Saturday, September 24, 2016

Bercuti ke Vienna Austria bersama anak kecil - Day 11 - Dubai dan Balik Malaysia

Assalammualaikum..

akhirnyaa..entry terakhir untuk percutian kali ini hehehe..

Dubai. serious tak sangka boleh sampai sini. dulu teringin sangat nak ke sini. konon tempat orang kaya-kaya la. teringin nak tengok lifestyle orang sini. kaya sangat ke.

memang kaya. tiada ragu lagi hahah. tengok beg tangan & dress up anak je boleh tahu. nak tengok baju depa pakai semua samaaa je. jubah,purdah..lelaki pon sama.semua jubah putih dan berserban

tapi tak dapat nak tengok jalan raya yang penuh kereta mewah..rumah-rumah derang..tak sempat.

kami hanya sempat ke The Dubai Mall je. sebab dekat dengan Burj Khalifa. Bangunan tertinggi di dunia. selain tu, kami sempat ke Dubai Aquarium & Underwater Zoo. merupakan salah satu aquarium yang terbesar di dunia (konon). tapi entahla. rasa macam overprice. sorang lebih kurang RM100. kalau lebih 3 tahun pun kena...jadi kami kena bayar untuk  3 orang. RM300. pengsan mak.

Dubai mall ni besar jugak. ada banyak kedai branded. semua mahal-mahal. tak yah lah beli. souvenir pun mahal..sebelum datang sini memang rina ada google, ada yang suruh ke premium outlet yang berdekatan lebih murah..tapi kami tak sempat..

pagi pagi kami dah bangun dan ke airport..kami simpan luggage dulu dengan kos lebih kurang RM70 which is rina rasa satu kesilapan..sebab boleh je check in awal..kaunter dia bukak 24 jam kot..kami baru sedar petang tu huhu

lepas tu kami naik train dari airport direct ke Dubai Mall..burj khalifa boleh jalan kaki je dari situ. tapi panasnya ya Allah..so kami ambil gambar dari mall je..

lepas setel semua kami balik semula ke airport dan kembali ke malaysia yay!~ok jom layan gambar

cantik airport dia..hebat sikitt je dari KLIA..tapi KLIA ada train laju..depa guna bas je nak naik flight hukhuk

breakfast di dubai mall..paling murah...paling murah pun nak rm60 makan secoet ni

dalam aquarium..gambar yang best dalam go pro..tak save lagi




ada tour ke lab,,cara-cara membiakkan ikan

yang penting anak-anak enjoy..taknak keluar huhu

gambar ramai-ramai guna go pro..tak save lagi haha..ini je ada..burj khalifa

ini makan buffet dekat dubai airport...sebab transit lebih 4jam, kami dapat voucher makan free..boleh pilih mana-mana restoran yang kita nak..so kami pilih yang buffet...okla..tak banyak choice tapi kenyang

0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top