Saturday, December 22, 2012

Dapur brand Elba

Salam semua :) saja nak share..hari ni rina dan husband keluar dari pagi sampai ke malam uruskan hal rumah.

Mula mula pergi beli lampu untuk plaster siling ruang tamu yang dah siap. Kemudian tengok rumah, alhamdulillah tinggal nak finishing je lagi. Lama okeh. Takpe, tu kita cerita lain entry.

Then, pegi bincang & bayar depo kabinet dapur. Mula mula taknak buat lagi kabinet dapur. Duet tadak. Tapi bila tengok dapur kami kosong je dengan sinki kayu rasa macam tak lengkap. Lepas tahu akan dapat bonus, terus kami buat keputusan nak buat kabinet dapur.

Ok takpe, tu pun nak cerita entry lain huhu!

So, untuk buat kabinet dapur ni, perlu lah beli sinki, hood, dapur gas & oven untuk proses ukuran dan pemasangan.

Ok baru nak cerita huhu!

Untuk dapur, hood & oven ni memang dah lama kami survey. Mr zauj lebih tahu la kot. Dia macam semangat lebih sikit bab rumah ni. Rina macam malas fikir sangat hee..thats why kami saling melengkapi hihih keluar topic =p

Memula terpikat dengan brand Rinnai tapiii harga fuh fuh! Tapi memang terkenal la brand ni dan tahan lama. Lepas tu kami stick dengan brand Rubine pulak. Ni pon famous dan ramai guna.

So, harini kami ke Bfo di bandar kinrara




Mr zauj cakap kawan dia cakap kat sini paling murah dan ada offer untuk brand rubine. Tak tahula sejauh mana kebenarannya.

Tapi sampai sampai je tadi takde pun offer untuk rubine. Ada offer untuk elba je..

Elba?? Err..rina kurang sikit kot brand elba ni. Macam brand cheap. Takut lak beli beli cepat rosak.

Tapi entah macam mana salesperson dekat situ berjaya mempengaruhi mr zauj. Dan sebagai pemegang kuasa veto, dia pon memilih elba hehe. Terpaksalah diriku menerimanya.

Kami harap elba ni dapat lah bertahan at least 5 tahun kan..lagipun kami bukan heavy cook pon. Kot?

Ini yang kami beli,

Hood



Dapur gas 3 tungku


Oven



Dapat free 2 barang

Microwave




Blender



Semua sekali Dalam RM3100 kot termasuk warranty 4 tahun.

Dah bayar depo..jadi kami berserah je lah hee

Nanti one day rina akan review elba ni ok? Maybe in 2 years time ;) or maybe less kalau tetibe rosak awal :( huhuh! Harap tak lah..

Ok letih. Nak tdo. Bai

- Posted using BlogPress from my iPhone

9 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

sweetlavender86 24/12/12 2:46 PM  

elba ok lah yang..my mom pkai dapur gas elba dah 4 thn dah.ok je..i pun bru je beli elba untuk hood.so far bru je pkai dlm 3 bln ok je.hahaha..rinnaii mmg best.tgk my aunty pkaii.inner burn.tapi harga.fengsan maks.

dhiera 28/12/12 10:53 AM  

wahh..siap dapat 2 lagi free gift. kat rumah pun kite ada blender macam rina dapat tu tp xpakai lagi. hadiah masa kawen ritu. guna blender lg satu~

zamman 9/6/13 3:03 AM  

I hv bad exp pakai dapur gas elba. X sampai 1 thn dh rosak. Resit hilang so x dptlah nk claim warranty. Sampai skg x repair lagi.... So kitaorg msk kat kedai je.
Tapi mmg x sangka dapur elba ni mudah rosak. Dulu pakai yg biasa je x rosak2. So kitaorg tinggal ke kat runah sewa.

nurin khairi 8/11/13 6:31 AM  

Huhu risaunya u girls tulis kat sini brg elba x tahan lama. Sy beli oven hood dgn hob elba jugak..

Fizah 28/11/13 9:27 AM  

haha cuak nurin dgr..jgn risau mertua sy pki elba, msh bertahan lg :))

Alami Aziz 14/3/15 10:02 PM  

Still ok ke dapur elba tu?

Alami Aziz 14/3/15 10:02 PM  

Still ok ke dapur elba tu?

eja 15/11/15 12:21 AM  

Salam. Still ok ke hood hob elba. Oven ok x?

Unknown 11/6/17 10:06 PM  

Oven Elba apa citer terkini? Masih ok?

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top