Friday, July 22, 2016

Bercuti ke Budapest, Hungary bersama anak kecil - Day 6 - Margaret Island

Assalammualaikum

Hari ni kami ke Margaret Island. Ada Hop On Hop Off cruise ke sana. Start jam 10.30 pagi. Takde apa sangat pun dekat sini. Sebab dah macam bosan dengan senibina bangunan so kami decide nak try benda lain di Budapest. So sesiapa yang ada masa lebih boleh la ke sini.



Margaret Island ni macam sebuah taman yang popular dikalangan penduduk tempatan. Dekat sini boleh jumpa ramai family bawak anak masing masing. Ada track untuk berjoging dan berbasikal. Ada bus juga. Ada chu chu train. Ada basikal kayuh ramai ramai. Ada motor berdiri tu. Macam macamla boleh sewa. Tapi kami jalan kaki je sebab susah bawa stroller.




Selain tu, sini famous dengan musical fountain. Pelbagai lagu akan dimainkan lepas tu fountain pun menari hoora hoorey! #didinfriends.



Playground utk budak pun banyak. Tapi kami datang musim panas so cuaca agak panas nak main lama lama. Baca dekat google best season to visit this island is on spring. Sekarang bunga pon kering..




Dekat sini ada jugak taman tema air. Tapi kena bayar. Malasla. Tak larat dah nak cuci mata hahaha. Dalam maps cakap ada mini zoo tapi kami tak jumpa.



Satu nasihat rina, lepas tengok musical fountain patah balikla ke jeti. Dah cukup dah. Jangan gatal gatal nak pusing 1 pulau. Penat hoi. Macam kami. Dah lah takde sewa kenderaan. Terpaksa la jalan kaki. Tercabut kaki. Masa balik baru nampak ada lorong2 kecik boleh cross over. Laaaa hampeh tol. Terbako lemak lemak den.

Kalau nak naik beskal takpela ye. Ni untuk mereka yang bawak anak kecil bersama stroller macan kami..


Muka adalah stress akibat kepenatan haha
Menyusu nina dalam cruise. Lepas tu tumpang toilet dalam cruise untuk tukar baju bebudak tu..then kami ke great market hall sekali lagi...beli sikit lagi souvenir untuk family..untuk kawan2 rina bagi kasih sayang je boleh haha..ampun..duit iolss tak banyak..sebab unplanned trip..


Siap sedia untuk tidor.

Balik je hotel terus rina panaskan nasi deenina dan lauk dareesa lepas suap2 terus mandikan depa. Lepas tuuu barulah ibu boleh tarik napas dalam dalam hehe

Tips bawak anak kecil adalah pastikan perut depa kenyang, pampers kering, badan segar dan bersih..inshallah kurang sikit tantrum. Tidur pun lena. 

Bukan kenyang dengan makanan segera dan junk food ye..sebab makanan tu buat depa lagi cepat rasa lapar dan terlebih aktif..

Baik masak sendiri ikut selera anak masing masing..macam dareesa memang suka nasi, sup, brokoli, telur & ayam..deenina pula suka bubur ayam brokoli carrot..oleh sebab takde ayam, rina ganti dengan ikan bilis goreng atau udang. Brokoli n carrot memang ada jual di pasaraya. 

Bab susu, deenina masih susu badan dan dareesa dah tak minum susu..

Ok tu je bai


0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top