Sunday, June 10, 2012

Review Wedding Rina : Ukir Inai di Masjid India

Assalammualaikum :)

Hari ini rina nak cerita tentang inai pulak..
mula mula ingat nak dapatkan khidmat pengukir inai datang rumah
berlambak kot sekarang yang boleh datang rumah
tinggal sediakan duit je =P
mahal jugak RM100 ke atas gak lahhh
bila fikir balik macam pembaziran je terus tak jadi hee
inai jari rina pakai sendiri dengan bantuan my bestfriend, Dayod
malam sebelum nikah baru pakai..
pakai selama 3 jam

inai tu dibeli dari seorang rakan B2B bernama Faiz
dia tempah dari sorang kakak andam mana tah
inai daun yang ditumbuk pastu letak dalam tiub
memang merah cantik warnanya :)
1 tiub hanya RM5

rasanya sekarang ni, dia tak nak jual dah
sebab akak tu buat hal lak huhu

lepas tu, rina nak ukir kat tangan
rina ada share tentang majlis fatwa berkenaan inai di entry INI
memang banyak pendapat, tapi rina berpegang pada pendapat majlis fatwa
perkara macam ni memang banyak pendapat, dan kita wajib berpegang pada 1 pendapat dimana kita rasa betul dan memudahkan (en zauj penah cakap gini, kalau salah betulkan hehe)
jadi disebabkan nak sangat ukir, rina pun pegang pendapat boleh ukir la hihi

rina nak ukir sebab banyak parut dekat tangan 
lepas tu tangan rina jenis kurus sampai urat timbul =_="
so macam tak lawa sangat huhuhu
lepas tu teringin nak ukir ukir, tak pernah lagi =D

dipendekkan cerita,
rina ke masjid india untuk mengukir
atas bantuan Shakina Farhan,
rina dapat no contact one of the makcik yang kerja mengukir inai di area Mydin, Masjid India
makcik ni berada betul betul dekat depan kedai Hari-Hari di masjid India tu
ni no contact makcik tu : Shamalah Kanagaratnam - 0172724790

makcik ni start berniaga dari pukul 11 pagi tak silap
rina buat appointment sebab ingatkan nak datang pagi hari nikah tu (nikah lepas Asar)
last last lambat jugak, kelam kabut ok!

tapi korang tak payah lah nak buat appoinment. datang je, ramai kot makcik buat inai dekat situ..
boleh tawar..
rina tak boleh dah =(
1 tangan RM10, jadi RM20 semuanya
mahal pulak rasa!

rina bawak ukiran sendiri, rina search di internet
dan hasilnya 



bagi rina tak kemas dan inai yang digunakan sangat sangat tak asli
menyebabkan tangan jadi gatal
huhu
tapi kejap je dah kering..dan dari jauh nampak lawa kot
jadi rina bagi makcik ni 1 out of 5 stars =P
sorry makcik...kalau makcik bagi RM5 per tangan maybe boleh tambah lagi 2 bintang hehe!

satu lagi kesilapan rina, rina pegi buat inai ada bentuk rama rama huhuh
mana boleh ada gambar haiwan..
aiseh..anggap jelah bunga beguguran ek, bukan rama rama tau!


sekian~



13 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

eLyA 10/6/12 9:11 AM  

Agak mahal la satu tangan rm10.. De satu kedai bawah bumbung dekat ngan lrt masjid jamek, yang buatnye lelaki la, murah.. Satu tangan rm5 je.. N banyak corak2 yang menarik, de gak yg simple tp cantik sgt.. Sy buat kat situ je.. Hehe..saje nak kongsi~^^

Rara Nasiha 10/6/12 9:54 AM  

kalau upah orang n buat kat kedai memang mahal kadang-kadang. tapi sebab orang nak cantik kan, sanggup bayar. :)

Rina Lia (◕‿◕)✿ 10/6/12 10:31 AM  

itulaa da siap baru tahu 1 tgn rm10!!! kene tipu kot :( mnyesal buat appoinment dgn makcik ni!

Liya Laa 10/6/12 11:22 AM  

Ok la sbb inai xnmpk hitam. ade Liya tgk hitam.xcantik..

FarEast 10/6/12 1:10 PM  

huhuhu.. rina sedih kan pasal akak 2... faiz ngah blur2 nak dapatkan inai ntuk waty.... hish.... tapi syg... inai akak 2 lawa.... huhuhuhu mgkn dia rase xpe hilang customer mcm kita kowt..... huhuhuhu
rase2 mcm nak jugak jual.. tapi amik stock banyak2 sekali gus.... huhuhu....

Ryna Tri Asmara 10/6/12 10:10 PM  

Dulu saya pernah buat ukiran inai di Masjid India tu. Tapi that time, kalau yang harga RM10, penuh sampai siku. Kalau macam ukiran Kak Rina ne, RM5 satu tangan time tu :) Inai pun naik harga yea :)

Hunny Kitty 11/6/12 4:21 PM  

setuju ngan elya....ai pun tu hari masa nak kawen buat kat situ je...hehehhehe

Tisha 11/6/12 8:47 PM  

Ustaz jamil khir ngan ustaz azhar idrus kan dah kata tak leh ukir inai? Mana boleh jadi boleh sebab nak :-?

Shakina Farhan 11/6/12 9:50 PM  

mahal la makcik tu cas..kina dulu rm15 kot..tp cantik je inai rina..

tisha: rasanye kina pun pernah dgr ustaz azhar ckp boleh ukir tapi bukan bentuk pelik2..

Rina Lia (◕‿◕)✿ 11/6/12 10:06 PM  

ade je ustaz cakap boleh, ada cakap tak boleh..kita boleh pegang mana2 pendapat yang kita rasa memudahkan..rina pegang pendapat majlis fatwa sebab rina rasa yakin tak salah pun berinai tak berlebihan tanda dah kawin :)

boleh rujuk sini tentang beza pendapat dalam hukum

http://biroagamakubi.blogspot.com/2011/07/perbezaan-pendapat.html

Naim HaroRo 15/3/13 2:54 PM  

assalamualaikum...
betul ke awak buat kat masjid india...tgk cm tak berpuas ati je.takut pulak nak buat kat situ.herm

Azlinda Aziz 12/8/15 8:18 AM  

Ni kena baca banyak lagi ni. Inai adalah perhiasan rambut, muka, kuku dan jari yg diharuskan bagi wanita islam. Sedangkan Rasulullah SAW pernah menegur seorang wanita yang tiada inai di tgnnya. Inai diharuskan selagi coraknya berasaskan bunga dan daun. Bukan corak yg mnyerupai tatu.

Azlinda Aziz 12/8/15 8:19 AM  

Ni kena baca banyak lagi ni. Inai adalah perhiasan rambut, muka, kuku dan jari yg diharuskan bagi wanita islam. Sedangkan Rasulullah SAW pernah menegur seorang wanita yang tiada inai di tgnnya. Inai diharuskan selagi coraknya berasaskan bunga dan daun. Bukan corak yg mnyerupai tatu.

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top