Itinerari bercuti ke Tokyo pada musim sejuk bersama anak kecil - Disneyland dan 3 day JR Wide Pass
Setelah hampir setahun tidak menulis blog, hari ini rina akan menulis kembali tentang percutian ke Tokyo. Mohon doakan entry berkaitan ini dapat dihabiskan, tak macam entry New Zealand yang lalu HAHA. Ada juga yang email minta sambung blogging tentang New Zealand. maklumlah sekerat jalan. Maaflah, banyak dah lupa..malas pun ya 😆
Wow sekarang dah ada emoji hihi..anyway, post ini saya akan schedule kan so bukanlah bermakna saya berblogging ketika bekerja ye 😛😛😛
Entry kali ini tidak banyak gambar. Gambar boleh rujuk instagram saya & facebook saya atau korang google jelah sendiri hiks.
Saya hanya nak share itinerari, tips & budget secara ringkas untuk para sahabat di luar sana yang nak bercuti ke Tokyo, Jepun dan membawa anak.
Day Trip to Gala Yuzawa menggunakan 3 day wide pass (Day 1 ) |
Alhamdulillah, ini merupakan kali ke dua saya menjejakkan kaki ke Jepun. pertama dulu di Nagoya mengikuti husband bekerja..2013-2014 begitu.
Dan pada tahun lepas saya kembali rindu nak ke Jepun dan juga untuk merealisasikan impian saya membawa anak-anak perempuan saya ke Disneyland. Antara semua disneyland yang ada, pastilah Disneyland Tokyo menjadi pilihan saya. pastinya kebersihan & kemudahan untuk kanak-kanak lebih terjamin. pengangkutan juga pasti lebih efisien dan rakyatnya juga baik-baik. Negara jepun juga merupakan antara negara yang paling kurang kadar jenayah. Cons nya hanyalah pada bahasa sahaja. takpelah. anak-anak saya yang masing masing berusia 2.5 dan almost 5 tahun layankan aje bahasa jepun pun hehhe.
Tokyo Disneyland. dekat sejam beratur nak begambar dengan Mickey huhu |
1) Pemilihan tarikh.
Tarikh dipilih bedasarkan musim tema disneyland itu sendiri. oleh sebab anak-anak sukakan frozen, jadi saya memilih tarikh ketika tema disneyland adalah Frozen. boleh rujuk website : http://www.tokyodisneyresort.jp/en/ untuk mengetahui tema mengikut musim. Basically, ketika winter lah Disneyland bertema Frozen. Saya cuba memilih hujung-hujung winter dengan harapan tidak terlalu sejuk haha. tapi sejuk ya amat (untuk saya, tengok anak-anak macam kebal aje).
Saya juga memilih tarikh dengan mengambil kira cuti-cuti di Malaysia, cuti-cuti di Jepun, harga tiket dan lain-lain. Alhamdulillah rezeki dapat tiket murah ketika cuti Thaipusam & Hari Wilayah. terus saya membeli tiket pergi pada waktu petang 30 Januari (Selasa) dan balik pada 7 Februari (Rabu) tengah malam. sampai Malaysia pada pagi 8 Februari. Kira-kira 9 hari 7 malam di Jepun.
Dah alang-alang pergi, biar lah jangan terlalu singkat. bawa anak kecil, tak boleh terlalu "amazing race" hihi.
2) Draft Itinerari
setelah membeli tiket yang agak murah dari Airasia (beli awal setahun ketika promo free seats-tak free pon, tapi lebih murah), saya pun mula membaca blog-blog orang- dari malaysia, indonesia & luar negara. memang SANGAT ramai orang membuat entry berkaitan tokyo, disneyland, jepun. google sahaja. Pelbagai contoh itinerari, pengalaman, tips yang diperoleh. Selain itu, Tripadvisor juga sangat membantu. summary atau tips yang diperoleh saya share dalam whatsapp group travel saya & husband. (saya dan husband banyak mewujudkan whatsapp group untuk kami berdua mengikut tujuan yang berbeza)
Oleh sebab pergi pada Musim Winter, aktiviti bermain salji mestilah kena ada.
Oleh sebab pergi bersama anak kecil, itinerari perlulah meminimakan penggunaan tenaga, tidak terlalu pack, mempunyai PLAN B.
Oleh sebab main reason ke Jepun bukan untuk shopping, tiada aktiviti khas untuk shopping dibuat (sehinggalah, husband saya masuk campur, nak borong jam GShock katanyee..layan jelah)
Dengan mengambil kriteria-kriteria di atas, draft Itinerari adalah seperti berikut :
a) 3 hari kami akan menggunakan 3- Day Tokyo JR Wide Pass untuk bermain salji (day trip)
b) 2 hari ke Tokyo Disneyland & Disneysea
c) 2 hari free and easy & shopping
d) 2 hari travelling day
Dengan draf ini, kami tidak perlu berpindah randah sebab semua day trip.
Ada hari yang boleh bangun lambat hehe
Next entry, saya akan ceritakan lebih details berkaitan itinerari tersebut.
Day trip to Kairuzawa using 3 day Wide Pass (Day 2) |
3) Pemilihan tempat tinggal
Selepas itu, barulah saya survey tempat tinggal. Kriteria-kriteria yang perlu ada ialah :
a) Within Budget hehe
b) Lokasi yang baik
- Dekat dengan Train Station
- Train Station tersebut banyak intersection, so tak perlu banyak transit untuk ke tempat-tempat dalam itinerari
- Lokasi yang kurang sibuk (bandar sibuk seperti Shijunku Stn, Tokyo Stn)
c) Ada lif
d) Lengkap dengan dapur, heater, Pocket wifi (wifi yang boleh dibawa kemana-mana, jimat takyah sewa dah) dan juga washing machine.
e) dekat dengan convenience store & halal restaurants
f) Direct ke airport Haneda
AirBnb merupakan platform yang terbaik untuk mencari homestay yang mempunyai kriteria di atas. Hotel memang keluar dari list dah sebab mahal & tak boleh memasak.
At last, area Ueno Station menjadi pilihan saya. Tidak terlalu sibuk, merupakan station untuk transit shikansen dan expressway. Banyak intersection Train Line. Ada pasar jual bahan mentah, halal restaurants dan banyak convenience store. Cuma tidak direct ke airport Haneda. Perlu transit satu kali. okay sangat dah, sekali je kan.
Saya memilih sebuah apartment dalam 5 minit berjalan kaki ke Ueno Station iaitu di SINI.
#perlu booking awal ya sebab cepat penuh.
4) Pembelian baju-baju winter
Sebelum ini ada dah winter wear. tapi pergi pada musim selain winter. so kalini, saya rasa perlu beli thermal wear sahaja. tapi perempuan tetap perempuan, memang terbeli jugalah winter coat yang baru lebih-lebih lagi untuk anak-anak. Tempat yang saya recommend adalah beli di https://www.aliexpress.com . Murah sangat, banyak pilihan yang berkualiti, banyak review bergambar untuk kita rujuk. cuma postage mengambil masa. so kena beli awal-awal.
Baju winter kalis air ni sewa je dekat ski resort tu |
topi ni beli di aliexpress. ada mask mulut sekali. sejuk sangat sampai hidung beku. |
Boots dan wintercoat pink pun beli dari aliexpress. budak2 tu punya..recommended sangat |
5) Bekal Makanan
Antara yang paling penting bila bercuti bersama anak anak. Anak kenyang = kurang meragam = aktiviti berjalan lancar. hahah
Untuk anak-anak saya yang berumur 2.5 & almost 5 tahun, memang dah makan nasi & tidak minum susu lagi selain susu segar. mereka memang pemakan nasi yang tegar. dapat nasi, telor kicap boleh habis sepinggan penuh. alhamdulillah tidak susah.
Pengalaman saya membawa anak saya bercuti di luar negara ketika mereka berusia 6 bulan-1tahun adalah paling susah. sebab masa ni anak tak boleh makan benda keras lagi. jadi kena sediakan bubur. saya siap bawa slow cook ok pada waktu tu haha..sekarang dah ada banyak instant yang homemade. dulu mana ada. Henz je yang ada. taknak lah bagi yang instant macam tu. manakala bagi baby around 5 bulan memang best. menyusu ibu aje. baby carrier kan aje dan menyusu lah dia sepanjang pejalanan, bangun tidor, tukar pampers bangun tidor LOL 😂
so antara bekal yang dibawa adalah :
- Beras 1 kg. ada nasi segera di 7e. boleh makan. tapi masak sendiri lagi best
- travel steamer cooker. boleh cari di lazada. saya beli yang macam INI.
- ikan bilis goreng/sambal ikan bilis packing sesiap
- brahim instant kurma & maggi cup for emergency
- garam/cube ikan bilis
-minyak masak
-kakas sup
-kicap kipas udang
-serbuk kunyit
- Coklat, biskut
-Sardin
Dari bekalan ni boleh dah masak macam-macam. lauk seperti udang & ketam boleh didapati di pasar area Ueno : Ameyoko. Telur di 7e.Buah-buahan, sayuran dan bawang di The Gardens di Ueno St. Warning : Harga pasti lebih mahal dari Malaysia.
Jangan lupa bawak thermos untuk makanan dan minuman. saya ada bawa Hot choc Cadbury 3in1 juga sedikit. sejuk2 minum hot choc, umpphh..boleh juga beli terus di Japan kalau budget lebih.
Memang banyak budget untuk makanan sahaja..demi anak kenyang dan makanan terjaga, kami turutkan huhu..contoh ke Disneyland bawa 1 thermos untuk nasi, 1 thermos untuk sardin & telur masak kicap. licin dorang makan..kami dapat makan sedikit sahaja. kami kurus takpe, jangan anak yang kurus. (masalahnya kami tak kurus kurus juga hahaha)
Wahh..banyaknya saya tulis..
oklah nak ringkaskan lagi..
selain daritu barang yang perlu dibawa dari Malaysia adalah :
Pampers
Ubat-ubatan
sabun pinggan
wet tissue
winter wear yang banyak (Tips : gunakan vacuum bag supaya muat letak dalam luggage.)
Makan bekalan makanan sambil menikmati pemandangan Gunung Fuji |
6) Pembelian tiket
Untuk tiket Disneyland dan 3 day JR wide pass, kami beli di tokyo. JR wide pass boleh dibeli di Ueno Stn. Disney tickets kami beli di Odaiba Aqua city Mall.
Boleh beli awal. cuma masa tu Dareesa masih demam. nak tunggu dia sihat baru best ke Disneyland. Jadi itinerari memang boleh bertukar-tukar.
FYI, 3 day JR Wide pass perlu digunakan 3 hari berturut turut. dan 2-days Disney Ticket pun perlu digunakan 2 hari berturut2. so boleh arrange nak pegi mana satu dulu.
okayla, next entry adalah details untuk setiap itinerary.
TQ
- Entry Pertama : Itinerari bercuti ke Tokyo pada musim sejuk bersama anak kecil - Disneyland dan 3 day JR Wide Pass
- Entry Kedua : Itinerari bercuti ke Tokyo pada musim sejuk bersama anak kecil - 3 Day JR Wide Pass & Gala Yuzawa
- Entry Ketiga : Itinerari bercuti ke Tokyo pada musim sejuk bersama anak kecil - Mount Fuji, Harajuku & Shibuya
- Entry Keempat : Itinerari bercuti ke Tokyo pada musim sejuk bersama anak kecil - Disneyland dan Disneysea
15 footprints here! Thanks! (◕‿◕):
top 10 distance mba in india
nice post thanks for sharing
Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
FULL SERVICES
Hotel 3 Bintang
Makanan Halal
Driver humble
Pemandu Pelancongan professional
Sila contact Tiara Tours Indonesia
Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari
Note :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL
Assalamualaikum. ..Saya bercadang utk bawa keluarga DIY juga..link airbnb tu tak ada dah...boleh bagi detail bnb tu. Tq
salam
teruskan ber blog..nice write up!
As slm sis..klo x keberatan blh email sy x no tel...planning nak pergi next year bulan 2..kami dh beli tiket siap..so ada nk ty details..sbb bw anak2 skali..
ASSALAM SIS,
BOLEH EMAIL DEKAT SAYA ITI UNTUK KE TOKYO, JAPAN. SY PLANNING NAK PEGI NEXT YR BLN NOV BERSAMA FAMILY.. LAMBAT LAGI ;).. TAPI TICKET DAH READY..THANKS SIS (didianamn@gmail.com)
download wattpad for pc
lebantnya salji di jepun
nk tanya, jr wide pass 3 days to boleh pakai utk pusing bandar jugak kan
Assalam sis bole beri no tel utk whatsapp planning nak pegi bulan dec Tapi masih mencari tips lagi. Harap diberi pencerahan
ASSALAMU ALLAIKUM. HORAS JOM KE MEDAN.SALAM KENAL TUAN AND PUAN .
DISNI KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
Saya bersedia nak bantu Tuan and Puan untuk ikut melancong bersama
saya.
Contact :+6281263636746
Whatsapp:+6281520944993
Instagram: infotoursmedan
Facebook :1. Eza purba
2. pakej lawatan
Email : infotoursmedan@gmail.com
https://agenttoursmedan.blogspot.com/
Salam Puan,
Saya akan ke Tokyo bersama suami, berdua saja dan vetran dalam 55. kami nak mendapatkan apartmen atau homestay...yang boleh memasak, al maklum la...orang tua...link puan bagi tadi saya dah cubat tapi tak tahu mana satu..semuanya dalam 500RM ke atas...boleh bagi pandangan sedikit...
terima kasih
Bestnyaa dapat main salji. Nice post by the way :)
hai rina boleh share itinerari tokyo u x? if boleh then u email i at sis_chumelz@yahoo.com
reply la komen fans ko semua ni rina. nampak sangat tak pernah bukak blog ni dah. HAHAHAHAHA...
Post a Comment