Sunday, August 07, 2016

Bercuti ke Vienna, Austria bersama anak kecil - Day 8 - from Budapest to Vienna

Assalammualaikum..

Alhamdulillah sekarang dah selamat punn di Malaysia. Selepas dah tulis hari ke 6 haritu terus mood updates blog ke laut haha..sekarang nak update dah lupa dah..malas pun iye. Tapi nak habiskan jugak.

So memang ringkas je lah. Day 7 just duduk rumah je memang tak ke mana. Mr zauj pergi kerja. So rina rilek2 aje dengam anak anak. Packing2 baju sebab Day 8 kami akan ke Vienna, Austria.

Breakfast di hotel

Buat bubur deenins

Kami ke sana menaiki keretapi tempatan. Boleh terus direct beli dari website OBB tak silap. Mr zauj yang uruskan pembelian. Harga boleh tahan mahal bila convert duit kita. Pergi balik dalam rm600 (kot) lebih 2 dewasa kanak2 free.

Stesen keleti, budapest
 Tiket beli online sila print siap siap ye
 Tak boleh tunjuk pakai henpon je..
Jenuh cari kedai nak print

Masa pergi kitorang tak beli seat..mujur ada seat..

Mahal juga..darab 5..


Keretapi ni okla selesa. Laju memang laju. Dalam 3 jam kami sampai vienna. Seat boleh beli atau boleh duduk je mana mana. Rina advice pada yang bawa anak kecil beli seat sebab penuhh kot train. Ada yang duduk atas lantai je..so better beli. Kadang2 kita dah dapat seat, tiba2 ada orang datang cakap dia dah beli seat ni. Terpaksa lahh bangun. Nak cari seat lain dah takde..penuhh


Dalam train ni ada cafe tapi better bawak bekal dari hotel siap2. Ada meja mcm dalam flight. Dan ada part yg 4 org duduk sekali. Lain train lain cara susunan.

Bagi kitorang ok je. Alhamdulillah anak jenis behave. Mengada sesikit tu normal lah. Agaknte bunyi train tu buat depa mengantuk macam didodoi2. So masing2 tdor jugak dlm tu.

Gambar2 lain dekat hp mr zauj..next entryla rins tunjuk


Pemandangan mmg awesome. Banyak gile windmill. Ada beratusss bijik besar2 semuanyaa. Ada ladang sunflower..ladang jagung..seronok lah tengok.

Sampai2 je ktorang cek in hotel star inn berdekatan metro stesen haupbanhhof puihhh susah gle nak sebut nama2 tempat dekat sini hehe. Hotel ni sangat selesa..cuma shower takde pintu dan berdinding kaca. Ha kalau pegi suami isteri takpe. Kalau ada orang lain susahla sikit hihi. Harga dalam rm300. Kalau beli siap2 di booking.com dapat murah lagi.



Sampai2 kami masak2 dulu bagi anak makan. Dah petang baru kami keluar dan ke tgh2 kota vienna..kedai dekat vienna pukul 6 dah tutup..so kami sampai kebanyakannya dah tutup kecuali kedai souvenir..

Kawan kami yang tinggal di vienna cakap hari ahad semua kedai tutup..harini sabtu..dan esok ahad..tak dapatla kami nak bershoping walaupun duit takde hehe







Jalan2 kejap dekat kota vienna. Terasa penat sangat jadi kami decide untuk balik hotel semula...

Bersambung..


0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top