Tuesday, November 27, 2012

Suppliment semasa mengandung

Salam... Hari ni rina saja nak share suppliment yang rina ambil semasa pregnant ni. As my reference actually. Nanti second time boleh refer balik post ni hehe!

Awal dulu, rina ambil acid folic. Memang sebelum kahwin lagi rina ambil. Kalau ikut info dekat kotak asid folik ni, orang yang merancang nak pregnant perlu makan asid folik atleast 3 months before. Rina ada pernah cerita dalam entry before ni. So rina makan sebulan sebelum kahwin. Tak tahu pulak cepat pregnant. Kalau tahu rina makan 3 months before haha. Yela tu kannn.

Tak boleh caya sangat rina ni. Sebab after kahwin dah tak makan asid folik. Asyik skip je. Yelaa bz kann. Tak ingat nak makan :p then after tu tahu pregnant. Doktor advice teruskan makan. So setiap kali check up memang dapat asid folik tapi masalahnya rina asyik skip je. Sebab tak boleh nak telan apa pun masa trimester pertama. Telan, muntah, telan muntah huhu!

Then masuk 2nd trimester, start check up dengan Dr. Idora, specialist from pantai hospital. Dia beri rina Obimin plus. Ape tah obimin ni, korang google la sendiri hahah :p tapi memang sangat famous dikalangan ibu mengandung. Dan ia juga sangat famous dengan side effectnya iaitu muntah. Rina baca pengalaman orang rina teruss jadi psycho. "makan obimin confirm ko akan muntah!" haha.. Padahal bukan semua orang makan obimin muntah. Agaknya, sebab dah psycho, bila rina makan obimin ni rina akan muntah. Sekali je rina makan terus taknak makan dah. Cukup cukup sudahhh..aku tak ingin muntahh.. LOL

Cukuplaaa alahan muntah masa 4 bulan pertama. Rina tak nakk muntah dah huhu. So rina teruskan makan asid folik tapi asyik skip! Huhuh. Sesungguhnya jangan dicontohi perangai ini.

Then, 1 day ni rina terasa sakit belakang yang amat perit. Lepas tu diikuti cramp kaki hampir tiap malam dan juga sakit pinggang bila duduk terlalu lama. So inform pada Dr idora and she gave me OBICAL. sejenis suppliment untuk calsium.





Besarrrrr gajah ok ubatnya. Kalau tersalah masuk melintang, boleh tecekik hehe. Mula mula rina makan lepas tu skip...sebab dah tak sakit belakang and cramp. Just sakit pinggang je hehe..:p

Then next check up iaitu sabtu lepas. Rina beritahu rina ada masalah keputihan. Doktor pon bagi suppliment ni;




Sila telengkan kepala anda haha



Dr idora berulang kali kata, ubat ni sangat bagus hehe..dia cakap sangat bagus untuk pekembangan otak bayi, keputihan dan macam macam lagi *lupa dah lalala

Lepas tu rina mengadu rina tak makan pun obimin dan asid folik. Rina takot muntah rina beritau doktor hee mengadakan? Doktor pon cakap, oklaaa dia bagi rina multivitamin. Dah tak perlu makan asid folik semua tu. ni dah cukup.







Tapi calcium tu tetap kena makan if rina nak elakkan cramp dan sakit belakang.

Kata doktor, semua suppliment ni TAK AKAN menyebabkan bayi membesar. Jadi tak perlu risau baby jadi besar sangat sebab ibunya makan supplimen banyak sangat huhu.

Jadi dengan azam yang baru, rina taknak skip dan makan hari hari without failed!!

Semoga saya berjaya :p

Sekian timakasih!


- Posted using BlogPress from my iPhone

1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Anonymous,  20/3/14 2:30 PM  

Suplimen bukan sebab baby besar..masalah ibu ada diabetesbor diet lebih karbohidtat n gula yg bole sebabkan baby besar...
Agaknya statemebt depa amek Suplimen diet tak jaga...nasi 2 dua pinggan kot..heheheh

Sedikit info topic diet, kehamilan & breastfeeding di blog saya
www.mamasyafi.wordpress.com

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top