Trip ke Sydney - New Zealand bersama anak-anak kecil - Day 3 - Pick up Motorhome Maui ke Lake Tekapo Motels and Holiday Park
Assalammualaikum,
Harini memang liat sangat nak bangun. yela, semalam dah lah tidur lewat..dapat pulak katil empuk. cuaca pulak sangat sejuk sebab hujan gerimis..menguji sangat!
Tapi sebagai seorang surirumah (cewah!) rina gigihkan diri bangun, mandi grrrr. menggeletar walaupun hot shower. lepas tu packing semula segala beg dan sediakan sarapan pagi - buat milo panas cicah biskut 4 segi je.
Lepas tu terus kejut mr zauj untuk bersiap dan call airport transfer hotel. anak-anak tak sampai hati nak dikejut, jadi terus angkut je masa nyenyak tidur. yang kakak terus terjaga, yang adik masih diulit mimpi.
kami minta untuk dihantar terus ke pejabat motorhome instead of pergi airport terlebih dahulu sebab masa tu jam pun dah lebih 8 pagi, takut nanti nak kena tunggu pick up van motorhome datang pukul 9 pula untuk next trip. mujur lah driver tu okey. dekat je pun pejabat motorhome dengan airport dalam 5 minit perjalanan.
kami tengok semua motorhome ni combine 1 pejabat kecuali JUCY. kami memilih MAUI sebab menawarkan harga yang termurah pada tarikh pilihan kami. ia juga dicadangkan oleh seorang rakan kami yang baru sahaja pulang dari New Zealand waktu tu. selain MAUI macam macam lagi company yang menawarkan khidmat motorhome ni antaranya JUCY, Britz, kiwicampers dan pelbagai lagi. tapi antara yang paling famous MAUI lah. kena pilih yang famous sebab takut ditipu kot kot takde heater ke, naya kan. JUCY pon famous tapi sumpah tak lawa design motorhome dia. funky sangat haha.
proses pengambilan MAUI memakan masa agak lama hampir sejam. ada beberapa borang perlu diisi dan penerangan untuk beberapa perkara. antaranya kalau lebih 2000km akan ada caj tambahan tapi boleh ambil pakej untuk lebih 2000km siap siap so lebih jimat. tapi perjalanan kami untuk 6 hari & 5malam tak lebih pun 2000km.selain tu, kami ada ambil pakej bundle. murah pakej ni sebab include carseats, meja makan, insurans dan macam-macam lagi. pada mulanya kami nak ambil motorhome untuk 4 orang saja tapi masa tu harga sama pula dengan yg muat 6 orang, so kami ambil yang 6 orang terus. memang selesa dan besar. tapi rina kurang recommend kalau nak naik 6 orang terus, lebih2 lagi kalau semua orang dewasa. comfirm tak selesa.
ada dapur, peti ais dan sinki |
cukup untuk letak makanan yang ada |
katil pertama di atas driver muat 2 orang. tapi kami letak barang-barang dan mr zauj tidor bersama barang hehe |
driver. macam drive lori tapi mr zauj sekejap je mahir |
katil belakang muat 2 orang. bawah katil ada storage letak luggage beg & stroller |
ada seat untuk 4 orang. seat boleh diubah jadi katil & meja boleh dipasang jadi meja makan |
ni lah katil sebelum dipasang cadar. kalau dekat highway tu, kami anak beranak duduk sini sambil mr zauj driving hee |
lepas tu, mr zauj diajar bagaimana nak handle motorhome, cara-cara dumping segala najis2 toilet, top-up air dan segalanya. masa ni please lah tanya semua benda dan cek semua barang. buat satu checklist siap-siap tentang perkara yang nak ditanya. boleh refer youtube terlebih dahulu sebelum datang kesini. antara perkara yang kami terlepas pandang ialah bagaimana nak pasang gas untuk memasak. malam tu memang kami terpaksa masak di shared kitchen di holiday park sebab tak boleh on. keesokannya ada lah seorang wanita di stesen minyak ni bantu, rupanya gas tak disambung dengan betul. huhu.
setelah setel semua, kami terus menuju ke Pak N Save, salah satu supermarket yang menawarkan harga murah dan juga membekalkan ayam yang halal iaitu dari keluaran Brinks. kalau korang tak jumpa, boleh je tanya salesman dekat supermarket tu ya. kami borong 3 ekor terus, cukup untuk 6 hari. ayam dia memang lembut dan sedap dari ayam malaysia. maybe faktor makanan ayam kot. selain tu kami beli stok susu, grapes (sedap), epal, telur, minyak masak, garam, brokoli, carrot, coklat (whittakers yang famous pun belambak), salad, beras, tisu (penting), plastik sampah (penting), bawang-bawang dan lain-lain.
habis dalam $100 juga. lepas tu dalam jam 12 tengahari, kami teruskan perjalanan ke Lake Tekapo. Harini laluan kami melalui Scenic Route. Make sure korang lalu Highway yang betul. sebab ada banyak jalan nak ke Lake Tekapo tapi untuk pemandangan yang cantik perlu lalu menggunakan jalan Scenic Route :
Tapi kami tidak bernasib baik...sepanjang perjalanan hujan agak lebat dan gerimis...kabus pun tebal..sedihhh tak nampak pemandangan yang sepatutnya cantikk tapi tak nampak. - one of the reason WAJIB repeat balik New Zealand. Hehe.
Lalu sungai Rakaian Gorge pun tak berhenti sebab hujan lebat. memang tak stoplah. nak masak pun tak tahu kat mana nak berhenti. Satu sebab hujan, Dua sebab first day, Tiga sebab penat tak hilang.
Jadi kami pun teruss aje menuju ke Lake Tekapo Motel & Holiday Park. jam 3 petang macam tu dah sampai. huhu. rina baca pengalaman orang lain, semua sampai lewat sebab asyik berhenti henti. tapi tidak bagi kami. hanya untuk hari ni jelah. esok dah start berhenti 80 kali hahah.
kabus yang tebal |
sampai je baru dapat masak. husband pegi masak dekat shared kitchen dan rina mandikan anak-anak. kesian, tak terurus sejak dari pagi. makan pun coklat, susu, koko crunch, biskut je.
lepas suap semua, kami tidur awal malam tersebut dengan harapan pagi esok cuaca cerah dan cantik.
0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):
Post a Comment