Saturday, April 02, 2016

Pulau Perhentian bersama anak kecil - Naik boat

Assalammualaikum...

:: Pulau Perhentian Besar ::
Bersiaran dari pulau perhentian ni...malam takde aktiviti sangat sebab kami tinggal di Pulau Perhentian Besar...sebab lebih privacy, lebih sunyi dan chalet lebih selesa ada elektrik...kalau Pulau Perhentian kecil dengar dengar chalet takde aircond...tapi lebih murah..sesuai untuk backpackers..dan lebih meriah..lebih remaja hehe.

So kalau datang dengan anak anak better tinggal di Pulau Perhentian Besar..banyak chalet cantik cantik.
Kami pilih Cocohut chalet. Seaview. Turun turun laut. Tengokle gambar dekat bawah ye. Tak boleh nak susun susun sebab guna apps je.

::Naik bot::

Kitorang naik bot menggunakan servis Pokman. Pokman ni kawan abah mertua rina. Dapatla diskaun sikit. Kalau uols nak dapatkan servis pokman boleh call beliau 019-912 5151 ..pokman boleh urus booking hotel sekali. Dapat murah sikit berbanding kita booking pakej.

Boat yang digunakan agak kecil. Memang melambung lambung kitorang. Macam naik roller coaster. Berzikir zikir rina hehe..dalam setengah jam sampai..alhamdulillah dareesa & deenina rilek je tdor sepanjang perjalanan..agaknya macam dibuai2 tambah angin kuat tak boleh nak bukak mata haha.
Rina beli siap siap dah jaket pelampung depa. Dareesa punya dari Mr diy..RM10 je. Deenina punya dari tesco. RM 15.

Dekat jeti ada jual jugak tapi mahal berganda..
Risiko naik boat memang ada..macam naik kereta pun ada risiko..untuk mengurangkan risiko kita beli siap3 pelampung yang sesuai untuk anak kecil..yang pihak boat sediakan semua untuk orang dewasa je..

::jeti::

Jeti ada dekat pulau2. Tapi kena panjat sikit..pakai seluar ok. Beg pulak bawak beg galas je. Jangan beg tarik pulak. Jenuh nak tarik atas pasir hihihi.
Kitorang siap bawak gulai daging dengan nasik. Makanan deenina & dareesa lagi. Maklumlah nak jimat. So harini save lah sikit.

Ok tu jee buat masa ni. Si adik dah tidor. Ni nak tidorkan kakak pulak.

Selamat malam..

Read more...

Wednesday, March 30, 2016

Dareesa pergi mengaji

Semenjak ada apps rasa best pulak nak update blog hari hari hehehe

So harino nak throwback..dareesa pergi mengaji..area rumah mak ada ustazah ni ajar mengaji..dia seronokla sebab ramai abanh dengan kakak..

Siap ada abang yang hantar pergi balik (ibu follow dari belakang) . Amboi abang tu suka betul dekat dareesa hehehe..so far dareesa paling kecik...3 tahun..alhamdulillah walaupun bercakap banyak bahasa german tapi bila mengaji terang dan jelas..

Mudah mudahan jadi anak yang solehah...

Amin

Read more...

Beli kasut dari Next Direct UK

Currency jatuh pun sibuk membeli haha. Nak buat cam mane..craving shopping mak perlu dipenuhi hihi. Theraphy ok shopping ni.

Actually ni abah depa yang beli. Sebab mr zauj hilangkan sebelah kasut dareesa. Grrrr..so kena ganti balik..alang alang belikan kakak kena lah belikan adik sekali heee.....

Yang kakak harga rm90 gak..yang adik rm48 camtu...cantik ok..kualiti terbaik..best la kasut kasut next ni..lawa lawa..rambang mata nak pilih..harga berpatutan..kalau time sale dekat uk mesti murah giler..

Ok setel kasut raya hehe..cepat adik nina cepat jalan!

Read more...

Carseat cosatto murah

Alhamdulillah sampai pun carseat rina order dari  fb: kedai1uk . Cara2 nak beli murah. Pergi je website cosatto. Tengok mana yang ada sale dan murah. Printscreen dan minta quotation dari personal shopper barang2 uk/us ni seperti fb : kedai1uk...

Macam carseat dareesa ni memang murah..rm1k je..kalau tak boleh cecak rm3k..rina beli cosatto hug..compatible dari 9kg-36kg & boleh recline sekali..sedap sikit nak tidur...model lain mcm zoomie, moova apetah lagi ada yang tak lengkap..contoh boleh recline tapi tak boleh pakai sampai besar...etc..

Satu lagi cosatto hug ni ada part diperbuat daru leather...berat..inshaallah selamat....

Deenina masih guna baby carrier..inshaallah murah rezeki nanti ibu beli untuk nina pulak ye!

Read more...

Sunday, March 27, 2016

Zuha Dareesa berbasikal

Saja nak cerita..

Basikal ni abah dia baru beli awal tahun ni... tapi semalam first time main dekat luar rumah..pergi pasar malam belakang tu..gigih ibu tebongkok bongkok tolak bila tak jalan. Tekejar kejar bila dia laju. Hehe.. dah besar anak ibu...semoga terus membesar...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top