Pulau Perhentian bersama anak kecil - Naik boat
Assalammualaikum...
:: Pulau Perhentian Besar ::
Bersiaran dari pulau perhentian ni...malam takde aktiviti sangat sebab kami tinggal di Pulau Perhentian Besar...sebab lebih privacy, lebih sunyi dan chalet lebih selesa ada elektrik...kalau Pulau Perhentian kecil dengar dengar chalet takde aircond...tapi lebih murah..sesuai untuk backpackers..dan lebih meriah..lebih remaja hehe.
So kalau datang dengan anak anak better tinggal di Pulau Perhentian Besar..banyak chalet cantik cantik.
Kami pilih Cocohut chalet. Seaview. Turun turun laut. Tengokle gambar dekat bawah ye. Tak boleh nak susun susun sebab guna apps je.
::Naik bot::
Kitorang naik bot menggunakan servis Pokman. Pokman ni kawan abah mertua rina. Dapatla diskaun sikit. Kalau uols nak dapatkan servis pokman boleh call beliau 019-912 5151 ..pokman boleh urus booking hotel sekali. Dapat murah sikit berbanding kita booking pakej.
Boat yang digunakan agak kecil. Memang melambung lambung kitorang. Macam naik roller coaster. Berzikir zikir rina hehe..dalam setengah jam sampai..alhamdulillah dareesa & deenina rilek je tdor sepanjang perjalanan..agaknya macam dibuai2 tambah angin kuat tak boleh nak bukak mata haha.
Rina beli siap siap dah jaket pelampung depa. Dareesa punya dari Mr diy..RM10 je. Deenina punya dari tesco. RM 15.
Dekat jeti ada jual jugak tapi mahal berganda..
Risiko naik boat memang ada..macam naik kereta pun ada risiko..untuk mengurangkan risiko kita beli siap3 pelampung yang sesuai untuk anak kecil..yang pihak boat sediakan semua untuk orang dewasa je..
::jeti::
Jeti ada dekat pulau2. Tapi kena panjat sikit..pakai seluar ok. Beg pulak bawak beg galas je. Jangan beg tarik pulak. Jenuh nak tarik atas pasir hihihi.
Kitorang siap bawak gulai daging dengan nasik. Makanan deenina & dareesa lagi. Maklumlah nak jimat. So harini save lah sikit.
Ok tu jee buat masa ni. Si adik dah tidor. Ni nak tidorkan kakak pulak.
Selamat malam..
1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):
Assalamualaikum. Cute je anak-anak. Nak tanya, masa ni bulan berapa ya? sebab nampak lawa :D
Post a Comment