Friday, August 26, 2011

From small things

Salam.

Rina duk leka baca blog Hana Fedora
kantoi tak pi terawikh. opss..


hari ni best.
boss rina bagi balik awal
"korang balikla awal..amik half day, tapi tak perlu masuk system"
kitorang pon ape lagi,
"Horeyyyy!" 
sayang bos saya :)
bukan senang nak dapat bos terbaik macam ni

aiseh..tak nak tukar department boleh?
nak stay sini sampai bila bila 
selagi bos yang sama :p

alhamdulillah, dapat lahh rehat lama sikit..
setelah berpenat lelah semalam jawab final exam EDT
fuhh
letih sangatt..

alhamdulillah dah habis 1 semester ambik master
hopefully tak de la repeat..

seriously memang tak mudah study sambil kerja..

tapi kalau semangat ada, kemahuan ada,
insyaAllah, Allah permudahkan :)

bila rina baca blog Hana Fedora, it's really inspiring me..
teruss berangan nak sambung study di oversea

either sambung PhD or amik master in other course pulak
but i think i want to continue PhD first

cerita cerita kat mak, mak cakap, pegilahh dengan suami nanti
Yay!
mak dah bagi green light :)

sebenarnya rina dan si dia pon selalu gak berangan untuk tinggal di oversea untuk timba pengalaman
seronok dapat pasangan yang mempunyai keinginan yang sama
boleh nanti buat apa saja sama sama kan? :)

tapi macam tak sanggup nak tinggal kan mak..
ingat nak pergi tempat yang ticket flight affordable so boleh balik selalu..

takpe, lambat lagi
tak nak berangan sangat nanti tak jadi hehe

ok, nak cerita pasal preparation untuk tunang pulak :p

hihi..terpaksa cerita dalam satu entry since nak update selalu takde masa..

sebab terrrrrrlalu busy dengan kerja dan exam, rina takde masa nak fikir pasal tunang..
rasa macam mimpi je
betul ke nak tunang ni?
nasib baik ada mak yang eksaited anak tunggal dia nak tunang
so just leave it to mom
thanks mak, sayang mak lebihh

let's do the checking!

  1. Baju - Mula mula nak pakai baju raya je..tapi macam buruk je..so tak tahu lagi
  2. Tudung - Sebab baju pun tak tahu nak pakai baju apa, tak dapat nak beli tudung lagi
  3. Aksesori - Tudung pon takde, nak beli aksesori ape nye haha
  4. Make Up - maybe guna khidmat jiran..RM140 tak silap..mahal giler..takut tepong gomak je nanti
  5. Kenduri - catering sedara handle so DONE!
  6. Pelamin - no pelamin..maybe taruk bantal je, bantal pinjam sedara punya, so DONE!
  7. Cincin - si dia nak beli kat kelate nanti
  8. Corset - baru je beli..tapi cam ketat lak kat perut takut susah nak tunduk salam haha, ape2 pon, DONE!
  9. Contact Lense - perlu keee haha..tapi dah terbeli contact lense color hitam bagi mata besar tuu..DONE!
  10. Stokin kaki baru - segan nak pakai yang lama, dah berbuluu sebab selalu basuh guna washing machine
  11. Stokin tangan baru - si dia suruh pakai time tunang nanti..lepas tau baju color ape, baru leh beli
  12. Vitamin kuku - ingat nak g manicure mana mana, tapi cam bazir, so asah sendiri, tapi vitamin tak beli lagi
  13. Facial treatment - da book seminggu before tunang, tapi tak nak picit jerawat takut merah merah nanti tak hilang
  14. kemas bilik - belumm lagi..ingat nak buang mana mana barang tak perlu, susah bilik kecik ni..:(
  15. photographer - guna khidmat bakal abang ipar :p tapi perlukan sorang lagi (pihak perempuan)..
  16. baju kemeja si dia - mestila belum lagi
  17. Hantaran - cousin yang akan buatkan :)
  • Dulang 1 : Sepersalinan baju nikah - DONE!
  • Dulang 2 : Sampin - DONE!
  • Dulang 3 : Manisan (Dipped Apple) - DONE!
  • Dulang 4 : Manisan (Cake) -serahkan pada mak
  • Dulang 5 : buku agama - DONE!
  • Dulang 6 : nak bagi apaaa??
  • Dulang 7 : huwaaa..
generally, persiapan hanya 30% je kot
tapi hanya tinggal lagi 20 hari saja lagi!!

nervous!

tu baru persiapan majlis
persiapan diri macam mana pulak?

kata nak perbaiki diri, 
tapi macam makin bertambah teruk je??
terawikh pun tak pergi :(

insaf..

banyak sangat perlu perbaiki sebelum berkahwin..
terutama pengetahuan agama dan belajar masak!
hee..

kahwin bila?
lambat lagi..
tapi masa ni berjalan dengan pantas sangat..
mesti sekelip mata je..tetibe esok nak kawin dah huhu

baik bersedia dari sekarang kan?

banyak pulak rina menaip hari ni..
tapi macam nak cerita lain pulak :p

selamba je lahhh hahaha

rina ingat nak public kan balik blog ni..
mungkin tahun depan..
nak public after kawin lambat sangat pulak

strategi rina (cewahhh) nak famouskan balik blog ni,
so nanti after kawin boleh buat bisness bersama si dia :)
bisnes online macam dulu rina pernah buat tuu

takdela famous, cuma atleast ada blog peribadi so nanti pembeli macam percaya pada kita :)

lepas tu kann..
rina macam privatekan wall facebook rina..
saje taknak ada orang kecoh pasal tunang..
lagipon dah bosan main facebook..

kalau kawan kawan nak contact just message me :)
sebab tu rina tak deactivate terus..sebab taknak kehilangan kawan kawan rina

hmm
ape lagi yee..

oh..
si dia sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dia..
iaitu di Kelantan..
semoga selamat segalanya..
lebih kurang 2 minggu kami tak akan berjumpa..
aiseh..rindu macam ni..

sebab selalu sangat jumpa since study sama sama..
dan dia pun selalu datang makan di rumah..

dia cakap nak kurang kan jumpa lepas tunang nanti..
tapi macam mana?
ambik master sama sama kan..

maybe boleh kurangkan keluar tanpa tujuan kot..
dan kurangkan perbincangan mengenai perasaan yang boleh menyebabkan lalai..
insyaAllah..

maybe kami bukanlah pasangan yang alim dan terlalu baik..
tapi insyaAllah kami mahu ke arah itu..
semoga Allah bantu..Allah permudahkan..

ok, dah habis hee
assalammualaikum





0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top