Trip ke Sydney - New Zealand bersama anak-anak kecil - Permulaan segalanya
Assalammualaikum..
Entry ini scheduled entry ye...bukan ditaip waktu kerja hehe! kena bagitau sebab ada je yang ingat rina sempat update blog waktu meeting =P selalunya rina akan draft & schedule kan entry blog ni sebab kadang kadang tu mood rajin datang rina sempatlah menulis 2, 3 entry sekaligus. Lagipun entry kena publish waktu peak hour baru banyak readers..cenggitu..its all about money money money =P korang pun yang masuk blog ni kliklah mana-mana link yang muncul tau...tu fund untuk jalan-jalan yang seterusnya haha..terima kasih..ape lah aku melalaut ni
Alhamdulillah, sangat bersyukur kerana rina dapat berpeluang untuk ke New Zealand..iaitu negara idaman...selain mengerjakan umrah...New Zealand merupakan sebuah negara yang rina nak sangat sangat pergi...sebabb dulu lepas SPM rina berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke sana tapi malangnya tiada restu dari ibu bapa..takpa lah..keputusan mereka sebenarnya yang terbaik..ada hikmah disebalik semuanya..
Lebih kurang setahun yang lepas, Air Asia ada buat promotion free seats..masa tu rina outstesen di penang..tengah-tengah malam buta rina book flight tiket ke sydney..memang purposely nak jadikan transit ke New Zealand..masa tu dah pernah baca pengalaman orang ke New Zealand..paling kurang nak jalan di NZ adalah 5 malam...jadi rina target at least 6 hari 5 malam di NZ...dan di sydney kena 1 malam di sana so boleh jalan-jalan di opera house. tak boleh terlalu lama sebab cuti kami limited. kerja makan gaji kan. lagipun banyak cuti akan habis untuk kelik klate..kampung mr zauj kan..
kenapa Sydney? sebab tak pernah kesana lagi & bagi rina tak rugi sangat kalau setakat 1 malam sahaja di sana..Melbourne dah pernah pergi..Gold Coast pulak kena pergi lama baru boleh ke themepark semua, Perth pulak jauh dari NZ, comfirm flight mahal & lama lagi between 2 negara tersebut...singapore & Auckland pun antara menjadi pilihan untuk transit.
so, bila tiket Sydney dah dibeli, sepanjang setahun tu memang kami asyik belek & check promotion tiket flight dari Sydney - Christchurch,NZ pula. memang kami target ke Christchurch (south Island) sebab menurut review, south island lagi worth nak berjalan. Hasil pemerhatian Sydney-Queenstown lebih mahal.
Akhirnya, di saat akhir (lebih kurang 3 bulan sebelum) kami beli tiket dari Sydney ke Christchurch menggunakan khidmat Virgin Air, salah satu penerbangan tambang murah di Australia.
Selepas itu, barulah itinerary, booking dilakukan. reseacrh memang buat lama dah..sebab semuanya kami setelkan sendiri...dari A to Z. lebih jimat, flexible dan sebenarnya tak susah pun.
inshaallah in the next entries rina akan ceritakan tentang budget dan tips yang boleh dikongsi lebih-lebih lagi kepada mereka yang membawa anak kecil seperti kami.
oh ya, kami pergi berdua suami isteri & 2 orang anak kami berusia 1 & 3 tahun. Parent rina tak berminat nak join termasuk family husband...kami memang tak mampu nak sponsor...sebab family sendiri pun dah licin tabung ayam haha..agak mahal cost nak ke NZ..lebih mahal dari pergi Europe.
Kami bukan orang berada, cuma travelling adalah minat kami..travelling buatkan kami lebih mengenali each other, lebih bertolak ansur, lebih masa untuk anak-anak, lebih kenangan, lebih terbuka minda, menambah ilmu pengetahuan mengenai pelbagai perkara, membuatkan diri lebih dekat dengan Allah, & macam-macam lagi.
Oklah, jom rina share ringkasan itinerary & draft entry akan datang. Bila dah siap entry tersebut, rina akan update link dalam entry ini ok...so setakat harini memang takde 1 link pun lah hehe
1) Trip ke Sydney - New Zealand bersama anak-anak kecil - Day 1 and 2 - Homestay Melayu Sydney, Circular Quay & Airport Lodge Motel, Christchurch
2) Day 3 - Pick up Motorhome Maui ke Lake Tekapo Motels and Holiday Park
3) Day 4 - Lake Tekapo, Lake Pukaki, Twizel, Cromwell, Lake Wanaka ke Queenstown Holiday Park and Motel Creeksyde
4) Day 5 - Skyline Luge & Gondola Queenstown, DF Souvenir, Lake Wakatipu, Te Anau ke Milford Sound Lodge Motel
5) Day 6 - Milford Sound Cruise, Mirror Lake, ke Dunedin Holiday Park
6) Day 7 - Cadbury World, Baldwin Street, Moeraki Boulders, Oamaru Public Garden, ke Spencer Beach, Christchurch Holiday Park
7) Day 8 - Willowbank Wildlife Reserve, pulang ke Sydney dan Malaysia
8) Tips & Budget ke New Zealand
ok tu je kot
8 entry nak kena type...pengsan mak haha..inshaAllah..akan dikongsi bersama semua..doakan mak ok LOL. belanja 1 gambar
5 footprints here! Thanks! (◕‿◕):
cepattt...tak sabar
saya pun minat travelling..tapi dalam negara je la.. hehe
Bestnya rina..akk pun suka sgt travel..tp banyak travel dgn kawan2 je..sbb hubs tak minat sgt..huhu..kesian ahkak...hahahha
cantik nz..masih mengumpul duit nk ke sana..
Stroller tu penting ke tak nak bawa. Jika ada 2 org anak kecil mcm ni.
Post a Comment