Saturday, February 10, 2018

Itinerari bercuti ke Tokyo pada musim sejuk bersama anak kecil - Mount Fuji, Harajuku & Shibuya

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua,

Entry ini adalah sambungan dari entry yang lepas di SINI . Saya harap ia adalah entry yang terkahir untuk trip percutian ke tokyo ini huhu



DAY 5 : Sabtu (3 Februari)

Hari terakhir menggunakan JR wide pass, kami ke Lake Kawaguchi untuk melihat Gunung Fuji.
Sengaja kami pergi pada hari ini setelah melihat weather forecast, antara 3 hari penggunaan JR wide pass, hari ini baru ada matahari di Kawasan Gunung Fuji.

Cara nak ke Kawaguchi Stn adalah seperti berikut :

Ueno Stn - Shijunku Stn (naik JR Line)

Shijunku Stn - Otsuki Stn (naik Express train Chou Line Super Asuza 1)

Otsuki Stn - Kawaguchiko Stn (Fujisan Express train)

pengangkutan ini free sekiranya ada 3 days JR Wide pass. make sure research dulu timing train-train ni. sebab tak kerap. kalau naik train jenis lain pun boleh tapi sampai lebih lambat dan perlu make sure JR wide pass cover. kenapa nak bayar lebih kalau JR train dah free kan.

Sampai ke Kawaguchiko Stn, kami beli ticket pakej ropeway & naik boat dan juga ticket bus sightseeing. Cost : RM200++

boleh jimat lagi kalau korang hanya naik bus terus ke Nature Park untuk menikmati pemandangan gunung fuji. kalau naik bus sekali stop pergi dan balik, tak perlu beli sightseeing bus. masuk je bus Red Line dan bayar pada driver.

Balik tu kami singgah di Shinjuku. Pegi Bic Camera lagi dan ambil2 gambar kemudian kembali ke rumah...


Fujisan express.
LOVE

Masa ni masih berawan. Dekat atas bukit after naik ropeway

Tunggu punya tunggu masih lagi berawan. jomlah turun

Pemandangan dari Ropeway. wow macam dekat NZ dah



sebelum turun jumpa snowman kecit


Ada orang jual strawberry. sebelum naik beli dah. sedap giler. bila turun beli lagi. juicy sangat macam aiskrim.

jom naik boat pulak

budak pengepow strawberry...beli strawberry je dah ratus ringgit. satu bekas ada dalam 9-12 biji tu around RM30..kejap aje licin.

naik boat ni

tapi nina tertidur pulak. kita ajelah duk sini. abah & kakyong duk deck atas. masa ni Fuji masih berawan
WEEEE dah cerah! masa ni naik bus sightseeing ke stop terakhir di Nature Park

budak2 masih sibuk dengan salji. harini bukak glove terus. tak beku ke tu? ibu sangat pelik

makan bekal sambil disaji view macam ni. nikmat sangat. alhamdulillah. bawak nasi goreng udang je. banyak sikit dapat nasik. 2 thermos.
Tips : perlu cek weather forecast dari pelbagai sumber website dan compare. cari hari yang akan keluar matahari di Mt Fuji. sebab orang kata Mt Fuji memang pemalu snagat nak tunjuk muka.

Day 6 : 4 Februari (Ahad)

Berakhir sudah 3 hari penggunaan 3-day wide pass. Harini plan nak rilek2 round tokyo jer.

kami hanya ke Harajuku dan Shibuya sahaja. Pada mulanya nak ke shijunku sekali tapi semalam dah pegi so malas nak pegi lagi sekali. ada tower dekat shinjuku yang boleh view satu tokyo apetah namanya, tapi kami malas nak struggle sangat so omit yang itu hehe.

Tips : Shijunku, Harajuku & Shibuya adalah bandar berdekatan, selang 1 station sahaja. nak jalan boleh, tapi untuk yang bawak anak, jangan cari pasal. bengkak kaki kang hihi

Hasil daripada pembacaan, orang cakap Harajuku paling meriah datang pada hari Ahad. kebetulan, tepat sangat planning nya. memang sangat meriah. boleh tengok pelbagai ragam manusia lebih2 lagi remaja-remaja di tokyo.kami jalan2 di Takeshita Street. dan singgah di Daiso 3 tingkat. shopping sekejap.

lepas tu terus mencari Burger Lobster by Luke Lobster dekat area situ- menggunakan seafood dan sayuran sahaja. ramai yang recommend makan sini. agak pricey. dalam RM50++ kot untuk sebiji burger besar macam prosperity tu. ke kecik sikit haha. review? tak sedap langsung, tak berbaloi wei..lobster dia hidang sejuk2. roti je panas sebab dia bakar. takde sos. kecik cenonet. takyah lah korang. balik hotel buat jela burger udang sendiri, sedap lagi haha

then kami konon nak ke Meiji Shrine & Yoyogi Park. jauh kot. jalan punya jalan tak sampai2. penat giler, kami pun patah balik dan naik train ke Shibuya huhu

Takeshita Street

Harajuku. selekeh giler

Ramai orang beratur. tak paham kenapa. ingat sedap sangat huhu

besar ni sekali ngap laki ku je. RM50++ korang...😰

struggle berjalan tapi tak sampai2 haha

Di shibuya kami plan nak dinner di sebuah restoran Shabu-shabu yang halal bernama Hanasaka-jisan. satu satunya restoran makanan jepun yang proper dan diiktiraf halal.

Sesat nak kesini. dekat nak sejam mencari. padahal location tripadvisor bagi dah betul. cuma tak nampak kedai tu dekat bucu selekoh. korang kalau cari make sure ikut je location tripadvisor then check betul2 nama kedai dekat simpang.

Untuk makluman, kedai ini sangat sangat pricey. dan wajib order seorang satu hidangan. tak boleh order 1 hidangan lepastu share berjemaah. tak boleh yer.

review rina : tak sedap mana, dan tak berbaloi langsung dengan harga haha. sekian. not recommended melainkan ada duit lebih dan teringin.

daging waqyu dicelur dalam sup kosong then dicicah dengan sos ikan. erghh ini ke shabu shabu. takpelah. paling sedap ikan makarel bakar tu. teringat ikan bakar korea. nyums


dapat bilik ala2 stor. sebab bilik lain dah fully booked.
Selesai makan, kami ke Starbucks pula dekat area Crossing road Shibuya. 

Shibuya is famous for its scramble crossing.[citation needed] It is located in front of the Shibuya Station Hachikō exit and stops vehicles in all directions to allow pedestrians to inundate the entire intersection. The statue of Hachikō, a dog, between the station and the intersection, is a common meeting place and almost always crowded.
Three large TV screens mounted on nearby buildings overlook the crossing, as well as many advertising signs. The Starbucks store overlooking the crossing is also one of the busiest in the world. Its heavy traffic and inundation of advertising has led to it being compared to the Times Square intersection in New York City and Dundas Square intersection in Toronto. Tokyo-based architecture professor Julian Worrall has said Shibuya Crossing is "a great example of what Tokyo does best when it's not trying."[3]
Shibuya Crossing is often featured in movies and television shows which take place in Tokyo, such as Lost in Translation,[4] The Fast and the Furious: Tokyo Drift, and Resident Evil: Afterlife and Retribution, as well as on domestic and international news broadcasts.

haha copypaste je. benda ni pun jadi attraction lol. kami siap lepak starbucks. mujur dapat seat ngadap crossing road ni..lepas tu balik rumah.

Hachiko : He is remembered for his remarkable loyalty to his owner, for whom he continued to wait for over nine years following his death

gitew anak dara minum hot chocolates

find me hehe. dah berkurang orang masa ni

join the crowd




Entry tentang tokyo ni masih belum berakhir korang...tinggal entry berkaitan Disneyland dan Disneysea...next entry lah huhu

Nota Kaki : Cost tu untuk 2 dewasa & 2 kanak2. ada yang tak kira pun untuk kanak2. saya lump sum kan sekali sebab malas nak details sangat. if nak cost sebenar boleh rujuk website yang diberi. Cost juga tak termasuk makanan dan souvenir yang dibeli.

2 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

She Is Farahain 19/4/18 8:05 PM  

hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa

Saleho 9/6/18 1:12 PM  

assalamu'alaikum
tetap sukses ya

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top