Monday, November 28, 2016

Trip ke Sydney - New Zealand bersama anak-anak kecil - Day 6 - Milford Sound Cruise, Mirror Lake, ke Dunedin Holiday Park

Assalammualaikum,

Lama sangat ni baru nak update huhu...maaflah sebab terlalu busy...busy tengok cerita K-Drama Scarlet Heart. best tapi lama sangat satu satu episod...rabak mata stay up tengah tengah malam hihi..

ok jom sambung kisah New Zealand bersama anak anak kecil.

Bangun tidur, hujan masih membasahi bumi. tapi kami teruskan juga niat nak ke Milford Sound. Tiket pun dah beli secara online. Bangun-bangun terus gerak. anak-anak pun masih tidur. terus gerak ke tempat semalam. jalan masih belum dibuka tapi dah ada kereta bantuan. banyak juga motorhome, caravan yang menunggu. nak ke milford sounds juga tu.

sambil menunggu sempat saya goreng ubi kentang & sediakan sedikit bekalan untuk breakfast di atas cruise nanti.

Dalam jam 8am jalan dibuka. perjalanan ke Milford Sound dihiasi dengan pemandangan gunung ganang yang cukup indah. air terjun yang beku membasahi gunung ganang tersebut. apetah nama saintifik. rina pun tak hafal haha.




terowong ni hanya boleh dilalui sehala sahaja. kena beratur. pukul 8 malam akan ditutup.

feri yang kami naiki - go orange
 sebenarnya banyak je syarikat lain yang membuat perkhidmatan feri ni. tapi paling murah Go Orange sebab paling kecil dan paling sekejap. cruise hanya 1 jam 45 minit je. cukuplah kot. tu pun rasa dah lama.harga 55 NZD. tapi rina dapat diskaun hanya perlu bayar 35 NZD sahaja. nanti rina akan share cara-cara nak dapat murah ya di entry budget.



sarapan disediakan. tapi kami request for veggie. dapatla roti +cheese sahaja haha..tapi sedap je. roti tu panas n lembut. bekal pun ada dibawa.





Penuh air terjun macam ni jela sebenarnya. memang cantik tapi terasa bosan dan lama pula 1 jam 45 minit tu hehehe.
ada sea lion
dia je la paling happy



dah habis. jom balik. rina bagi 4 bintang. rina recommend untuk pergi tapi sekali pergi seumur hidup dah cukup :)



mirror lake yang tak berapa mirror sebab banyak itik..air pun bergolak


budak budak ni takut sebab lembu tu macam nak terkam haha


Perjalanan yang agak lama nak ke destinasi seterusnya iaitu : Dunedin.






Sampai pun dah malam. jom recharge tenaga untuk hari seterusnya~!

1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

amal 28/11/16 3:26 PM  

Mcm sejukk je ats cruise tu hehe

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top