Sunday, February 23, 2014

#zuhadareesa dah boleh berjalan


Milestone terbesar setakat ini! Hehe...alhamdulillah dah boleh jalan anak ibu..
Actually baru lah dalam 10 tapak ++ then jatuh atau capai benda untuk pegang. Kadang kadang tu kalau mood malas datang taknak berdiri langsung. Lagi lagi time orang suruh lagi dia taknak. Kalau orang tak suruh or buat tak tahu baru lah berjalan sakan. Ikut perangai sapa lah tu :p

Dareesa start menatih sejak masuk usia 11 bulan. Sebelum ni duk guna walker ride tu je. Lepas start menatih setapak dua..dalam seminggu makin bertambah tapak.

Jatuh, terhantuk, darah bibir, takyah cakaplah..banyak kali dah kena. Adus..padahal mak rina memang jaga betul dia ni tapi tu la..ligat sangat..tak terkejar kita ni..doa doa moga Allah lindung dari perkara yang tak baik..

Lagi seminggu birthday dareesa. Rina ada buat majlis. Tapi kecil kecilan. Hanya jemput family, jiran, teman rapat dan beberapa teman seangkatan. Sesiapa yang baca ni rasa macam rapat dengan rina dan rasa ada di kl 1 Mac ni lepas tu nak makan lunch free sambil menyambut ulang tahun dareesa do pm me on fb ye!! Biasalah..dah jadi mak orang ni memang asyik lupa je..my bad.

Insyaallah buat doa selamat juga.. nak buat party bagai tak perlu kot. Dareesa bukan faham lagi..lagipun mr zauj tak minat. Tapi rina teringin gak nak buat  birthday anak dekat mcdonald ke ada clown ke heee..mak yang lelebih..tengokla nanti dah besar sikit, try pujuk mr zauj kikiki..

Ok tu je..esok dah start kerja..rabu outstation ke melaka..tinggalkan dareesa..mak takmau ikut so terpaksa tinggal. Takpelah..boleh ibu rehat sikit haha..yela tu..nanti ibu yang menangis rindu...demi tugas ibu terpaksa pergi..takpe..2/3 malam je..abah kan ada :)

K babai..

0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top