh epidural tak. Doc kata tak boleh dah, biasa anak ke 3 kejap je 10cm. so nurse pujuk untuk try gas je dulu..masa ni sakit every 1-2 minutes. Sakit nya ya Allah!! 😫😫😫

Sedut gas memang tak kurangkan sakit tapi boleh buat kita lalok.
Nurse cek lagi bukaan dah 8cm. ya Allah!  Sakitnyaa. Tak pernah rasa sakit macam ni. Sebab sebelum ni epidural. Ini adalah pertama kali rina rasa kesakitan yang luar biasa. Tiba tiba macam dah takde interval, sakit tu datang bertalu talu. Sakittt!! Rina sedut gas, mr zauj usap kepala, nurse urut belakang bahagian tulang bontot tu.

Makin sakit tak tahan sangat, rina peluk kepala mr zauj sambil dia berselawat dan suruh istighfar. part ni memang kelakar ingat balik.orang lain pegang tangan je, rina terpaksa peluk kepala dia baru rasa calm huhuh

ada jugak rina berpaut pada tepi katil, nurse cakap jangan nanti jatuh. Nurse suruh mengiring dulu. Tak boleh push sebab belum 10cm.
nurse cek lagi baru 8cm. ya Allah lambatnya nak 10cm. boleh saya push nurse? Saya dah tak tahan..macam macam rina merepek meraban, nak epidural, nak operate hahah..mr zauj suruh istighfar.
Doc baru sampai, cek bukaan baru 8-9cm. doc kata, kejap je lagi. Masa contraction nurse suruh bukak kaki nak cek bukaan sambil cek baby dah dekat mana. Allahuakbar, seksa sangat masa ni. 2-3 kali gak la..sebab lambat nak 10cm..

tak lama lepas tu terasa air ketuban pecah sendiri. Sambil terkencing sekali sebab sakit..berpeluh dan  Menggigil tangan tangan. Sumpah rina bukan seorang yang tahan sakit. Low pain tolerance, I am. serius rasa nak black out tu.😥

tiba tiba dah 10cm, doc masuk, terus letak kaki kat katil dan suruh teran bila sakit. Tapi  masa ni keletihan..dah takde daya nak meneran. Makan kurma air zam zam. Give up beberapa kali dan YAY alhamdulillah keluar baby boy seberat 3.44 kg tepat jam 3.40am. sakit sangat tapi bila keluar, terlalu lega. Walaupun terasa perit akibat koyakan.

lepas tu sempat mintak delay cord clamping..dan kemudian nurse letak baby atas dada masa nak jahit..jahit pun sakit..terasa jarum bius..dan masa jahit bahagian dalam mmg terasa tapi boleh tahan lagi..
lepas tu cuci darah, sedut kencing. Sakit ngilu sampai kejang kejang kaki. Lol..RINA THE DRAMA QUEEN.😌😌😌

sekian pengalaman melahirkan anak ke 3 rina..paling sakit tapi sebenarnya Allah permudahkan…dalam labour room hanya lebih kurang 3 jam..
syukur semua dah berakhir. Buat masa ini, harapnya adalah terakhir lah hehe..😏😏

Ok lanje sikit gambar masa baru lahir. lain lain ofcourse dekat instagram saje.




thanks for reading!





Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top