KLINIK DR HAZWAN KAJANG : Proses Cair dan Sedut Kahak Bayi Batuk
Salam semua. Lama kan rina tak tulis blog. Tapi rina nak tulis sikit berkaitan dengan klinik ni..
Nak dijadikan cerita, anak rina, zafeef yang berusia baru 5 bulan, batuk berjangkit kakak2 nya.. Batuk baru seminggu dan TAK DEMAM. fully breasfeed dan feeding normal.
Tapi disebabkan bunyi kahak membuatkan hati rina runsing, rina pon google2. Pendek cerita jumpa lah klinik Dr Hazwan yang kononnya recommended ni
Sampai2 ada sorang patient. So kejap je tunggu. Counter orgnye indon baik. Doktor pun baik. Dia educate kami suami isteri tentang batuk dan tanya history batuk zafeef.
Tiada family member masalah athma or ezema
Tidak demam dan aktif seperti biasa
Batuk baru seminggu
Saje datang nak cek takut lebih teruk..
So, dia cek katanya lung clear. Tapi dia ajak neb dan kemudian sedut kahak. Pertama kali pengalaman buat kami. Sebab kakak2 nya tak pernah lagi sis bawak sedut.
Prosedurnya menyakitkan. Sebab zafeef hanya akan menangis kalau dia sakit sahaja! Bayangkan masuk tiub sampai hampir ke perut. Dengar pun rasa perit. Lama pulak tu. Huwaaa seriously rina menyesal. Video dan gambar takde.
Kemudian setelah clear kahak, dia terangkan dia akan bagi ubat bersesuaian dengan umur bayi.
Sesungguhnya rina taknak ubat tetapi tidak terungkap. Mulut macam terkunci haha.
Ketika ambil ubat, sempat jaga counter promote product2 nya.
Ubat yang rina dapat memang banyak. Ubat batuk, selsema, radang dan antibiotik. Semuanya katanya sesuai dengan bayi umur 5 bulan..
Hambik.. Ubat2 ni memang baru buat rina.. Tak pernah nampak. Maklumla, anak2 before ni mana pernah makan ubat before 2y..bila rina rujuk beberapa kenalan doktor dan juga kenalan yang biasa dengan ubat2an ni semua macam terkejut dan advice jangan bagi.. Sebab zafeef bukan demam or batuk yang teruk.. Tambahan dia kecik lagi..
Semua sekali rawatan dan ubat2 harganya RM275. Fuhh berpeluh jugak nak bayar walaupun boleh claim..
Okaylah tu je nak cerita. Bukan untuk memburukkan klinik sebab doktornya baik. Hanya untuk rujukan para ibubapa yang buat google search tentang rawatan ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Sejujurnya rina takkan buat neb lagi.. Apetah lagi sedut kahak tu.. Rina akan teruskan dengan spray sterimar nasal spray dan sedut secara manual. Kalau demam tinggi, rina akan rujuk hosptal terus.
Ok bye
6 footprints here! Thanks! (◕‿◕):
Salam dari Tangerang, Indonesia.
Donay's Daily Blog
Pendapat sy better buat sedut kahak ni awal2.. sebabnya kalau biar lama2 nnt akan jadi lebih teruk.. anak sy pun mula2 sama mcm ni. Lastnye sesak nafas. Bila gi hospital lg kesian nak tgk dgn pasang wayar tiub oxygen wayar tiub susu lg. Sedut apatah lg. Menyesal pun ada masa tu sbb x bertindak awal.������
salam puan,anak saya berumur 22 hari sewaktu membuat rawatan sedut sekali dgn ubat.dan skrg alhamdullilah x da masaaalah kahak lagi..tentang ubat dan bayaran sy jg x da masaalah ,asalkan anak sya sihat ..kalau di baca lagi statement puan..staff dr klinik tuh bkn dari indon,mereka berasal dari sabah semuanya..sbb sya bertanya dan tidak menyampaikan benda yg kurang sya tau tanpa usul periksa..next time nak buat blog buatlah betul2 ye puan..doktor staff baik2 spt yg puan notice dkt atas cuma penyampaian kurang memuaskan dek kerana harga yg berpeluh puan nak bayar tuh,hmmm k lah tu je nak komen.semoga dimurah kan rezeki dipanjangkan umur puan..amin.
Ya ade juga betul.. Cuma tak kritikal pun waktu tu.. Kahak belum sampai ke paru2.. Jadi mcm xperlu pun ye.. Anyway thanks for the comment :)
Terima kasih atas komen. Ini pendapat saya ya. Mungkin lain orang lain pendapatnya. Thanks nway 😁
Saya pun pernah buat dekat sini sebelum tu anak saya dah sampai tahap Setiap minggu neb 2,3 kali last2 admitted dekat kpmc seminggu bil dalam 2k tu pun saya mintak nak keluar monitor sendiri kat rmh masa ni pun baby still kahak banyak demam pun still on off last2 kawan rekemen sedut kahak kat sini mmg procedure mcm puan cerita nampak agak menyakitkan Tapi doc terang dia Sakit masa Awal tu je lps tu baby selesa je cuma anak saya menangis rimas org pegang kepala tak boleh nak pusing2 Alhamdulillah lepas tu anak saya sampai skrg umur dah 2 tahun tak pernah khahak tak pernah kena neb lagi smapai Sekarang .. Tp tuhla mungkin procedure ni sesuai dgn anak .waktu tu anak umur 8 bulan dia dari dlm pantang lagi sebenarnya dah ada berkahak cuma masuk 6 bulan tu makin teruk .. Tapi alhamdulillah jumpa klinik ni 😅
Post a Comment