Sunday, August 07, 2016

Bercuti ke Vienna, Austria bersama anak kecil - Day 9 - Jalan jalan di kota Vienna

Assalammualaikum..

Harini kami bangun awal pagi. Masak siap siap untuk dareesa & deenina. Sebab nak berjalan seharian harini. Lepas mandi dan makan kami pun terus bersiap dan menuju ke schonbrunn palace. Saja pergi 1st sini sebab sini je yang jauh sikit dari tengah bandar. Attraction yang lain semua di tengah bandar.





Hihi gambar banyak dalam gopro..lupa nak ambik..


Bagi rina, di vienna naik metro dah cukup. Tak perlu HOHO bus pun sebab attraction semua dekat dekat..stesen metro pun stroller friendly ada lift..tak seperti di Budapest..

Kad yang kita beli untuk menaiki metro valid juga untuk tram dan bus. Valid sehingga 2 jam tak silap. Tram yang round 1 bandar adalah tram D & 1 (kawan yang cakap) tapi rina tak naik pun sebab masa tu tak tahu kad metro kami masih valid untuk tram..

Ok sambung..pagi2 sampai di schonbrunn palace ni..dekat sini ada zoo juga tapi kami tak pergi sebab hanya ada masa sehari je nak.explore vienna..so kami hanya bergambar sahaja disini..

Sangat luas dan ramai betul pelancong..mujur datang awal.pagi..tengahari lagii ramai..

Lepas puas bergambar, kami menuju ke tengah bandar vienna..sedih semua kedai memang tutup pada hari ahad kecuali kedai souvenir. Tapi ok juga. 1 sebab boleh jimat duit. 2 sebab boleh jimat masa. Kalau tak mesti sibuk nak masuk tiap kedai kann






Dekat sini ada je kedai halal..fruit smoothies..belila pisang ke..susu..biskut ke
.untuk kudapan anak. Air kosong jangan lupa..ada 1 restoran seafood namanya Nordsee memang famous disini. Bolehla nak beli fish & chip, udang goreng tepung..sedap..jangan beli dekat cawangam yang kecik sebab macam tak.fresh sangat..

Di sini kami berjalan ke parliament, dan beberapa palace/church/monument yang famous dekat sini. Tak ingat dah nama nama semua..

Singgah taman..ni gambar last sebelum battery habis...malas pulak nak minta gambar dari mr zauj..next time ye


Ada juga terserempak.budak.malaysia yang study di germany..berjalan2 pusing europe berdua..best giler..apsal la rina dulu takde kesedaran nak bertravel..dah beranak pinak baru hegeh hegeh pegi sana sini hehe

Dalam jam 5 kami dah balik sebab penat sangat dan kesian dekat anak anak. Sampai je hotel  terus mandikan derang dan bagi makan.

Malam kami.akan ke rumah seorang sahabat blogger rina, anis.Tak pernah bertemu anis tapi  memang sangat membantu. Mula2 plan nak tidur malam ni di rumah dia tapi plan berubah sebab beberapa faktor - esoknya train awal.

Jadi anis kata dia nak datang ambil kami untuk dinner di rumah dia dan kemudian hantar kembali. Baikkann?





Ni anis..dia kirim tepung serbaguna, gula melaka..rina bagi serunding juga..

Sedap dia.masak..terasa macam di malaysia pulak.hehehej

Rina siap bungkus lauk untuk kami lapik perut esok pagi pagi hehr

Thanks anis sebab baik hati..semoga berjumpa.lagi kita..

Okla penat menaip..sambung




4 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Unknown 7/8/16 10:21 PM  

Sama2..thanks jgk sudi bwkkan gula melaka n tepung goreng tu..rindu ayam goreng pasar malam sebenornya...insyaallah kalau rezeki ke Vienna lagi jangan lupa roger2 ya

Rizziela 8/8/16 9:02 AM  

bestnya.. bila la nak merasa g sana kan

Chekgu Azrine 12/8/16 10:47 AM  

jauh2 hah jumpa...alhamdulillah jumpa anis yang baik hati...

Unknown 4/8/19 10:16 AM  

Hai assalamualaikum sis.. Nk tnya vienna OK tak klu bertudung.. Nxt week nk g sana

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top