Saturday, October 22, 2016

Trip ke Sydney - New Zealand bersama anak-anak kecil - Day 1 and 2 - Homestay Melayu Sydney, Circular Quay & Airport Lodge Motel, Christchurch

Assalammualaikum semua,

Kami bertolak pada 12 Oktober 2016 iaitu awal musim bunga di New Zealand. Memang sengaja pilih musim bunga sebab tak pernah lagi merasa musim bunga di mana-mana. memang pilihan yang tepat sebab persekitaran sangat cantik ketika musim bunga.



Flight haritu dijadualkan lebih kurang jam 9 pagi waktu Malaysia. kami menaiki Air Asia sebab paling murah hihi. Walaupun rumah kami dekat sahaja dengan airport iaitu hanya setengah jam perjalanan tapi kami pergi awal juga iaitu dalam 6.30 pagi dengan teksi. Biasalah, dengan anak-anak kena awal baru tak rushing nanti.


lepas sahaja check in luggage, baru rina mandikan dan siap-siapkan Dareesa & Deenina. Breaksfast roti dan susu dahulu. nanti dalam flight kami ada order makanan. makanan disediakan 1 kali sahaja sepanjang 8 jam perjalanan. Boleh je bawa bekal naik flight. declare saja ketika scan.cakap makanan bayi.


Dalam jam 5 petang waktu Malaysia kami tiba di Sydney. Sydney cepat 3 jam so masa tu dah 8 malam. Kami dijemput oleh seorang warga malaysia yang menetap di Sydney. Dia memang menyediakan homestay untuk sesiapa yang berminat. boleh search di Facebook : Homestay Melayu Sydney. ada beberapa pilihan homestay. kami pilih yang ini : https://www.airbnb.com.au/rooms/8721153?preview . bilik kami adah 2 queen beds. share rumah dengan host family. kira bedroom jela dapat. toilet semua kena share. tapi rumah dia dekat sahaja dengan airport. so airport transfer murah. dia ni ada la bekas professor di UITM. dia menetap di sini bersama isteri dan 3 orang anak lagi. baik orangnya dan very helpful. Dia juga menyediakan makan malam sekiranya kita order. semua ok cuma mungkin tak berapa best sebab perlu share toilet. kena pakai menutup aurat lah nak ke toilet hehe. tapi takpe, sekadar untuk satu malam memang berbaloi. harga pun murah berbanding dengan hotel lain di sekitar airport. harga rina akan share di entry budget nanti, inshaAllah.



Esok jam 8 pagi kami dah gerak. Naik train terus ke circular quay. Jauh juga homestay dgn train. Mujur depa tumpangkan naik kereta. Breakfast juga disediakan tapi kami tak sempat nak makan so kami tapau. Makan dkt depan opera house.



Lepas makan kami terus naik boat dalam jam 10.45 pagi menuju ke Manly Island. kami dah beli siap-siap ticket di bookme.com dapat murah. tapi sebenarnya tak perlu beli sebab ada je public boat yang lebih murah harganya. wajib tau naik boat di circular quay ni sebab boleh nampak opera house & harbour bridge dari pelbagai sudut. cantik!




Sampai sahaja Manly Island kami turun sekejap dan ambil public boat. Sebenarnya kami tersilap. patut takyah turun. terus je kembali ke Circular Quay senang. sampai sana dah pukul 12.45 pm.






besar gile cruise ni

Oleh masa suntuk kami bersepakat nak jalan-jalan je dkt circular quay sampai jam 2.30pm then naik train pulang ke homestay semula.


Jalan jalan sampai sesat hahaha

Sampai homestay terus bersiap-siap mandi dan solat. Jam 4pm kami ke airport. Makan bekalan di airport. kami order siap-siap dari owner homestay tu. akak tu masakkan ayam grg kunyit n ayam sweet sour. Dalam jam 6.45pm flight berlepas ke New Zealand.

unik train diorang 2 tingkat


owner homestay





Sebenarnya, banyak lagi tempat di Sydney yang tak dapat kami explore as expected. tapi takpe, kalau ada rezeki boleh datang lagi, inshaAllah.

Setelah 3 jam perjalanan, kami tiba di airport Christchurch, New Zealand. waktu menunjukkan 12 malam. 5 jam cepat dari waktu Malaysia. Masa dalam flight, borang untuk delcaration ada distribute dan kami dah siap-siap declare makanan-makanan yang kami bawa. dengar cerita New Zealand lebih strict dari Australia. kami siap sekali dengan list makanan bersama ingredient. tapi pegawai tu tak tengok pun. macam tak strict sangat.sebenarnya, selain makanan mentah, New Zealand benarkan sahaja makanan lain masuk asalkan di packing dengan baik. maklumkan sahaja semua tu hanya paste & seasoning. rina siap bawak ikan bilis goreng & sambal ikan bilis, siap tumpah lagi haha. tapi dia ok je. antara makanan lain yang rina bawa - perencah nasi goreng, kuah segera Brahim, paste tomyam, minuman 3in1, biskut, maggi dan sardin. Ada sekor anjing yang buat pengecaman bau tapi kami berjaya lari jauh jauh dari anjing tu hihi.

Lepas sahaja beg diperiksa kami sepatutnya keluar melalui lorong scan tu tapi kami tengok panjangnya beratur, so kami just keluar je tanpa scan hahah. ini satu kesilapan.

lepas keluar tu baru tersedar lupa nak ambil stroller, maklumlah nervous nak kena cek beg. terus mr zauj pergi masuk dalam semula sementara rina tunggu di luar bersama anak-anak. tak lama kemudian nampak mr zauj bersama 2 orang polis kastam datang. rupanya mereka datang nak periksa kami sebab kami tak lalu scanner tu. mereka kata ianya satu kesalahan besar. kami berulang kali minta maaf dan mengatakan tak sengaja. mujurlah mereka bagi pelepasan dengan warning. risau weiii kena denda ke kena tangkap ke. huhu


sebenarnya kami plan nak tidur di airport je sehingga esok pagi. tapi bahagian departure hall tutup pula dengan gate. kami ada dengar di bahagian departure hall ada ruang untuk sewa bean bag dan tidor. NZD20 per family. dekat arrival hall memang takde tempat tidur langsung. kecik pulak tu. nanti tak pasal-pasal kena halau pulak. dah la baru lepas trauma nak kena tangkap. tambah pulak dareesa sibuk ajak naik teksi "jom pergii..jom pergi.."kesian pulak...Deenina pulak sedang tidur dalam baby carrier dan asik mengeliat. nak tidur golek-golek atas katillah tu. terus kami membuat keputusan nak tidor hotel jam dan hampir 2 pagi masa tu. nasiblah rina ada buat research tentang hotel budget di sekitar airport CHC iaitu Airport Lodge Motel. bgusnya motel ni sebab ada 24 hours free airport transfer dan antara yang termurah walaupun sangat mahal iaitu $199 untuk 3 orang. Deenina dikira infant. Dareesa dah perlu extra bed. Dekat je dengan airport dalam 5 minit sampai.






Smpi hotel tukar pampers budak2 n bg mnum milo panas sikit. Kami mkn megi sikit. Dlm jam 3am. Smua dipaksa tdor. Cantik hotel dia. siap ada ruang tamu dan dapur. bilik ada 2. boleh muatkan 4 orang dewasa.

Nyenyaklah tdor malam tu sampai jam 7 pagi esoknya. so kepada sesiapa yang ada anak kecil ni, tak perlulah bercita-cita nak berjimat dan adventurous sangat. kesian dekat anak-anak nanti huhu.


0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top