Monday, July 18, 2016

Bercuti ke Budapest, Hungary bersama anak kecil - Day 2 - Naik Hop On Hop Off Bus

Assalammualaikum.

Day 2 memang sangat penat. Exhausted. Keluar dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Dekat hampir 12 jam.

Pagi tu semua bangun awal. Jam 5 - 6 pagi semua dah cerah biji mata. Yela, tidur dari jam 5 petang kan. Terus fresh segar. So pagi-pagi dah masakkan makanan deenina, dareesa dan kami. Lapar. 12 jam tdoq mau tak lapar hehe.






Bubur udang blend untuk deenina. Udang beli dekat speedmart sebelah hotel. Lepas tu goreng udang goreng kunyit untuk dareesa dan kami. Kunyit, minyak & garam bawak dari malaysia. Tambah kicap, ikan bilis & daging dendeng. Memang sedap. Siap makan megi cup pulak lepas tu. Then buat milo cicah biskut. Makan pulak epal hotel bagi. Sambil tu mr zauj baru nak study pengangkutan haha tu lambat keluar.

Kol 9 kami siap dan turun untuk breakfast. Breakfast banyak juga choice, ada susu, coco crunch (tapi kami guna sendiri punya bawak dr malaysia, dijamin halal), baked bean, fruit smooties, yogurt, fruit, salad, pancake, scramble eggs & roti. Lain semua ragu3. Okla kan..lagipun dah kenyang sangat tadi makan.

Kami decide untuk naik Hop On Hop Off (HOHO) Bus memandangkan hari hujan, bawak stroller, leceh nak naik subway yang bertangga. HOHO di Hungary ada 3 company. 1 big bus, 2 giraffe, 3 city sightseeing. Boleh goole sendiri perbezaan dia. Dekat www.budapestbylocals.com ada info berkaitan. Kami ambil big bus sebab banyak stops, ada free cruise & ada night tour. Kami harga dalam 7500 huf. Lebih kurang RM100 seorang. Budak2 bawah 6 tahun tak silap free.

Beli dekat bus stop HOHO aje. Ada jr agent yang menunggu customer. Kami tambah extra nak naik fanicular (mcm cable car) di buda castle. Konon tak payah queue panjang. Tapi rupanya kena redeem dulu dekat start point ticket. Penat je jalan ke fanicular tu. Day 3 baru naik kot.

HOHO bus memang memudahkan. Boleh naik dengan stroller tak perlu lipat. Ada free raincoat. Every 15-30min dia datang. Mula mula kami berhenti di Citapadle. Nak ambil gambar seluruh Budapest di kemuncak bukit. View kureng sebab hari hujan. Huhu. Nasib tak berapa baik.





Then singgah di Bridge apetah konon nak naik fanicular tu tapi tak redeem tiket so naik balik HOHO.



Then pegi Hero Square. Hujan stop dah sekejap. Ambil2 gambar. Then balik ke hotel semula kejap. Nak mandikan anak sebab kena hujan. Dan suap dareesa makan nasi kicap telur ikan bilis. Dan nina bubur. Kami pun alas perut sikit.




Ni dari go pro



Then sambung semula perjalanan. Tengok dari jauh terlepas HOHO bus. Malas nak tunggu kami decide untuk jalan kaki je sambil explore the city.

Sempat beli sweater. Tak bawak wei sweater. Ingat summer panas. Tapi hari hujan memang sejuk macam autumn. Bekuu. Mujur bawak jugak sweater untuk dareesa dan deenina. Melayangla dalam RM200 beli 2 helai sweater..


Jalan sampai Buda Castle, second attempt nak naik. Katanya boleh redeem dekat situ je kalau ada agent tunggu. Sampai sana dah takde agent. Mr zauj baru teringat yang jalan tu ditutup untuk HOHO bus sebab ada event. Adoi..penat kaki berjalan tapi tak dapat naik jugak..jalan lagii..kalini jalan sampai ke stesen pertama HOHO tempat redeem furnicular tu..sesat sikit akhirnya sampai. Lepas redeem dah jam 7.30. Last bus 7:50 katanya tapi dah tak lalu situ. Yela situkan 1st start. Huwaa nak nangis..

So jalan lagi. Nak 18 juta kilometer dah jalan. Mujur bebudak dah tidur dalam stroller. Sebab waktu Malaysia 1 pagi masa tu. Jalan jalan terjumpa kedai kebab turkish yang halal. Masuk situ isi perut. Sedap gile. Portion banyak. Makan separuh jalan nina terbangun dan mengamuk. Tv kedai tu kuat sangat kot...lepas nina mengamuk, dareesa plak terjaga dan mengamuk. Hahaha. So mr zauj dukung dan dodoi dareesa..rina menyusu nina..sambung makan sambil dukung anak. Telan terus tak mampu nak gigit dah huhuhu. Then kami decide jom lah naik teksi ke cruise untuk naik night cruise..

Ada teksi yang menunggu depan restoran. Naik dengan pakcik tu. Dekat je pun cruise tak sampai 5 minit perjalanan. Duk tengok meter tapi dia tak nyalakan. Sampai destinasi tetiba tunjuk 3400 HUF. Aikkk. Dekat RM50. Mahal nak mampos. Rina suruh mr zauj mintak resit sebelum bayar. Dia tak nak bagi. So kami keluar dulu ambik stroller then mintak lagi paksa2. Dia buat2 tak faham. Padahal dalam teksi ada je tulis customer boleh minta resit. Rina tunjuk la notis tu, dia buat muka blur. So rina cakapla 1000 huf only? Terus dia angguk. Amboi. Nak menipu ye. Aku rasa 500huf pun tak sampai sebab starting 270 huf tak silap. Perjalanan 5 minit je. Geram. Tapi bersyukur tak bayar terus 3400 huf.

Sampai jeti cruise kena tunggu setengah jam. Sebab next departure jam 9mlm. Skrg baru 8.30 malam. Lepas tu naik. Memang cantik suasana waktu malam. Tapi kaki banyak sakit. Mata banyak letih. Sambil bergambar sambil dukung dan menyusu nina. Mr zauj siap tidor dalam cruise hahah







Lepas cruise kami pon jalan kaki balik hotel. Dalam 15 minit perjalanan. Dah tak hujan. Sampai hotel solat2 dan terbongkang. Sempat rendam baju dalam bath tub. Rina bawa sendiri detergant & berus dari malaysia.

So kesimpulan hari pertama happy je walaupun tak sempat nak ke banyak tempat dan cuaca hujan. Penat takyah cerita hehe.

Ok tu je. Detail tulis sebab masih segar dalam ingatan haha. Gambar pun dari henpon sendiri. Tak kuasa nak upload dari go pro sesatu hihi. Ok bai.

0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top