Saturday, November 03, 2012

Misi mencari barang baby

Alhamdulillah dah 22 weeks kot kalau ikut baby center. Tapi masalahnya rina baru kahwin 5 bulan 1 minggu. Hoho sungguh sangat tak faham pengiraan bulan :p kang timbul pulak fitnah huhu nauzubillah.

Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Tetibe dah 20 weeks. Tetibe kang 30 weeks. Laju ok masa..tanda tanda kiamat hampir tiba ni..

So, rina rasa dah ok sangat lah nak start persiapan baby. Sementara duit tengah bekepok dalam bank sebab ibunya berjimat kaw kaw langsung tak shopping. Eh shopping sikit :p takdela bekepok sangat tapi ada lah sikit. Memang tahu in future akan banyakkkk guna duit especially untuk barang baby & rumah.

Nak tunggu rumah siap bulan depan lambat lagi. Jadi baik beli barang baby dulu. Nanti terguna duit beli handbag susah pulak :p haritu pun nyaris nyaris beli tiket jalan jalan untuk next year. Tak padan anak kecik lagi. Tak boleh tak boleh take risk. Masa tu masih dalam peringkat menyesuaikan diri. Nak jaga diri sendiri pun failed. Ini kan nak jaga anak. Sangat aku tak yakin dengan diri ini huhuh.

So berbalik pada cerita, rina dah nak start shopping barang baby. Barang 1st yang rina beli adalah mainan softbook hihi. Eh! Bukan. Barang 1st manual breast pump philips avent. Rina beli masa sebelum kahwin lagi :p time tu ada diskaun baik punya. RM100 je hee jadi baik kita simpan untuk diri sendiri.

Next rina dah beli philips avent natural range starter set. Baruuu di pasaran malaysia. Dulu ada classic & advanced je. Tapi sekarang ada natural range. Dengar cerita lagi bagus. Baby senang latch since sangat menyerupai nipple ibunya :) hihi tak sia sia rina berniaga barang baby dulu..banyak gak lah ilmu didada :p

Lepas tu rina beli nipple cream philips avent. Sebab nipple dah start crack. Persediaan untuk susu mau keluar kot. Tak tahulah..tapi rina berdoa sangat semoga rina boleh breastfeed my baby sampai umur 2 tahun seperti yang disarankan dalam AlQuran.

Dan barang terakhir yang rina dah beli ialah clevamama pillow for newborn. Ramai dah kot blogger review. Bagus katanya untuk bentukkan kepala. Macam rina kepala lonjongg. Kalau boleh nak anak rina cantik bulat kepalanya :)

Hari ini plan nak ke mydear wholesale nak beli babycoat. Mula mula macam taknak. Tapi fikir balik, boleh la kot. Investment untuk masa akan datang. Lagipun macam comel je orang lain decorate baby coat dorang hihih. Dan lepas tu nak ke pwtc. Ada expo barang baby. Yay! Syok gak nak shopping barang baby ni hee.

Nanti rina share my checklist ye.

Mak rina tak habis habis cakap jangan beli lagi nanti meroyan lah ape lah..tapi bagi rina 30 weeks pun boleh gugur..masa lahir pun boleh meninggal sekiranya dah ditakdirkan begitu..nauzubillah..semoga baby ku sihat sihat saja..

Tambah tambah masa berlalu dengan cepat. Tup tup dah 30 weeks baru nak kelam kabut susahlah..nanti bulan 12 sure buzy dengan rumah pulak since time tu rumah dijangka siap renovate. Oh tak sabar!!

Ape ape pun, kita hanya manusia yang mampu meramcang, Allah jua menentukan.

One of my friend tetiba pecah ketuban malam tadi. Baru 34 weeks. Tekejut dia. Semoga dirinya kuat dan bersedia. Moga dipermudahkan, rilla.

Aminn




- Posted using BlogPress from my iPhone

1 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Anonymous,  7/12/13 11:57 PM  

salam..Khas buat ibu bapa yang mencari barangan baby pada harga yang berpatutan, Little Angel menyediakan jualan barangan baby online bagi memudahkan ibu bapa membeli barangan yang terbaik buat si comel.sila like page Little Angel Di facebook untuk maklumat lanjut..https://www.facebook.com/pages/Little-Angel/666917740015343

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top