Thursday, April 14, 2016

BUTIK RUMODA BANGI SENTRAL AKAN DIBUKA

Assalammualaikum semua

Pernah tak anda dengar Butik Rumoda? Sounds familiar right? Rumoda ni adalah sebuah butik yang terletak di Bangsar. Sangat famous. Antara butik yang terawal ditubuhkan. Berkonsepkan butik vendor, Rumoda menyediakan pelbagai kelengkapan termasuk pakaian, aksesori, makanan dan sebagainya.

Inshaallah weekend ini Rumoda akan dibuka di Bangi pada bulan April. Betul betul di belakang PKNS Bangi. Sangat strategik. Banyak parking. Lepas shoping barang dapur & makan Mcd/ Kfc boleh lah singgah sekejap di Rumoda.

Salah satu vendor yang akan menyertai Rumoda adalah D'Zuhaa. Haaa rina lah founder D'Zuhaa ni hehehehe. Belum sempat rina perkenalkan D'Zuhaa dengan lebih terperinci kan? Inshaallah nanti free rina cerita ok.

So, kalau uols singgah Rumoda Bangi nanti belek belek lah koleksi Pakaian Muslimah murah & berkualiti keluaran D'Zuhaa. Mana tahu terjatuh hati terus beli. Hehe. Support lah rina yang suam suam kuku ni. Untung pun kita ambik ciput je. Janji terjual konsepnya hihi..

Ni le salah satu jubah dress yang rina jual di Rumoda. Cantikkkk. Macam pakai blouse & skirt tapi sebenarnya jubah! Ada zip menyusu. Size M & XL. Tak ikut body. Tangan luas. Kain selesa tidak mudah renyuk. Apa lagi yang uols nakk? Hehe..ada lagi 5 warna. Nak tahu warna apa please singgah Rumoda ok?

Terima kasih korang kerana membaca..muah cikedd!

Read more...

Sunday, April 10, 2016

New Header

Assalammualaikum..

Lama sangat tak tukar header..Bayangkan header yang sebelum ni masa Dareesa baru lahir..sekarang dah 3 tahun lebih..dah ada Deenina pun hehe


Header sekarang pun simple je. Cukuplah. Biar sesuai dengan usia. gitewww
Omaigaddddd dah 29 uols. eh lagi 4 bulan lagi nak 29 tahun hehe..
setahun lagi dah masuk 3 series..

tua sangat rasanya hihi

sekarang ni tengah guna laptop lama..
rasa macam nak main upload gambar-gambar yang ada..

so 1st gambar ialah

Gambar masa dekat Melbourne

Nina takde lagi masa ni..

Kelakar Dareesa haha


hidung Kangaroo


ni dekat kelate


oklah deenina jaga pulak. bai

Read more...

Saturday, April 02, 2016

Pulau Perhentian bersama anak kecil - Naik boat

Assalammualaikum...

:: Pulau Perhentian Besar ::
Bersiaran dari pulau perhentian ni...malam takde aktiviti sangat sebab kami tinggal di Pulau Perhentian Besar...sebab lebih privacy, lebih sunyi dan chalet lebih selesa ada elektrik...kalau Pulau Perhentian kecil dengar dengar chalet takde aircond...tapi lebih murah..sesuai untuk backpackers..dan lebih meriah..lebih remaja hehe.

So kalau datang dengan anak anak better tinggal di Pulau Perhentian Besar..banyak chalet cantik cantik.
Kami pilih Cocohut chalet. Seaview. Turun turun laut. Tengokle gambar dekat bawah ye. Tak boleh nak susun susun sebab guna apps je.

::Naik bot::

Kitorang naik bot menggunakan servis Pokman. Pokman ni kawan abah mertua rina. Dapatla diskaun sikit. Kalau uols nak dapatkan servis pokman boleh call beliau 019-912 5151 ..pokman boleh urus booking hotel sekali. Dapat murah sikit berbanding kita booking pakej.

Boat yang digunakan agak kecil. Memang melambung lambung kitorang. Macam naik roller coaster. Berzikir zikir rina hehe..dalam setengah jam sampai..alhamdulillah dareesa & deenina rilek je tdor sepanjang perjalanan..agaknya macam dibuai2 tambah angin kuat tak boleh nak bukak mata haha.
Rina beli siap siap dah jaket pelampung depa. Dareesa punya dari Mr diy..RM10 je. Deenina punya dari tesco. RM 15.

Dekat jeti ada jual jugak tapi mahal berganda..
Risiko naik boat memang ada..macam naik kereta pun ada risiko..untuk mengurangkan risiko kita beli siap3 pelampung yang sesuai untuk anak kecil..yang pihak boat sediakan semua untuk orang dewasa je..

::jeti::

Jeti ada dekat pulau2. Tapi kena panjat sikit..pakai seluar ok. Beg pulak bawak beg galas je. Jangan beg tarik pulak. Jenuh nak tarik atas pasir hihihi.
Kitorang siap bawak gulai daging dengan nasik. Makanan deenina & dareesa lagi. Maklumlah nak jimat. So harini save lah sikit.

Ok tu jee buat masa ni. Si adik dah tidor. Ni nak tidorkan kakak pulak.

Selamat malam..

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top