Thursday, July 21, 2016

Bercuti ke Budapest, Hungary bersama anak kecil - Day 5 - Great Market Hall

Assalammualaikum..

Harini sempat ke Great Market Hall. Tempat membeli belah yang famous di kalangan pelancong di Budapest. Ingatkan besar rupanya kecik je. 2 tingkat je. Sejam round setel.







Tapi walaupun kecik, barang2an yang dijual memang best best. Tingkat bawah ada jual pelbagai daging & sayuran termasuk paprika yang sangat sinonim dengan hungary. Cili depa besar oi sama besar dengan lengan rina haha. Cili kering bergantungan. Orang kata kalau tak beli dan try paprika dekat hungary ni tak sah. Tapi entahla. Macam tak sedap je sebab dah makan sambal sambal dekat kedai halal sini (nanti rina buat entry kedai halal pula). Baikla sambal kita memang tiada tandingan. Mr zauj kata "mesti dorang tak pernah rasa lagi sambal kita" haha


Tingkat atas jual souvenir. Dari keychain, fridge magnet, baju, beg, barangan kaca, lapik meja, shawl. Macam macam la. Untung sangat. Beli barang di china then engrave Budapest jual 100kali harga hoho. Nak niaga kat sini la mesti makcik kayo. Lol. Paling murah keychain & fridge magnet 300 HUF. Lebih kurang RM4.50 kita. Lapik meja semua main ratus2. Beg pun dalam RM45 ke atas. Ada baju tradisional untuk budak2..omey sangat tapi sepasang RM150. Mak miskin nak. Maafkan mak tak dapat beli hukhuk


Semua sekali souvenir yang kat atas ni dalam RM220 termasuk 1 mainan dareesa cukai dalam RM10..sempat lagi dia tu..

Hasil carian google memang dekat sini jela souvenir paling murah..so kita borong siap siap jelah ye.

Ok tu je yang sempat harini..harini rina masak bubur nasi bilis brokoli carrot untuk deenina dan sup carrot brokoli telor untuk  dareesa. Rina letak perencah ayam knorr sikit dekat sup dareesa (sekali sekala hoho). Sebelum tu tumis paste bawang putih yang dibeli dan bawa dari Malaysia. Penyelamat sangat paste ni. Sebelum ni travel ktorang seludup bawang putih seketul. Sekarang tidak lagi ahah.

Kbai


0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top