Thursday, December 20, 2012

Third trimester & Dr. Idora

Salam..rina baru lepas check up hari ni. Rina dah 29 weeks. Alhamdulillah...

Berat baby dah 1.2 kg. mak nye dah 5? Kg =p malu nak share berat badan =P





Sekali imbas nampak macam muka anak sedara rina (belah suami)



Nama budak kecik yang comel ni Adelia hehe..comel sangat.

Hopefully baby rina secomel adelia. Kalau orang cakap tak comel pun pasti di hatiku baby rina laa paling comel =p

Sebenarnya berharap baby ikut muka rina hihi..tapi tak apalah..janji sihat dan solehah rina dan suami cukup bersyukur.

So jantina masih kekal jantina yang sama. Ramai dapat teka kot? Hihi. Rina jawab je bila orang tanya. Malas nak rahsia sangat, macam lah orang kesah sangatkan lala~

Struktur fizikal baby tiada masalah. Jantung pon normal. Kesihatan ibu pon alhamdulillah normal. Rasa macam mudah je.

Kecuali masalah keputihan masih ada. Dr. Idora kata tak apa. Haritu cek dia cakap bukan ada jangkitan. Hanyalah discharge yang disebabkan perubahan hormon. Selagi tak gatal-gatal okla kot.

Rina tanya gak pasal minum air gula & suntikan kancing gigi. Yela..semua orang yang cek KK semuaaa pon dah minum air gula & kena suntik 2 dose.

Tapi Dr. Idora cakap, rina takde masalah. Semuanya normal dan sihat. Tak perlu minum air gula.

Untuk suntikan kancing gigi pulak, Dr idora kata, dia tak pernah buat suntikan untuk semua patient dia. Katanya tak perlu pun sebab "you akan bersalin di hospital, suntikan tu perlu if you bersalin dengan bidan or you berada di kawasan pedalaman susah nak dapat hospital."

Rina tak berapa faham, tapi bila google baru lah faham...rupanya suntikan ni penting kalau kalau kita tak lahir di hospital & tak menggunakan alatan yang bersih. Untuk langkah keselamatan, better ambiklah kan. Kot kot teberanak dalam kereta hihi.

Tapi sebab dah Gynae rina sendiri kata takyah, rina pun malas le =p selamatttt i dari kena suntik hikhik. Takpe, insyaallah sempat ke hospital. Since jarak rumah & hospital tak sampai 10 minit. Insyaallah..semoga dimudahkan.

So far dengan Dr idora, rina memang puas hati. Dia nampak berpengalaman (dah kata pakar) dan nampak tenang. Sentiasa senyummm je. Patient ramai giler tapi releks je. Kata-kata dia lembut. Dia scan pun teliti. Tak cakap terlalu banyak. Nampak muda je dia tapi anak dah besar besar (usya frame gambar dia hihi). Maybe dia dalam 40-an.

Tadi after check rina tiba tiba ada delivery. Water birth! Beranak dalam air hehe..

Kan Dr Harlina isteri syed mudzaffar tu beranak dalam air.. Dr. Idora la yang sambut. Melalui blog Dr harlina cost water birth dalam Rm500++
Okla kan? Takdelah mahal sangat.

Teringin pulak nak try tapi macam bakal ditentang oleh husband & mak especially. Mesti mak kata mengarutt haha..

Takpela..kita try normal dulu..maybe next baby =)

Phewww~ dah 29 weeks uols! Dah 3rd trimester! Dah boleh nak bersalin! Tapi pls bagi matured dulu baru keluar ye sayang! Buat masa ni rina rasa perut sangat besar!! Tapi baby baru 1.2kg..ada lagi 2 kg kot nak naik? Camne nak bawak perut ni? Huhu!

Makan pun tak boleh banyak sangat. Nanti perut jadi ketat dan mengah! Tapi asyik lapar. So rina makan sikit sikit tapi kerap..

Tidur pun dah kurang selesa..bangun malam untuk buang air adalah wajib! Baby pun keep tendang dan pusing..jadi bertambah tak selesa. Tapi rina suka..baby aktif tanda baby sihat =)

Nama dah ada =p laju! Hehe. So panggil baby dengan nama tu..harap dia suka =)

Sekian update yang carca merba ni..huhu bye

- Posted using BlogPress from my iPhone

0 footprints here! Thanks! (◕‿◕):

Related Posts with Thumbnails

Follow by Email

✿Visitors ツ


✿NotaKaki ツ

+ Semua gambar adalah hak milik peribadi Rina.
+ Penyalahgunaan gambar akan dikenakan tindakan.
+ Plagiarism is not allowed.
+ Blog ini akan di updet hari2. (maybe :p)
+ Ok. Itu je kot buat masa ni. Thanks for visiting ya!


  © Rina Stories~* at Rinastories.Blogspot. All Rights Reserved. Powered by Blogger.

Goto Top