Wednesday, August 24, 2016

Bercuti ke Vienna Austria bersama anak kecil - Day 10 - Dari Vienna ke Budapest ke Dubai

Assalammualaikum

Just a short entry.. Hehe. Mood update dah kelaut tapi entry bercuti kena habiskan!

So harini pagi buta dah bangun masak2 nasi gerak budak budak, suap depa kenyang kenyang. Lepas tu terus packing dan bersiap. Pukul 7.30 dah check out dan terus gerak ke stesen keretapi.

Kami akan kembali ke Budapest untuk kejar flight ke KL (transit Dubai) dalam jam 6 petang.

Ini memang kesilapan. Patut ambik flight daru Vienna je. Hmm takpelah..pengajaram untuk next time.

So perjalanan yang sangat panjang. 3 jam naik train, sampai budapest dah ada teksi yang menunggu sebab memang dah book awal awal. Kami direct ke airport untuk check in.

Tak lama kemudian naik flight dan terus ke Dubai untuk transit 1 malam. Sampai dubai dalam 12 malam. Terus check in hotel berhampiran. Ada shuttle bus percuma dari airport ke hotel tersebut. Nama hotel lupa dah hahaha tapi harga rm200++ je. Best ada 2 katil queen. Sampai je hotel dalam pukul 2 pagi, terus pengsan!

Memang gila sikit. Sebab tak henti henti dari pagi. Mujur anak tidur je dalam flight. Yang jadi bertambah gila tu bila kena naik bas dalam airport dubai. Dari flight nak ke terminal ketibaan. Jauh sesangat macam nak balik kampung dah. Dah lah takde seat. Anak2 pulak tengah tidur. Stroller dalam luggage..bayangkan kena bawak beg hand luggage sambil dukung anak 2 orang..

Boleh pulak nina menangis nak menyusu masa dalam bas.huru hara. Hahaha

Anyway kami saja je transit dubai sebab nak jalan jalan dubai pulak. Ok jom layan sikit gambar..leceh la upload gambar..sebab update pakai phone je..


Masa ni dalam flight

Masa ni dalam train ke budapest

0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top