Saturday, November 24, 2012

November dan kisahnya

Pregnancy check up

Alhamdulillah..dah masuk 25 weeks means dah 6 bulan lebih kandungan rina. Sekejap je kan. Debarr! Doktor kata 37 weeks above will be the right time untuk bersalin. So bermakna ada lebih kurang 12 minggu untuk bersedia!!

Tadi check up yang ke 4 kot dengan Dr Idora. Lama gila tunggu. Ramai sangat orang. Dari pukul 9 lebih sampai dekat pukul 2 baru sampai turn. Phewww tobat nak buat check up on weekend. Lepas ni weekdays je la.

Alhamdulillah, baby dah 700 gram. Mak nye je yang naik lebih lebih hihi. Takpe, janji baby sihat dan membesar dengan cemerlang hehe. Jantina masih lagi sama. Takde perubahan. Jadi rina semakin yakin untuk membeli baju baby :p

Hari ni dah plan nak inform doktor mengenai masalah keputihan rina. Yerp, masalah normal tapi berbahaya untuk baby. Kuman kan.. So rina dah get ready untuk di cek bahagian bawah untuk pertama kali dalam sejarah. Nervous uolss. Seperti yang dijangka doktor cek keputihan dan teruk katanya. Terus masukkan ubat. Ngilu! Husband kata doktor masuk kan besi dan besi tu buka luas luas ok pitam. Takdela sakit pon cuma ngilu je la. Sekejap je pon. Sepantas kilat :) lagi takut lagi sakit sebenarnya.
So jangan lah takut sangat ye :)

Lepas tu doktor ada recommendkan satu set oil massage ni. Untuk perineal massage, cellulite & pelincir time baby keluar if bersalin normal nanti. I will make another post about that.

Dapat ubat namanya neurogen. Doktor kata bagus untuk keputihan, untuk kesihatan baby. Dah berazam nak makan hari hari without failed. Ye..selama ni suka skip makan vitamin :p dulu risau baby jadi besar sangat tapi haritu dah baca article, makan vitamin bukan penyebab baby besar ye!

Durian crepe

Tuka tajuk secara tetibe hehe..alhamdulillah dah merasa durian crepe. Lina officemate tempah kan. Tq lina! :))
Dapat rasa 1 pon jadila, takdela meleleh air liur anak nanti haha
Pendapat rina biasa je. Takdela sedap sangat tapi edible la :p lagi syiok kalau dapat durian yang sebenarnya hee

Semalam husband borong seguni durian harga rm30 je. Rina try kawal nafsu..mula mula plan nak 2 ulas..lepas tu jadi 3..6..10 waaa!! Takot pulak tetibe. Terus minum air banyak banyak. Tak rasa panas pun tapi baby tetiba kick macam mengamuk huhu. Panas ke dia? Sorry sayang..ibu janji ibu tak makan dah :((

Barang keperluan bayi

So far dah banyak memborong. Haritu balik kelantan, beli set tilam kekabu. RM23 je! Murah betul. Kalau kat KL RM69 haritu rina survey. Beza banyak giler.
Cadar dan sarung bantal beli kain minta umi jahitkan. Untunglaa dapat mak mertua pandai jahit. Mak mertua je tak untung dapat menantu macam rina ni. Aiyak!! Hihi.
Lepas tu beli tilam travelling bentuk bear yang famous kat facebook sekarang ni. Tapi rina ambil yang cotton punya. Yang jenis bulu bulu kakak ipar kata panass. So dapat harga RM42. Online tak sure berapa.

Then haritu shopping dengan officemate di OU. Ade sale comforter. Nampak la set quilt untuk baby coat. Comelll nak pitam ok. Selalu jumpa biasa je. Balik balik corak bunga, stripe, takpon katon. Kali ni ada bear vulu vulu lagi. Cutee! Ada diskaun dari RM280 jadi RM180 sahaja! Dapat bantal, bantal peluk siap. Jadi terpaksa beli hihi!

Nak tunjuk gambar tapi malas ambik gambar. Nantila bila dah hias dalam baby coat baru rina tayang.

Kesimpulannya, bab bab tilam dan seangkatan denganya dah setel. Untunglaa nak..mak pak pon takde katil lagi huhu

Sekarang tengah fikir pasal breast pump & stroller pulak. Nak beli yang mahal ke yang murah??
Nak medela fs ke rumble tuff? Ke manual pon cukup??
Nak combi well comfort ke quinny zapp xtra? Ke ada lain lagi best tapi lagi murah??

Jenuh weii pikir. Kalaulah ibu mu ini keja cop duit, boleh laa main tunjuk je. Kalau tak best beli lain pulak huhu!

Rumah

Alhamdulillah, rumah renovate dah 80%. 10% nak cat dan lengkapkan apa yang patut. 10% nak cuci rumah yang behabuk amat.

Lepas tu terus boleh beli barang rumah secara pukal. TNB sila beri bonus yang banyak kepada pekerja mu ini hee.

Banyakkan nak pakai duit? Sebenarnya takkan berhenti bab duit ni. Mula dulu kumpul duit nak kawin, lepas tu beli kereta, beli rumah, perabot rumah, pastu kumpul duit untuk anak, kelengkapan anak, lepas anak lahir, barang harian anak, nursery, susu anak, tetiba dapat anak nombor 2 pulak, pastu anak masuk sekolah pulak, dan seterusnya.

Jadi, dari kita merungut baik kita berusaha dan bersyukur dengan apa yang ada. Biasalah manusia, tak pernah puas, tak pernah cukup. Huhu

Okla.. Tu je kot buat masa ni. Sekarang ni tulis dekat blog bukannya aktiviti harian dah. Tapi more to what is going on with my life now. Its like for my own record. Bukan nak menunjuk..and im not sure ada ke yang baca? Sebab sekarang ni rina jarang dah tengok stats and views blog rina. Tapi masih ada yang komen. Sangat terima kasih! Rina baca if rina buka blog tapi jarang balas sebab malas sign in lol. Yela, selalu update guna blogpress via iphone lepas tu dah tak cek blog pun.huhu

Apa apa pun im enjoying writing blog & blogwalking during my leisure time. Jadi hobi dah tapi not my side income anymore. Thats why tak tinggal jejak and tak kisah pasal stats blog sendiri.

Okla apa aku ngarut dah. Bai3!

Eh korang boleh tinggalkan link blog korang dekat tab blog list atas ni. Ada magic link dekat situ. Boleh saya jalan3 ke blog korang. Tq! :)



- Posted using BlogPress from my iPhone

0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top